photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Monday, October 29, 2012

Cara Mudah install Tulisan Jawi [ MPP ]

Pada kali ini, aku nak ajar korang cara yang paling mudah untuk install tulisan jawi tanpa sebarang software. Paling penting korang menggunakan Windows tidak kira XP, Vista atau 7.

Langkah-langkah install tulisan jawi.
1. Klik start dan klik pada Control Panel.
2. Seterusnya, Klik Region and language.

region and languange

3. Dibahagian tab, klik Keyboards and Languages.
4. Terdapat dua bahagian yang perlu kita buat ialah klik pada Change Keyboards.

region and languages

5. Kemudian akan terpapar satu lagi paparan. Anda hanya perlu klik Add dan cari Arabic (Saudi Arabia). Setelah itu, klik ikon “+” pada Keyboards dan Other. Tick pada bahagian yang aku tunjukkan di gambar ini. Kemudian, klik OK.

add input language

6. Seterusnya, korang perlu tekan button Apply dan OK.
7. Setelah siap, lihat dibahagian sebelah tray. Klik pada ikon tersebut dan akan terpapar pilihan tulisan. Untuk mengaktifkan penggunaannya, korang perlu klik pada tulisan yang korang mahukan dan terus boleh guna.

tray

Selepas ini, korang boleh mencuba semua jenis tulisan dengan mengikut langkah-langkah yang aku tunjukkan. Kepada yang menggunakan tulisan jawi, selepas ini korang boleh beli sticker khas jawi atau buat sendiri.

P/S: Jika korang mula aktifkan tulisa jawi, kemudian baru korang buka Microsoft Word pastikan korang aktifkan balik tulisan jawi.

Sumber : Master Pak Pandir  @  http://www.muhasya.com/  .
_________________________________________________________________________________

- Sebarang pertanyaan mengenai artikel ini bolehlah terus ke WordPress Master Pak Pandir :
                                        *  http://masterpakpandir.wordpress.com  *
_________________________________________________________________________________
            

Sunday, October 28, 2012

Diploma Qiraat Dan Tarannum [ KIAS ]:[ FB ]

Jabatan Al-Quran Dan Hadis



  Jabatan Al-Quran dan Hadis ditubuhkan pada 1 Jun 2010 iaitu jabatan pengajian kelima bagi program pengajian Diploma di KIAS. Jabatan ini dibuka untuk memberi peluang kepada mana-mana pelajar lepasan SPM yang layak untuk menyambung pengajian mereka di Peringkat Diploma dalam pengajian Al-Quran dan Hadis. Jabatan ini membekalkan kursus-kursus yang membolehkan graduannya lahir sebagai tenaga separa cekap dalam bidang pengajian Al-Quran dan Hadis dan yang paling penting adalah dapat menyambung pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi. Program-program yang ditawarkan di Jabatan ini boleh dikatakan sebagai program-program yang baru kerana program-program seperti ini masih ditawarkan di peringkat IPT sebagai sebuah program yang mendapat perakuan akreditasi daripada pihak kerajaan Malaysia seperti Diploma Tarannum.
Objektif penubuhan jabatan ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:
  • Menyediakan peluang kepada pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan Tarannum.
  • Mendedahkan dan memberi maklumat kepada pelajar tentang kepentingan Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan Tarannum khususnya di era globalisasi sekarang ini.
  • Kursus-kursus yang ditawarkan di dalam program-program ini diharap dapat membimbing para pelajar supaya dapat menguasai bidang Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan Tarannum serta mendorong mereka supaya terus belajar tanpa had masa dan tempat.
Kursus Jabatan:
Kursus-kursus yang diajarkan di jabatan ini adalah bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai sebuah agensi yang mengawal dan memperakukan program-program yang ditawarkan di peringkat IPT supaya mencapai tahap yang telah ditetapkan sebagai sebuah program pengajian tinggi di peringkat IPT, disamping mengambil kira kesesuaianya dengan bidang ilmu itu sendiri. Jabatan ini menawarkan kursus di peringkat Diploma iaitu:
i. Diploma Tahfiz Al-Quran (PA 10090)
ii. Diploma Qiraat dan Tarannum (PA 9599)

Aktiviti Jabatan :
  1. Menjalankan kelas-kelas intensif al-Quran kepada masyarakat awam.
  2. Menghantar wakil ke pertandingan Akademik Al-Quran 2010.
  3. Menjalankan kursus-kursus Al-Quran di sekolah-sekolah dan juga masyarakat.

