photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Sunday, October 28, 2012

Filled Under:

Diploma Qiraat Dan Tarannum [ KIAS ]:[ FB ]

Jabatan Al-Quran Dan Hadis



  Jabatan Al-Quran dan Hadis ditubuhkan pada 1 Jun 2010 iaitu jabatan pengajian kelima bagi program pengajian Diploma di KIAS. Jabatan ini dibuka untuk memberi peluang kepada mana-mana pelajar lepasan SPM yang layak untuk menyambung pengajian mereka di Peringkat Diploma dalam pengajian Al-Quran dan Hadis. Jabatan ini membekalkan kursus-kursus yang membolehkan graduannya lahir sebagai tenaga separa cekap dalam bidang pengajian Al-Quran dan Hadis dan yang paling penting adalah dapat menyambung pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi. Program-program yang ditawarkan di Jabatan ini boleh dikatakan sebagai program-program yang baru kerana program-program seperti ini masih ditawarkan di peringkat IPT sebagai sebuah program yang mendapat perakuan akreditasi daripada pihak kerajaan Malaysia seperti Diploma Tarannum.
Objektif penubuhan jabatan ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:
  • Menyediakan peluang kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan Tarannum.
  • Mendedahkan dan memberi maklumat kepada pelajar tentang kepentingan Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan Tarannum khususnya di era globalisasi sekarang ini.
  • Kursus-kursus yang ditawarkan di dalam program-program ini diharap dapat membimbing para pelajar supaya dapat menguasai bidang Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan Tarannum serta mendorong mereka supaya terus belajar tanpa had masa dan tempat.
Kursus Jabatan:
Kursus-kursus yang diajarkan di jabatan ini adalah bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai sebuah agensi yang mengawal dan memperakukan program-program yang ditawarkan di peringkat IPT supaya mencapai tahap yang telah ditetapkan sebagai sebuah program pengajian tinggi di peringkat IPT, disamping mengambil kira kesesuaianya dengan bidang ilmu itu sendiri. Jabatan ini menawarkan kursus di peringkat Diploma iaitu:
i. Diploma Tahfiz Al-Quran (PA 10090)
ii. Diploma Qiraat dan Tarannum (PA 9599)

Aktiviti Jabatan :
  1. Menjalankan kelas-kelas intensif al-Quran kepada masyarakat awam.
  2. Menghantar wakil ke pertandingan Akademik Al-Quran 2010.
  3. Menjalankan kursus-kursus Al-Quran di sekolah-sekolah dan juga masyarakat.

Prospek Kerjaya :
  1. Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat pentadbiran di sektor awam dan swasta sesuai dengan skim perjawatan peringkat Diploma di dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan Tarannum.
  2. Berpeluang mengisi guna tenaga di pelbagai sektor pekerjaan yang sesuai seperti menjadi imam II di masjid-masjid, di samping menjawat jawatan sebagai pembantu pegawai agama di Jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta lain-lain sektor pekerjaan yang berkaitan yang diperlukan oleh masyarakat dan negara sesuai dengan langkah kerajaan memperkenalkan pengajian fardhu ain dan Bahasa Arab di sekolah.
  3. Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Qiraat, Tarannum di peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (B.A), Sarjana (M.A) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
Sumber : [ KIAS ]

Lampiran :

- Group Diploma Qiraat Dan Tarannum Kumpulan Pertama ( First Batch ).








# Lampiran 2 : Group Diploma Qiraat Dan Tarannum Di Facebook :


# Join the Open Group #


# Step To Add People To Group #

- Klik pada imej untuk lihat saiz yang lebih besar -

 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.