photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Sunday, December 27, 2015

Coretan Khutbah | Maulud Rasulullah ﷺ



Islam mempunyai dua perayaan yang utama iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Selain daripadanya terdapat juga beberapa hari yang di istilahkan sebagai hari kebesaran islam turut sama di raikan seperti Awal Muharram dengan tema hijrahnya. Hari Nuzul Quran dengan cogan kata seperti kembali kepada Al - Quran dan demekianlah seterusnya termasuk bulan yang sedang kita tempuhi ini iaitu bulan Rabiul Awwal, bulan kelahiran Nabi Muhammad ﷺ. tentu bukan niat kita kaum muslimin denagan memperingati hari kebesaran islam ini, ingin menjadikan agama kita hanya semata - mata perayaan dan main - main kerana Allah Taala' telah berfirman :


Ertinya : Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).

Dari ayat di atas kita menyedari bahawa apapun  nama  yang diberi samada sambutan perayaan atau apa - apa sambutan bukanlah bermaksud untuk melaksanakan amalan - amalan agama secara bermusim semata - mata atau bersuka ria tetapi sebaliknya untuk menjadi pemangkin, penyandar atau pengingat kepada peristiwa sejarah lampau yang ada kaitan dengan agama.

Dalam bab peringatan kepada kelahiran junjungan Rasulullah ﷺ, tentulah ia jauh lebih perlu dari ingatan kita kepada mana - mana manusia lain dalam mana- mana sejarah, tidak kira apapun jasa, ketokohannya sebagaimana Allah S.W.T berfirman :



Ertinya : Dan tidaklah Kami mengtuskan engkau ( Wahai Muhammad ) melainkan untuk menjadi rahmat sekalian alam.

Mungkin ada dalam masyarakat kita yang menyatakan sambutan ini tidak pernah di buat pada zaman Nabi Muhammad ﷺ, kepada mereka ini, berilah jawapan bahawa kita ingin sekali seperti penduduk madinah madinah yang berhari - hari menunggu kedatangan junjungan Nabi Muhammad ﷺ dan apabila Baginda tiba mereka ( Penduduk Madinah ) sama - sama mengumandangkan :


Tidak ada larangan pun daripada Nabi Muhammad ﷺ atas pujian penduduk madinah tersebut kerana pujian semata - mata tidak membawa erti penyembahan  kepada individu seperti difahami sesetengah orang. Mungkin masih ada yang bertanya, bukankah pujian bagi Nabi ﷺ tidak boleh bermusim, katakan kepada mereka bahawa pujian yang dilaungkan pada bulan Rabiul Awwal ini akan tetapi bergema pada bulan lain, hanya sahaja untuk menjadi tenaga pengingat bagi sebahagian golongan manusia yang mungkin jika tidak dibuat peringatan mereka akan lupa dan alpa malah mengabaikna ajaran islam yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ.

Dalam menzahirkan kecintaan kepada Baginda ﷺ ini berbagai jenis pujian termasuk dalam bentuk Selawat telah dinukilkan Para Ulama' bukan bermakna untuk lebih baik atau mengatasi cara selawat yang diajarkan Nabi S.A.W [ اللهم صلي على محمد ]. tetapi kerana kesucian hati nurani dan kefasihan bicara lidah telah melahirkan mutiara selawat seperti selawat Tafrijiyyah, Selawat Syifa' dan lain - lain. Dalam hal ini, Darul Iftaa di Jordan telah memfatwakan pada tahun 2012 berkenaan selawat ini dan merumuskan tidak ada sighah yang mesti di lazimi untuk berselawat  keatas Nabi  ﷺ. " Semua Sighah yang tidak mengandungi sesuatu yang dilarang oleh syara' adalah harus ".

Tentu sekali kita umat islam perlu berterima kasih apabila bijak pandai islam telah menanamkan kecintaan kepada Nabi Muhammad  ﷺ sejak kita kecil lagi dengan alunan berzanji, alunan selawat dalam nasyid, alunan selawat ketika acara berkhatanberamai - ramai atau ketika tahnik bayi yang baru dilahirkan. Memang ia tidak dibuat pada masa Nabi ﷺ tetapi sedar atau tidak kita orang melayu telah di tanam dengan nilai kepada Nabi Muhammad ﷺ sehingga dalam sebuah Tesis MA di Chicago pada tahun 1982 menyebut : " Bangsa Melayu di tanah air kita adalah satu - satunya bangsa di dunia ini yang diperakui oleh pihak Gereja bahawa paling sukar untuk dimurtadkan untuk menjadi penganut agama Kristian".

Dengan kenyataan ini juga para bijak pandai telah mentakrifkan melayu sebagai melayu adalah islam sehingga tertulis dalam perlembagaan. Berbeza dengan zaman sekarang apabila sudah ada cubaan orang melayu untuk murtad setelah berbagai fahaman di terima bulat - bulat atau kerana islam di fahami separuh - separuh.

