Kegagalan Perniagaan.
+ Kegagalan sesebuah perniagaan sebenarnya berpunca dari sebab - sebab yang berbeza. Maka dengan itu tidak ada formula yang dapat digunakan untuk meramal masa depan sesebuah perniagaan itu tepat. Kegagalan perniagaan bukan hanya berlaku pada permulaan kepada orang berniaga tetapi ianya berlaku kepada kesuluruhan perniagaan itu, tidak terkecuali walaupun syarikat gergasi dunia seperti mana yang kita lihat sebelum ini Syarikat Telekomunikasi yang mendominasi Asia adalah syarikat dari Finland Brand Nokia. Selepas wujudnya Operating System Android dinaiktarafkan oleh Syarikat SAMSUNG menguasai pasaran Asia menyebabkan kemerosotan jualan Syarikat Jenama Nokia.
+ Kegagalan boleh dielak tetapi tidak ada ramalan yang tepat, dengan mengetahui faktor - faktor kegagalan dapat meminimunkan kesan kegagalan terhadap sesebuah perniagaan. Misalnya, dalam persekitaran hidup kita sendiri, kita pasti dapat menyaksikan bagaimana pelajar menerima pendidikan dan tarbiah yang sama di sekolah tetapi akhirnya melalui kehidupan yang sama tetapi akhirnya melalui kehidupan berbeza. Namun itu tidak bermakna, anak perlu dibiarkan membesar tanpa di didik dan dibiarkan terdidik secara membuta tuli.
+ Garis pemisah antara "gagal dan "berjaya" sangat halus. Sesebuah perniagaan yang sedang menikmati kejayaan juga tidak terlepas dari risiko kegagalan. Terdapat tiga elemen yang membantu untuk mengelak kegagalan iaitu Kombinasi antara tidakan tepat yang diambil pada masa yang tepat dan dikerjakan oleh orang yang tepat boleh menghasilkan keuntungan, Tanpanya elemen ini kegagalan tidak dapat diminimunkan.
+ Kejayaan itu yang diusahakan itu sendiri merupakan sesuatu yang tidak pasti apakah pula kegagalan yang tidak disertakan dengan strategi yang terperinci. Adakalanya faktor kegagalan itu berpunca daripada tindakan usahawan itu sendiri.
+Kegagalan juga boleh berlaku kepada individu terlatih jika ianya diambil remeh dalam menangani sesebuah masalah dalam perniagaan. Kenyataan daripada Ketua Pegawai eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dalam Akhbar Harian Metro bertarikh 3 November 2008 telah mendedahkan bahawa sejak dilancarkan Program latihan dan bimbingan tujuh yang lepas, sebanyak 231 buah perniagaan dibawah skim peruncitan telah gagal atau mengalami kerugian. Ini bermakna Ushawan yang berpendidikan dalam bidang perniagaan juga tidak terlepas daripada kegagalan.
+ Selain itu anda perlu tahu mengapakah anda menceburi bidang perniagaan. Adakah kerana anda bosan dengan pekerjaan semasa dan sekadar ingin menembah pendapatan keluarga, atau anda tertarik dengan kehidupan gaya mewah dan tidak sanggup bekerja lebih masa diarahkan oleh majikan menyebabkan anda menginginklan kebebasan waktu bekerja. Jika sebab - sebab ini membuat anda menceburinya maka anda renung kembali kerana :
# Sebagai Usahawan :-
- Usahawan perlu bekerja lebih masa lapan jam sehari, seorang usahawan yang ingin berjaya sering kali terpaksa berkerja lebih masa dengan kebanyakan orang.
- Namun begitu, usahawan bukan sahaja rajin dan kuat bekerja kerana usahawan yang berjaya perlu meaplikasikannya dengan tindakan yang bijaksana dalam menempuh sosial dalam bidang ini.
- Pertarungan dalam bidang perniagaan bukan semata - mata pertarungan kekuatan fizikal. Sebaliknya ia memerlukan kecekapan dan bijaksana dalam mengatur dan melaksanakan strategi yang tepat pada masa yang tepat.
- Usahwan juga harus bersedia untuk melalui gelombang naik dan turun. Sebelum mengecapi puncak kejayaan, anda perlu bersedia untuk melalui cabaran kecil mahupun besar.
- Satu Kunci penting untu kebanyakan usahawan yang telah berjaya ialah ilmu. Anda jangan sekali -kali turun dalam bidang keusahawanan hanya dengan berbekalkan Modal Wang dan Semangat Membara Semata - mata kerana Modal boleh hangus jika keputusan tidak tepat dan semangat juga boleh lentur dan lebur jika seringkali menemui kegagalan.
Thursday 12/11/2015.
0 comments:
Post a Comment