Prospek Kerjaya :
  1. Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat pentadbiran di sektor awam dan swasta sesuai dengan skim perjawatan peringkat Diploma di dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan Tarannum.
  2. Berpeluang mengisi guna tenaga di pelbagai sektor pekerjaan yang sesuai seperti menjadi imam II di masjid-masjid, di samping menjawat jawatan sebagai pembantu pegawai agama di Jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta lain-lain sektor pekerjaan yang berkaitan yang diperlukan oleh masyarakat dan negara sesuai dengan langkah kerajaan memperkenalkan pengajian fardhu ain dan Bahasa Arab di sekolah.
  3. Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Qiraat, Tarannum di peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (B.A), Sarjana (M.A) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
Sumber : [ KIAS ]

Lampiran :

- Group Diploma Qiraat Dan Tarannum Kumpulan Pertama ( First Batch ).








# Lampiran 2 : Group Diploma Qiraat Dan Tarannum Di Facebook :


# Join the Open Group #


# Step To Add People To Group #

- Klik pada imej untuk lihat saiz yang lebih besar -

Saturday, October 27, 2012

Yamaha Convoy To Cameron Highland

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Pengunjung boleh ke sini dari Tapah, Perak.Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh sampai ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.

Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf.

Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekal elektrik.

Pekan

Daerah Cameron Highlands terdiri daripada sembilan pekan dan kampung:

    Sumber : Wikipedia 


Bertitik tolak daripada kenyataan diatas , Cameron Highland adalah lokasi Konvoi kami pada 21.01.2012.



                                           

  













Thursday, October 25, 2012

Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan 2011 ( KIAS )



" Al - Quran, Qiraat Dan Masyarakat :
    Pendedahan , Pemahaman Dan Penyelesaian.


Tarikh Seminar
19 – 20 November 2011
Tempat
Auditorium Utama
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
Penganjur
Persatuan Mahasiswa Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak beserta Pelajar-pelajar Kursus Umum Tilawah Al-Quran (Qiraat), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
Dengan Kerjasama
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Sumber : International Islamic University Malaysia
             : ( Muat Turun )



Lampiran :

Rombongan daripada Diploma Qiraat Dan Tarannum Ke Seminar di UIAM.
















                                                            Para Pengiring


                                    


                                                
                                             Selingan : Sahabat Sekapal








Kelebihan Orang Yang Banyak Berdoa


DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”
Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas.


 
       Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).
Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad.

Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah mengampuni mereka.

Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang sentiasa berkeliaran di jalan mencari ahli zikir, apabila mereka mendapati satu kaum yang berzikir mengingati Allah mereka memanggil temannya lalu mereka pun datang mengelilingi orang yang berzikir dengan membentangkan sayapnya ke langit dunia. Lalu mereka ditanya oleh Tuhannya, sedangkan Tuhan lebih mengetahui dari mereka: Apa yang diucapkan hamba-Ku? Mereka menjawab: Hamba-Mu menyucikan, membesarkan, memuji dan mengagungkan-Mu.

Allah bertanya: Adakah mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhan, mereka tidak melihat Mu. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Jika mereka melihat Mu nescaya mereka lebih banyak beribadah kepada Mu, mengagungkan Mu, dan bertasbih memuji Mu.