Entah berapa kali kita telah menyambut bulan Rabiul Awwal yang tujuannya untuk mengingati Nabi ﷺ, mengingati bukan sekadar ingat semata - mata, tetapi mengingati untuk melaksanakan ajarannya ketika senang atau susah sebagaimana Firman Allah S.W.T :

Ertinya : Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

Inilah maksud khutbah pada hari ini, Khutbah untuk menerangkan bukan menyerang. Juga bukan untuk membandingkan antara pihak mana yang merayakan maulid Nabi ﷺ secara lebih bersungguh, bermewah -mewahan dan berwarna - warni dan berhenti di situ sahajatetapi untuk menjadi pengubat rindu umatnya kepada seorang Nabi  ﷺ  yang telah pergi secara Jasadi tetapi perlu sentiasa ada secara rohani bersama para pencintanya. Betullah kata - kata ilmuan islam Dr. Yusuff Qardhawi  yang menyebut " tidak dibolehkan jika sambutan maulid disertakan dengan kemungkaran, tetapi kita mengambil peluang dari sambutan itu untuk menguatkan tentang sirah Rasulullah ﷺ, keperibadiaan yang agung, risalahnya yang kekal dijadikan oleh Allah S.W.T kepada seluruh alam.

Disediakan dan Disemak Oleh :

Panel Majlis Agama Islam Kelantan. 



Friday, December 11, 2015

Proses Ekstrak Susu Soya | Tau Fu Fah


Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya Glycine max.

Kacang soya hijau berbentuk gumpalan 3 - 15, berbulu, berwarna hijau, mengandungi 2 - 4 biji, panjangnya 3 - 7 cm. Kacang soya berbentuk bulat, berwarna kuning ke hijau kekuningan. Pokok kacang soya mempunyai akar tunjang sepanjang 15 cm. Akar adventitius tumbuh daripada hipokotil. Nodul akar adalah kecil dan berbentuk sfera.

Kacang soya adalah legume berprotein tinggi (keluarga Fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa Jepun shoyu (kicap).

Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegan. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran, oat {Avena sativa} dan kemungkinannya kuinoa.

Manakala, Air kacang soya pula dikenalpasti mengikut kajian asalnya dari China, sebuah kawasan yang mempunyai pokok soya dan menggunakan dan memakan hasil soya sejak sebelum wujudnya rekod penulisan secara bertulis. Kemudiannya, pokok kacang soya dan hasil tuaiannya telah diperkenalkan dan di tanam di Jepun. Air kacang soya ditemui dan dibuat oleh Liu An dari Dinasti Han di China sebelum 164 sebelum masihi. Liu An juga dikatakan yang membuat tauhu di China, kemudiannya dikatakan 900 tahun selepas itu, dikenali di Jepun, sebagai tofu.

Untuk mengetahui lebih lanjut [ Klik Di Sini ]


Mesin Pemprosesan Soya | Klik Di Sini

Pemprosesan Minuman Soya

Bahan                                                   Kuantiti

  • Kacang Soya                                 1 Kg
  • Air                                                12 Liter
  • Gula                                              1.5 Kg
  • Daun Pandan                                3 Helai  



Proses Ekstrak Susu Soya

1) Bahan - bahan :

  • Kacang Soya
  • Air Untuk Rendam

2) Kacang direndam dalam air selama  4 - 6 jam

3) Basuh dan toskan kacang soya

4) Kemudian dikisar bersama air suam sebanyak 12 liter.

5) Susu Soya yang telah ditapis sedia diproses minuman soya.

Proses :-




Carta Alir


Kacang Soya

Bersih, Rendam 4 -6 Jam

               Nisbah Air & Soya (1 :6 )          Kisar      Hampas                                                                                

Masak Air Sehingga Mendidih
( Masukkan Gula )


Tuangkan Ke Dalam Bekas/ Botol

* Daun Pandan adalah pilihan untuk menggunakannya.



Pemprosesan Tau Fu Fah ( Pati Soya)



Bahan                                                       Kuantiti

  • Kacang Soya                                   1 Kg
  • Siako                                               15 Gram
  • Tepung Jagung                                30 Gram
  • Susu Tepung                                    30 Gram
  • Air                                                      6 Liter
Bahan Untuk Sirap :-

Gula (1 Kg)  + Air (3 Kg)


Kaedah Pemprosesan Taufu Fah

1.Kacang Soya yang telah dibasuh bersih, direndam selama 4 -6 jam.

2.Tos, basuh dan kisar dengan air panas dan ditapis. Nisbah soya dan air ( 1:6 ).

3.Masak sehingga mendidih.

4.Bancuh siako,tepung jagung dan susu tepung.

5.Tuang air kacang soya yang telah mendidih ke dalam bekas yang berisi campuran siako, tepung           jagung dan susu tepung.

6.Tudung dan biarkan selama 20 minit.

7.Makan bersama air gula dan manisan.
 

