photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Sunday, November 1, 2015

Filled Under:

Akta Makanan 1983 ( Akta 281 ) Dan Peraturan - Peraturan Makanan 1985

AKTA MAKANAN 1983 (AKTA 281)
DAN
 PERATURAN - PERATURAN MAKANAN 1985


Peraturan 350 : Sirap Buah, Kordial buah atau Skuas buah.

1.       Sirap buah, kordial buah atau skuas buah hendaklah diminum ringan yang terdiri daripada sirap dan jus, dengan atau tanpa bahagian boleh dimakan, dari satu jenis atau lebih buah - buahan. ia mengandungi tidak kurang daripada 25% jus atau lain - lain bahagian satu atau lebih jenis  buah - buahan.

2.       Sirap buah, kordial buah atau skuas buah boleh mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan, bahan perisa yang dibenarkan dan kondisioner makanan yang dibenarkan.

3.       Sirap buah, kordial buah atau skuas buah boleh mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan, bahan perisa yang dibenarkan dan kondisioner makanan yang dibenarkan:-

a).       Bahan Perisa Asli
b).      Bahan Perisa Serbasama Bahan Asli

4.       Apabila Sirap, kordial buah dan skuas buah dibancuh menjadi hasil yang sedia diminum mengikut nisbah pencairan yang disyorkan minuman yang disediakan itu hendaklah mematuhi standard yang ditetapkan bagi minuman buah yang ditetapkan dalam Peraturan 353 (Minuman buah hendaklah minuman ringan yang mengandungi tidak kurang daripada 5% b/I jus buah).

5.       Hendaklah ditulis pada label diatas sesuatu bungkusan yang mengandungi sirap buah, cordial buah atau skuas buah.

a)      Perkataan – perkataan ‘sirap buah, atau ‘kordial buah’ atau ‘skuas buah’, mengikut mana yang berkenan.
b)      Jika hasil itu terdiri daripada jus atau yang lain –lain bahagian boleh dimakan dari satu jenis buah sahaja, nama buah daripada mana ianya disediakan.
c)       Jika hasil itu terdiri daripada jus atau lain –lain bahagian boleh dimakan dan lebih daripada satu jenis buah – buahan, perkataaan – perkataan ‘jus buah campuran’ atau ‘kordial buah campuran’ atau ‘skuas buah campuran’, mengikut mana – manayang berkenan; dan

d)      Nisbah pencairan yang disyorkan dinyatakan mengikut bilangan bahagian air yang mesti dicampur dengan satu bahagian sirap, cordial atau skuas.


Lampiran.



0 comments:

Post a Comment

 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.