Allah bertanya: Apakah yang mereka minta kepada-Ku? Malaikat menjawab: Mereka meminta syurga kepada Mu. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhanku, mereka tidak pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka lebih tamak lagi terhadapnya, lebih kuat memintanya, dan keinginannya lebih besar padanya.

Allah bertanya: Dari apakah mereka berlindung? Malaikat menjawab: Mereka berlindung dari neraka. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat neraka itu? Malaikat menjawab: Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihatnya? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka pasti lebih menjauhkan diri daripadanya, dan pasti lebih takut dengannya.

Allah bertanya: Aku menyaksikan kepada Kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka. Ada malaikat berkata: Di kalangan mereka ada si fulan yang bukan dari golongan mereka, namun kedatangannya untuk sesuatu hajat keperluan. Allah berfirman: Mereka adalah kaum yang tidak celaka sesiapa yang duduk dalam majlisnya.”

Mengapa kita tidak memohon syurga kepada Allah, sedangkan Ibnu Abbas meriwayatkan daripada Nabi SAW sabdanya: “Allah menciptakan syurga dan menjuntaikan padanya buah-buahannya, dan mengalirkan padanya sungai-sungainya, kemudian memandang kepadanya lalu berfirman: Bercakaplah, lalu diapun berkata: Sungguh berjaya orang yang beriman. Lalu Allah berfirman: Demi keagungan Ku, engkau tidak akan dimasuki orang yang bakhil kedekut.”

Mengapa kita tidak meminta kepada Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga, sedangkan Rasulullah SAW pernah ditanya mengenainya, lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang masuk syurga akan hidup di dalamnya tidak akan mati, dikurniakan nikmat padanya tidak pernah terputus, tidak lusuh pakaiannya dan tidak hilang keremajaannya.

Sumber : Harian Metro Online

Konvoi To Jeram Linang

      Salah satu lokasi riadah yang menarik untuk dikunjungi di Kelantan ialah Air terjun Jeram Linang, Machang. Ia merupakan Air Terjun terawal dimajukan di Negeri Kelantan. Lokasinya terletak di dalam Hutan Simpan Ulu Sat, Machang.

Jeram Linang merupakan salah satu pusat rekreasi yang awal dibuka di Pasir Puteh. Jarak dari bandar Pasir Puteh ialah 20 km, manakala 22 km dari bandar Machang, dan perlu melalui jalan lebuhraya Machang-Pasir Puteh. Tambang dari Pasir Puteh ialah RM 4.00 untuk seorang, manakala RM 6.00 dari Machang.


Jeram Linang
Jeram Linang
Jeram Linang
Jeram Linang
Pusat rekreasi ini merupakan kawasan air terjun berbatu, dan mempunyai laluan untuk mendaki ke puncak iar terjun. Kawasan mandi untuk golongan dewasa dan kanak juga disediakan, juga terdapat play ground untuk kanak-kanak dan kawasan ini merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk tapak perkhemahan dan kemudahan seperti tapak, dewan dan restoran masakan panas juga disediakan. Kawasan letak kereta disediakan untuk kemudahan pengunjung dan juga terdapat satu mini zoo disediakan di sini oleh pihak Pejabat Hutan Negeri Kelantan.

Pihak kerajaan juga telah menyediakan kemudahan di Air Terjun ini seperti Tandas Awam, Wakaf Rehat, Musalla, dan Restoran . Pengunjung Air Terjun Jeram Linang ini boleh melakukan aktiviti Jungle Trekking dan mandi-manda di tempat ini. Kawasan perkhemahan juga disediakan.

Dengan persekitaran yang bersih dan nyaman, Jeram Linang merupakan lokasi yang boleh anda fikirkan apabila anda singgah di negeri yang juga dikenali dengan nama negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Bagi rakyat  negeri ini, Air Terjun Jeram Linang merupakan antara destinasi yang dikunjungi untuk mengisi masa lapang di hujung minggu.

Pendek kata, tempat ini adalah salah satu lokasi konvoi kami pada 11.08.2010.


























 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.