Proses :-

Carta Alir


Kacang Soya

Bersih, Rendam 4 -6 Jam

               Nisbah Air & Soya (1 :6 )          Kisar      Hampas                                                                                

Masak Air Sehingga Mendidih
( Masukkan Gula )



Larutkan Siako, Tepung Jagung, 
( Dengan Sedikit Air )


Susu Soya Di Tuangkan Dalam Bekas Bersama 
Larutan Siako, Tepung Jagung, Tepung Susu
( Bancuh Dengan Sedikit Air ).


 Pepejal  ( Pati Soya )       Tunggu selama 20 Minit                                                  


Simpan Dalam Bekas.














Tuesday, December 8, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri | Tarbiah Diniah 2009

Mengimbau kenangan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama sahabat handai, guru - guru, ustaz dan ustazah yang banyak membantu dalam menuntut ilmu dan pemudah bicara dalam kehidupan sosial di sekolah mahupun di luar. Pada tanggal 13 September 2009 pihak sekolah SMU (A) Tarbiah Diniah, Bunut Sarang Burung, 16200, Tumpat, Kelantan telah menganjurkan jamuan dan Majlis Sempena Hari Raya bersama pelajar bagi mengeratkan lagi silaturahim diantara para pendidik dan pelajar luar mahupun dalam (asrama).

Dengan adanya Majlis Seperti ini selain mengeratkan Silaturrahim ia juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam mengendalikan majlis maka disitulah akan terjalin tindakan saling bantu membantu antara satu sama lain yang mencetuskan keakraban bersama. Ikatan yang dibina ini mengeratkan ukhuwan kasih sayang bersama murabbi dan juga rakan seperjuangan. Terima Kasih pihak sekolah kerana menganjur majlis yang menyeronokkan seperti ini.

Disamping itu juga, pelajar - pelajar berpeluang merasai makanan dan hidangan yang disediakan oleh air tangan para pendidik yang banyak berjasa dipapan hitam, putih dalam mencurah ilmu dan menabur bakti kepada Agama. Negara dan juga Bangsa. Terima Kasih kepada para pendidik yang dikasihi sekalian.

Para pelajar juga, tidak ketinggalan membawa makanan yang disediakan oleh Ibubapa dari rumah untuk Majlis Sambutan Hari Raya ini. Terima Kasih juga kepada Mudir yang kami kasihi kerana menempah Laksa Laksam dan sebagainya sebagai santapan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Dibawah ini dilampirkan beberapa keping gambar sebagai renungan mengulit kenangan lalu. ;-)














 Selamat Hari Raya Semua !!

Maaf Zahir Dan Batin,
 Batch SPM (1) 2009

Saturday, November 21, 2015

Inspirasi Keusahawanan | 10 Trailer Filem Terbaik Jiwa Keusahawanan.



Menonton filem sama ada di panggung wayang atau melalui televisyen bukan sekadar hiburan semata-mata kerana sebahagian filem mampu memberikan inspirasi dan meningkatkan motivasi untuk usahawan.
Tidak seperti luar negara, pengarahan filem-filem sebegini masih kurang di Malaysia. Berikut antara 10 filem pilihan editor yang terbaik untuk para usahawan tontonkan.

#1 – The Billionaire

Filem ini berdasarkan kisah benar daripada zero menjadi hero mengenai seorang bilionair muda Thailand, Top Ittipat. Top yang pada awalnya seorang yang gila bermain game akhirnya berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang makanan berasaskan rumpai laut.

#2 – The Social Network

Pelajar Harvard, Mark Zuckerberg (Jesse Eisenberg), mencipta Facebook di dalam bilik asrama beliau. Beliau kemudian didakwa oleh rakan-rakan beliau kerana mencuri idea untuk membina laman sosial paling berjaya dan pantas berkembang itu.

#3 – Wall Street

Filem ini mengisahkan mengenai kisah hidup seorang broker saham yang muda dan laparkan kejayaan, Bud Fox. Filem ini terbaik untuk usahawan kerana ia menunjukkan apa hasilnya apabila keinginan untuk berjaya menguasai hidup anda.

#4 – Jerry Maguire

Filem ini berdasarkan kisah benar dan menunjukkan langkah demi langkah kepada penonton untuk berjaya. Setelah membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja, beliau melalui penolakan daripada insan-insan di sekelilingnya.
Perlahan-lahan, akhirnya beliau dapat mengenal pasti jalan yang terbaik untuk ditempuhi, dan ia berakhir dengan baik sekali di dalam perniagaan dan juga kehidupan beliau.

#5 – The Pursuit Of Happyness

Christopher Gardner (Will Smith) cuba untuk menyara keluarganya dengan menjual alat-alat perubatan yang tidak mempunyai permintaan. Beliau mendapat peluang untuk berjuang dengan menjual saham, tetapi beliau tidak akan menerima gaji untuk 6 bulan.
Untuk memenuhi keperluan, beliau terus cuba menjual alat-alat perubatan sehingga satu tahap beliau tidak mampu mempunyai tempat tinggal. Tetapi beliau tetap cekal berusaha sehingga mencapai kerjaya yang diimpikan.

