M
a
t
a
r
z
_
W
a
n
z
|
B
l
o
g
 photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Wednesday, April 2, 2025

Filled Under:

SIRI JELAJAH MASJID - MASJID PADA BULAN RAMADHAN MUBARAK 1446H/2025M.

 

Ramadhan bertandang lagi, berkunjung tiba bulan rahmat dan maghfirah yang mana, bertambah keberkatannya dengan amal ibadah dan amal mulia menundukkan keinsafan dengan rasa berdosa. Inilah nasihat galakan yang selalu berkumandang dendangannya saat kali tenggelamnya sandyakala Sya’aban dengan terbitnya sinar cerapan rembulan Ramadhan yang menandakan wajibnya menunaikan rukun islam yang ketiga.

Pada 20 Februari 2025 lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan menetapkan hari ini bersamaan 29 Syaaban 1446 Hijrah untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa buat umat Islam di Malaysia. Bermulanya Bulan Ramadhan Mubarak setelah hilang mekarnya swastamita nan merah memasuki ufuk maghrib dan menghampiri waktu Isya’ sebelum bermulanya Solat Sunat Tarawih yang hanya hadir keistimewaaan tuntutannya di Bulan Ramadhan yang mulia.

Setiap tahun afsun dengan keghairahan hati mengerjakannya dengan menghayati bacaan merdu imam yang melunakkan jiwa melayari keinsafan dalam diri mentadabbur makna bacaan kalam ilahi nan indah dengan ibrah, sirah motivasi dan nasihat. Selain itu, sirah penurunan Mukjizat Al-Quran juga berlaku di dalam bulan Ramadhan yang juga dikenali sebagai Syahrul Rahmah (Bulan Kerahmatan) Syahrul Maghfirah (Bulan Keampunan) dan Syahrul Barakah (Bulan Keberkatan).

                                                     HIMPUNAN HADITH SAHIH (JAKIM)


Alhamdulillah, dengan lafaz bismillah tahun ini berjaya juga menunaikan Solat Fardhu Isya’ dan Solat Sunat Tarawih berjemaah sambil menjelajahi Masjid – Masjid di Sekitar Kelantan. Walaupun tahun ini bergerak secara sendiriaan (Solo) syukur kehadrat ilahi رب العالمين diberikan renjana untuk Istiqamah hingga ke penghujung Ramadhan sebelum arunika syawal menjelma tanda tiba bulan kemenangan aidilfitri setelah sebulan berpuasa. 

Disini lampiran senarai dan butiran – butiran Masjid yang telah dijelajahi sepanjang Ramadhan Mubarak 1446H/2025M.  Semoga agenda ini menjadi tradisi saban tahun yang mendatang sepertimana istiqamahnya Bagaskara terbit dan tenggelam  saat sampai waktunya. Maaf andai ada salah silap kepada pembaca luar jika ada lakar luka yang mengguris hati bicara pembaca luar kerna fokus tulisan ini pada dasarnya hanya untuk catatan penghayatan kenangan simpanan penulisan sahaja.

Semoga kita semua diberikan kesempatan untuk bertemu Ramadhan tahun seterusnya dalam keadaan kesihatan yang afiat, kembang nirmala dalam jambangan dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Tidak lupa kepada sahabat handai dan keluarga tersayang yang telah meninggal kita supaya Allah menerima Sedekah niat dari warisan leluhur Jariah, Bacaan al- Quran dan harta sampai kepada mereka dengan izin Allah S.W.T. Insya-Allah.

Maklumat Lebih Detail

* Mungkin ada salah maklumat senarai bilangan dan nama Imam - Iman Tarawih yang bertugas mohon p.m untuk betulkan atau comment dibawah.

 * ( -) bermakna tiada maklumat yang didapati.

Sekian, Terima Kasih.


0 comments:

Post a Comment

 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.