#6 – Pirates Of Silicon Valley

Sebuah biografi mengenai pengasas serta pencipta Microsoft dan Apple. Biografi ini memberikan pendedahan bagaimana mereka memulakan dan menguruskan bisnes mereka serta menunjukkan apakah perbezaan besar dalam operasi mereka.

#7 – Moneyball

Pengurus besar Oakland A, Billy Beane (Brad Pitt) hanya mempunyai bajet yang rendah untuk mengambil pemain pasukan baseballnya. Semua pemain bintang beliau telah meninggalkan pasukan setelah mendapat tawaran yang lebih baik.
Beliau meninggalkan pasukan untuk mencari cara bagi membina sebuah pasukan hebat tanpa memerlukan wang yang banyak. Akhirnya beliau menjumpai satu penyelesaian dengan melihat dan memilih pemain berdasarkan data statistik untuk membentuk pasukan.

#8 – Up In The Air

Filem ini mengisahkan mengenai Ryan Bingham (George Clooney) yang pergi ke seluruh negara untuk membuang para pekerja dari syarikat-syarikat lain. Seorang pekerja baru, Natalie Keener (Anna Kendrick) menyertai syarikat itu untuk mengubah model perniagaan semasa dan bergantung sepenuhnya kepada teknologi.

#9 – The Aviator

Filem ini berdasarkan kisah sebenar seorang perintis penerbangan, Howard Hughes sehingga tahun 1947. Ia menceritakan mengenai kehidupan Hughes yang menjadi hartawan penerbangan dan pada masa yang sama mengalami masalah tidak stabil akibat gangguan obsessive-compulsive yang teruk.

#10 – Risky Business

Filem ini merupakan antara filem yang menyeronokkan. Ia menceritakan bagaimana mengambil peluang berisiko tinggi di depan mata. Filem yang dilakonkan oleh Tom Cruise ini mengisahkan mengenai seorang lelaki yang terpaksa berhadapan realiti untuk mencari duit sebelum kepulangan ibu bapanya.
PS: Apakah filem kegemaran anda (selain dokumentari) yang telah memberikan inspirasi kepada anda selama ini?


(Sumber gambar: columbiagradstudy)
Sumber : Majalah Niaga.

Thursday, November 19, 2015

Nota Bisnes ( First Learn And Then Earn ) Series : 03



Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah naskhah penting yang mengandungi maklumat tentang sebuah perniagaan. Malah dalam rancangan perniagaan itu dicatatkan juga strategi - strategi yang dijangka akan direalitikan. Rancangan Perniagaan adalah satu langkah awal dengan susun atur pergerakan yang strategik sebelum memulakan sesuatu perniagaan.

Melalui penyediaan rancangan Perniagaan, sama ada anda sedar atau tidak , anda sedang merangka perjalanan perniagaan anda untuk masa depan. Dalam Rancangan Perniagaan yang disediakan mengandungi beberapa maklumat mengenai kaedah operasi perniagaan, sasaran jualan, perancangan kewangan dan sebagainya.

Sebuah Rancangan Perniagaan yang disediakan dengan teliti sudah semestinya mengandungi maklumat - maklumat yang sangat kritikal dan bermanfaat untuk memastikan kejayaan sesebuah perniagaan. Untuk menyediakan Rancangan Perniagaan anda mestilah menyediakan dengan isi kandungan yang menyeluruh daripada aspek - aspek tertentu supaya mudah mencorak strategi dalam membina dan  mengawal sesebuah perniagaan yang dijalankan.

Isi Kandungan Rancangan Perniagaan.

  •  Latar belakang perniagaan ( nama, tarikh ditubuhkan, no. lesen perniagaan )
  • Latar belakang pemilik ( nama, alamat, sumbangan modal, kelayakan ).
  • Operasi ( Jenis, produk, mesin, keistimewaan produk, sasaran output ).
  • Pemasaran ( Sasaran jualan, strategi pemasaran, teknik jualan).
  • Kewangan ( Alir Tunai, penyata untung rugi, kunci kira - kira).
  • Masa Depan ( Jangkaan masa depan perniagaan,)

Sebab - Sebab Usahawan Tidak Manfaatkan Rancangan Perniagaan.

1. Tidak Faham

+ Usahawan berkemungkinan tidak atau kurang memahami isi kandungan rancangan perniagaan disebabkan naskhah tersebut disediakan pihak luar atau perunding. Menggunakan perunding adalah bukan satu masalah tetapi anda perlu memahami Rancangan Perniagaan itu agar anda dapat merangka halatuju perniagaan anda.

2.Tidak Sahih

+ Kemungkinan sebuah Rancangan Perniagaan disediakan tanpa mendedahkan maklumat atau mungkin sesetengah maklumat disembunyikan supaya perniagaan kelihatan sangat - sangat berpotensi. Keadaan seperti ini wajar dielakkan kerana ianya mengelirukan pelabur dan pemberi pinjam. Apa yang ditekankan mereka bukanlah mencari perniagaan yang berisiko tetapi menilai langkah - langkah pengurusan risiko yang diambil oleh firma bagi mengurangkan kerugian.

3.Tidak Fleksibel

+ Kemungkinanj juga isi kandungan sesebuah rancangan perniagaan yang tidak fleksibel untuk disesuaikan dengan perubahan yang berlaku dalam persekitaran perniagaan. Para pengguna, keaadaan ekonomi, taraf hidup pengguna, polisi kerajaan, persaingan baru dan selainnya yang merupakan antara elemen - elemen perniagaan yang sentiasa berubah.

Selain itu, jangan sekali - kali membuat kesimpulan umum seperti perniagaan yang berhampiran kompleks pejabat merupakan lokasi yang strategik. Strategik atau tidak sesuatu lokasi perlu juga mengambil kira keunikan produk yang dijual serta padanan produk tersebut dengan sasaran pelanggan. Apalah strategiknya sebuah perniagaan dikawasan pejabat jika sasaran pelanggan adalah pelajar Universiti.

Untuk mengambarkan pentingnya  sebuah Rancangan Perniagaan Ibarat seperti sebuah peta untuk memberi panduan sewaktu mengunjungi tempat yang baru. Dengan adanya Rancangan Perniagaan, anda dapat menggunakannya sebagai rujukan Operasi Perniagaan, menjadi representasi perniagaan kepada pihak luar serta menterjemahkan matlamat tengtang perniagaan secara bertulis.

Kepentingan Rancangan Perniagaan.

  • Rancangan Perniagaan Sebagai Alat Komunikasi Antara Ahli Organisasi.
  • Rancangan Perniagaan Sebagai Alat Panduan Ketika Mengambil Keputusan.
  • Rancangan Perniagaan Sebagai Alat Komunikasi Pihak Luar
  • Rancangan Perniagaan Sebagai  Alat Kawalan Ketika Menilai Operasi
  • Rancangan Perniagaan Sebagai Alat Penilaian Prestasi Pengurus.
Kesimpulannya, untuk memastikan Rancangan Perniagaan dapat memberikan manfaat yang besar pula, maka kandungan Rancangan Perniagaan perlu komprehensif. Maklumat yang dipersembahkan mestilah sahih dan boleh dipercayai. Kandungan Rancangan Perniagaan yang lengkap meliputi pengenalan , latar belakang pemilik dan syarikat, maklumat barisan pengurusan syarikat, rancangan operasi, rancanhan pemasaran dan rancangan kewanagan.


19/11/2015.





Saturday, November 14, 2015

Coretan Khutbah | Tanggungjawab Memelihara Keluarga

Tanggung Jawab Memelihara Keluarga.



Sedarkah kita bahawa hidup kita di dunia tidak bersendirian. Allah S.W.T telah menganugerahkan kepada Insan - Insan disekeliling kita iaitu Keluarga. Ahli keluarga kita samada suami, isteri, ibubapa atau anak - anak, semuanya mempunyai nilai tersendiri dan islam menuntut kita bertanggungjawab keatas mereka.

Firman Allah S.W.T di dalam Al - Quran :-

Ayat 6-7: Peringatan terhadap hari Kiamat dan tanggung jawab seorang mukmin terhadap diri dan keluarganya.
Surat At-Tahrim Ayat 6

Surat At-Tahrim Ayat 7

Terjemahan Surah At Tahrim Ayat 6-7 :

(6) Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

(7) Wahai orang-orang kafir! Janganlah kamu mengemukakan alasan pada hari ini.Sesungguhnya kamu hanya diberi balasan menurut apa yang telah kamu kerjakan.


Suami dan bapa adalah satu perkataan  gelaran yang mudah disebut namun disebalik gelaran itu ia mempunyai tanggungjawab yang berat. Sebagai seorang ketua dalam sesebuah keluarga merekalah yang menentukan halatuju ahli keluarga samada bakal menghuni syurga atau menempah tiket  ke neraka bersama azab neraka yang pedih di akhirat kelak.

Menurut Ibnu Munzir : Saidina Ali Karamalluhu Wajhah ketika membicarakan ayat diatas, beliau berpesan : " Ajarkanlah diri kamu dan keluarga kamu tengtang kebaikan dan didiklah mereka." ayat ini juga mewajibkan secara tidak langsung mengesa para suami agar mempelajari perkara fardhu yang telah diwajibkan dan mengajarkan pula kepada ahli keluarga. 

Keluarga merupakan anugerah yang juga berperanan sebagai amanah daripada Allah S.W.T. Sebagai seorang suami berperanan membentuk peribadi isteri dan anak - anak kerana ianya adalah tanggung yang diamanahkan kepada suami. Oleh itu, ilmu didada mestilah penuh serta mempunyai daya iman yang utuh dan stamina amal yang teguh. Kemahiran dan kesabaran juga merupakan elemen yang penting bagi seorang suami mithali mendidik keluarganya mengikuti acauan baginda Nabi Sallahualaihiwassalam.

Menyedari hakikat ini, telah menegaskan beberapa kewajipan yang perlu diambil berat dan dilaksanakan oleh para ketua keluarga agar dapat mendidik dengan cara yang betul :

  • Memberikan Pendidikan dan Tarbiah Islam Kepada Anggota Keluarga.    
- Dunia hari ini memerlukan kepada penguasaan sains dan teknologi, pengurusan dan pentadbiran dan sebagainya. Oleh yang demikian itu, menyediakan bekalan pengetahuan dunia disamping diselarikan dengan pengetahuan akhirat agar isteri dan anak - anak tidak ketinggalan bahkan terkehadapan berbanding orang - orang lain. Keseimbangan keduanya mestilah wujud dan sebagai seorang ketua keluarga mestilah berusaha sedaya upaya mungkin untuk menyediakan ilmu akhirat kepada mereka serta memupuk mereka bercita -cita tinggi memburu kejayaan dunia akhirat.
  • Tanggungjawab Menjaga dan Memelihara Anak dan Isteri.
- Institusi Keluarga merupakan tunjang kepada kesinambungan rantaian manusia dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Andai sesebuah keluarga itu benar - benar menurut acuan dan kehidupan islam yang tulen. Maka ia akan menghasilkan generasi baru yang unggul. Namun sebaliknya, jika keadaan keluarga porak peranda , haru biru, kacau bilau dan tiada hala tuju. Pastinya kelahiran generasi muslim akan terencat dan terbantut.

Lantaran itu, Allah S.W.T telah berfirman :

26:214


"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat,

( Surah Asy Syu'araa :214 ).

Peringatan paling penting ialah supaya berpegang teguh dangan akidah islam dan jangan sekali - kali mensyirikkan Allah S.W.T. Inilah teladan yang telah dipastikan oleh seorang bapa contoh yang bernama Luqman Al - Hakim kepada anak - anaknya sebagaimana 

Firman Allah S.W.T ;-

31:13

Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kelaliman yang besar".

( Surah Luqman : 13 ).


  • Menghidupkan dan Membudayakan Syariat Dalam Rumah Tangga.
- Apalah ertinya lampu yang indah namun tidak boleh menerangi, itulah gambaran yang boleh diberikan kepada keluarga  - keluarga muslim hari ini yang tidak diterapkan nilai - nilai islam. Asas membudayakan islam dalam rumah ialah dengan mendirikan solat dan memerintahkan setiap ahli keluarga melaksanakannya. Sedarlah bahawa ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah, malah ia menuntut kesabaran yang tinggi. 

Antara perkara yang perlu dibudayakan dalam keluarga ialah perihal kewangan keluarga. Umpamanya suami mengajar anak-anak menjadi amanah, berbelanja berdasarkan keperluan , bersedekah, mengamalkan sikap berjimat cermat dan membuat simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan. Semua perkara ini tidak akan dibudayakan tanpa ada kerjasama seorang isteri.

Sehubungan dengan itu binalah kerasian dengan isteri dan sentiasalah berbincang bersama dalam membentuk sebuah keluarga bahagia dan harmoni bukan sahaja di dunia  bahkan di akhirat kelak.

Kesimpulan dari khutbah ini marilah bersama mengamati intipati inti khutbah yang telah disampaikan tadi

  • Keluarga adalah merupakan suatu anugerah sekaligus sebagai amanah daripada Allah S.W.T kepada kita.
  • Ketua Keluarga hendaklah menyediakan pendidikan yang seimbang antara dunia dan akhirat kepada setiap ahli keluarga.
  • Kemuncak kebahagiaan dalam berkeluarga ialah apabila setiap anggota membudayakan cara hidup islam dalam kehidupan seharian. Bukan mudah untuk mencapainya, namun yang dituntut itu adalah usaha kita. 
Firman Allah S.W.T :

Surat Ath-Thur Ayat 21


"Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya".

( Surah Thur : 21).

                                      









Thursday, November 12, 2015

Nota Bisnes ( First Learn And Then Earn ) Series : 02



Kegagalan Perniagaan.

+ Kegagalan sesebuah perniagaan sebenarnya berpunca dari sebab - sebab yang berbeza. Maka dengan itu tidak ada formula yang dapat digunakan  untuk meramal masa depan sesebuah perniagaan itu tepat. Kegagalan perniagaan bukan hanya berlaku pada permulaan kepada orang berniaga tetapi ianya berlaku kepada kesuluruhan perniagaan itu, tidak terkecuali walaupun syarikat gergasi dunia seperti mana yang kita lihat sebelum ini  Syarikat Telekomunikasi yang mendominasi Asia adalah syarikat dari Finland Brand Nokia. Selepas wujudnya Operating System Android dinaiktarafkan oleh Syarikat SAMSUNG menguasai pasaran Asia menyebabkan kemerosotan jualan Syarikat Jenama Nokia.

+ Kegagalan boleh dielak tetapi tidak ada ramalan yang tepat, dengan mengetahui faktor - faktor kegagalan dapat meminimunkan kesan kegagalan terhadap sesebuah perniagaan. Misalnya, dalam persekitaran hidup kita sendiri, kita pasti dapat menyaksikan bagaimana pelajar menerima pendidikan dan tarbiah yang sama di sekolah tetapi akhirnya melalui kehidupan yang sama tetapi akhirnya melalui kehidupan berbeza. Namun itu tidak bermakna, anak perlu dibiarkan membesar tanpa di didik dan dibiarkan terdidik secara membuta tuli.

+  Garis pemisah antara "gagal dan "berjaya" sangat halus. Sesebuah perniagaan yang sedang menikmati kejayaan juga tidak terlepas dari risiko kegagalan. Terdapat tiga elemen yang membantu untuk mengelak kegagalan iaitu Kombinasi antara tidakan tepat yang diambil pada masa yang tepat dan dikerjakan oleh orang yang tepat boleh menghasilkan keuntungan, Tanpanya elemen ini kegagalan tidak dapat diminimunkan.

+ Kejayaan itu yang diusahakan itu sendiri merupakan sesuatu yang tidak pasti apakah pula kegagalan yang tidak disertakan dengan strategi yang terperinci. Adakalanya faktor kegagalan itu berpunca daripada tindakan usahawan itu sendiri.

+Kegagalan juga boleh berlaku kepada individu terlatih jika ianya diambil remeh dalam menangani sesebuah masalah dalam perniagaan. Kenyataan daripada Ketua Pegawai eksekutif  Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dalam Akhbar Harian Metro bertarikh 3 November 2008 telah mendedahkan bahawa sejak dilancarkan Program latihan dan bimbingan tujuh yang lepas, sebanyak 231 buah perniagaan dibawah skim peruncitan telah gagal atau mengalami kerugian. Ini bermakna Ushawan yang berpendidikan dalam bidang perniagaan juga tidak terlepas daripada kegagalan.

+ Selain itu anda perlu tahu mengapakah anda menceburi bidang perniagaan. Adakah kerana anda bosan dengan pekerjaan semasa dan sekadar ingin menembah pendapatan keluarga, atau anda tertarik dengan kehidupan gaya mewah dan tidak sanggup bekerja lebih masa diarahkan oleh majikan menyebabkan anda menginginklan kebebasan waktu bekerja. Jika sebab - sebab ini membuat anda menceburinya maka anda renung kembali kerana :

# Sebagai Usahawan :-

  1.  Usahawan perlu bekerja lebih masa lapan jam sehari, seorang usahawan yang ingin berjaya sering kali terpaksa berkerja lebih masa dengan kebanyakan orang.
  2. Namun begitu, usahawan bukan sahaja rajin dan kuat bekerja kerana usahawan yang berjaya perlu meaplikasikannya dengan tindakan yang bijaksana dalam menempuh sosial dalam bidang ini.
  3. Pertarungan dalam bidang perniagaan bukan semata - mata pertarungan kekuatan fizikal. Sebaliknya ia memerlukan kecekapan dan bijaksana dalam mengatur dan melaksanakan strategi yang tepat pada masa yang tepat.
  4. Usahwan juga harus bersedia untuk melalui gelombang naik dan turun. Sebelum mengecapi puncak kejayaan, anda perlu bersedia untuk melalui cabaran kecil mahupun besar.
  5. Satu Kunci penting untu kebanyakan usahawan yang telah berjaya ialah ilmu. Anda jangan sekali -kali turun dalam bidang keusahawanan  hanya dengan berbekalkan Modal  Wang dan Semangat Membara Semata - mata kerana Modal boleh hangus jika keputusan tidak tepat dan semangat juga boleh lentur dan lebur jika seringkali menemui kegagalan.  

Thursday 12/11/2015.

Wednesday, November 11, 2015

DOWNLOAD | 45 Jilid kitab Mausu'ah Fiqhiah Kuwaitiyyah.




45 Jilid kitab Mausu'ah Fiqhiah Kuwaitiyyah untuk dimuat turun secara percuma

ABU ANAS MADANI.


Dr Abdul Basit Abdul Rahman mendapat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah Islam. Kini beliau adalah Musyrif (penyelia) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan di samping merupakan pensyarah Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).



Hadiah Kepada Penuntut Ilmu dari Dr.Abu Anas Madani.

45 Jilid kitab Mausu'ah Fiqhiah Kuwaitiyyah untuk dimuat turun secara percuma. 

Ensiklopedia ini ialah Ensiklopedia Fiqh terbesar pada zaman ini yang mula ditulis bermula pada tahun 1965 atas tajaan kerajaan Kuwait. 

Setelah 40 tahun ditulis, pada tahun 2005 kitab ini telah sampai ke jilidnya yang ke 45.

Perbahasan Fiqh dalam kitab ini disusun berdasarkan susunan huruf alphabet untuk memudahkan rujukan para penuntut ilmu.

Juga dalam penulisan kitab ini, ratusan ulama fiqh telah terlibat untuk menghasilkan sebuah kitab yang teramat besar ini.

Kitab ini ialah antara kitab fiqh yang mesti dimiliki oleh penuntut ilmu syariah.

Semoga bermanfaat.

Link :-

https://t.co/4Ux1DrWxye

*Dalam bentuk PDF dan Word.



Selain itu, proses terjemahan kitab ini sedang dijalankan dan DBP telah mendapat keizinan daripada Kuwait. Semoga Dr. Abu Anas Madani dipermudahkan dalam menterjemahkan buku ini.

Petikan Facebook Dr. Abu Anas Madani.


Sumber :  Dr. Abu Anas Madani FB Pages [ Klik Disini ]

Facebook : Dr. Abdul Basit Abdul Rahman [ Klik Disini ]


Sunday, November 8, 2015

Nota Bisnes ( First Learn And Then Earn ) Series : 01




+  Jika anda mahu memastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan itu berjaya dipasaran, maka anda perlu menjawab dengan yakin dan tepat tengtang persoalan itu. Untuk menjawab persolan ini jangan sekali syok sendiri kerana anda tidak berniaga atas dasar suka - suka yang boleh menyebabkan jatuh bangun perniagaan anda.

" Mengapa dan kenapa pelanggan perlu membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan''.

Persoalan ini amat diperlukan bagi mengetahui siapakah yang menyokong perniagaan anda.


+ Cabaran yang ketara bagi Usahawan adalah mendapatkan idea yang bernas. Oleh itu, Jika anda mempunyai idea perniagaan yang hebat dan yakin bahawa perniagaan itu akan memberikan keuntungan, maka jangan sesekali anda mengambil masa yang terlalu lama untuk menterjemahkan menjadi satu tindakan.

- Idea hebat yang terperap dalam kotak pemikiran semata - mata tanpa tindakan yang menguntungkan akan membuatkan idea itu lapuk.


+ Idea perniagaan adalah sesuatu yang mahal dan usaha untuk merialisasikannya  menjadi lombong emas adalah bukan mudah. Idea yang hebat belum tentu menjamin kejayaan seseorang usahawan itu jika tidak disertakan dengan perancangan yang sempurna dan rapi.

- Persiapan yang diperlukan adalah ILMU kerana segala - galanya memerlukan ilmu agar anda menjadi suatu tindakan itu bijaksana. Ilmu tidak melangkaui segulung ijazah atau sijil yang dimiliki. Banyak orang bergulung sijil tapi tidak berilmu, sedangkan banyak orang yang berilmu tanpa segulung sijil pun.


+ Bagi Individu yang sentiasa bersikap positif dan optimis terhadap kehidupan, kegagalan lampau adalah sumber pembelajaran yang mempunyai nilai tolak bandingnya . Saya pasti bahawa tidak semua orang berpeluang mendapat pengalaman hidup dengan melalui episod kegagalan.

- Jika kita mempunyai pilihan untuk belajar daripada kesilapan orang lain adalah baik berbanding menunggu kegagalan sendiri dan kemudian baru berfikir.


+  Kegagalan kebiasaannya boleh dikategorikan dua elemen yang berbeza iaitu :-


  1. Kegagalan kecil
  2. Sebab - sebab  kegagalan.
- Kegagalan kecil adalah kegagalan tindakan ketika ingin melakukan sesuatu tindakan yang menyebabkan kerugian pada keuntungan ketika tindakan itu sudah diaplikasikan.

Contoh : Seorang promoter tertinggal sampel contoh untuk dipamerkan atau di rasai oleh pelanggan dalam mempengaruhi kepercayaan pelanggan terhadap produk tersebut yang menyakibat tahap penjualan produk itu berkurang.


- Manakala sebab - sebab kegagalan adalah kebiasaannya yang terdorong daripada sikap negatif Usahawan tersebut dalam melakukan tindakan terhadap perniagaan itu.

Contoh : Seseorang Usahawan itu mengambil tindakan dengan berhutang melebihi tahap kemampuan dan pencapaiannya dalam merealisasikan perniagaannya.

+ Adakah anda perlu bangkit selepas kerugian berjuta - juta. Oleh itu, ambillah iktibar dalam pengalaman hidup menempuh onak dan duri dalam orang lain.




Sunday : 08/11/15.



 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.