photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Tuesday, November 13, 2012

10 Pejuang Islam Terkenal Dianggap Pengganas

   Pejuang Islam Paling Terkenal Di Dunia Yang Dianggap Pengganas #

   Masalah keganasan sudah menjadi musuh bagi semua negara di dunia, terutamanya di negara-negara barat. Walaupun menurut pandangan kita sebagai umat islam pengganas ini mempunyai tujuan yang jelas dan mulia disisi agama. 

  Tetapi tetap saja bagi kebanyakkan negara menganggap kempulan pengganas ini sebagai musuh negara. Inilah dia diantara pejuang-pejuang menegakkan kebenaran dan pejuang islam yang dianggap sebagai pengganas yang paling terkenal di dunia:

10. Armed Islamic Group of Algeria (GIA)
Kempulan ini ditubuhkan pada bulan Julai 1992. Kempulan ini adalah kumpulan pembangkang kerajaan Al-geria yang selalu melakukan aksi-aksi pembangkangnya dengan keganasan. Kempulan ini mula terkenal di dunia selepas turut serta dalam aksi rampasan pesawat Air France 8969 pada tahun 1994.

9. Aden-Abyan Islamic Army

Kempulan ini adalah kempulan Jihad Islam yang terkemuka di Timur tengah, Namun begitu jemaah kempulan ini berada di Yaman. Tidak jelas masa Bila kempulan ini ditubuhkan, tetapi kempulan ini mula terkenal di dunia selepas peristiwa penculikan 16 pelancong asing pada tahun 1998 di bandar Abyan.

8. Jemaah Ansar al-Sunna

Kempulan ini ditubuhkan pada tahun 2003, kempulan ini ialah kempulan yang menentang kerajaan Iraq pada masa Nouri al maliki dan penentang keras pendudukan Amerika Syarikat di negeri 1001 malam itu.

7. Revolutionary Armed Forces of Colombia

Kempulan pengganas Colombia ini dianggap masih setia dengan fahaman sesat Marxisme-Leninisme dan dianggap sebagai salah satu perdagangan dadah dunia. Ditubuhkan pada tahun 1964 dan hingga kini masih tersenarai ada 12 ribu pejuang dari kempulan ini yang setia merompak duit orang-orang kaya untuk diberikan kepada masyarakat miskin.

6. Kurdistan Worker 's Party

Dikenali sebagai PKK, kempulan ini ditubuhkan pada 27 November 1978 di Turki dan berorientasikan untuk memerdekakan negara Kurdis. Wilayah operasinya berada di Turki, Iran, Syria dan Iraq.

5. Liberation Tiger of Tamil Eelam

Kempulan pengganas yang paling berpengaruh di Sri Lanka, ditubuhkan oleh Velupillai Prabhakaran pada bulan Mei 1976. Dan hingga kini diharamkan di 32 negara di dunia kerana aksinya yang telah banyak membunuh pemimpin Sri lanka dan India

4. Hezbollah

Salah satu kempulan pengganas yang paling berbahaya di dunia. Kempulan pengganas ini berpusat di Lebanon, tetapi juga wujud di Iran dan Syria. Orientasi utamanya adalah memerdekakan negara-negara Syiah dari penjajahan Amerika Syarikat.

3. Taliban

Taliban adalah organisasi pengganas yang ditubuhkan oleh suku Pashto dengan sokongan beberapa negara Islam seperti Arab, Chechen, Uzbek, Tajik Punjabi. Sebahagian besar anggotanya adalah mahasiswa. tujuan utamanya adalah menghalau penaklukan tentera NATO di Afghanistan dan kawasan-kawasanya.

2. Hamas

Singkatan daripada "Harakat Al-muqawama Al-Islamiah", Hamas adalah kempulan sosio-politik yang dianggap sebagai pengganas Palestin yang ditubuhkan pada tahun 1987. Organisasi ini ditubuhkan dengan tujuan Jihad dan untuk melepaskan Palestin dari penjajahan Israel. Dikenali kerana pelaku bom bunuh diri yang berani, kumpulan pengganas ini secara signifikan disokong oleh Hizbullah untuk membunuh orang awam Israel dan pegawai pertahanan.

1. Al-Qaeda

Siapa yang tak kenal dengan Al-Qaeda. Kempulan-kempulan yang dianggap sebagai pengganas terbesar di antara semua kempulan pengganas di seluruh dunia. Kempulan ekstrimis Islam ini ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Osama bin Laden, Kumpulan ini terkenal di seluruh dunia selepas serangan 11 September. Walaupun pemimpin utamanya iaitu Osama dikatakan sudah terbunuh, tetapi organisasi ini tetap hidup.      

P/S: Ungkapan atau panggilan pengganas pada sebahagian kumpulan di atas ini adalah senarai rasmi yang dibuat oleh Inteligen Dunia dan telah diakui secara rasmi sebagai kumpulan-kumpulan pengganas lebih dari 10 negara daripada jumlah ahli PBB.

Jika ada yang
menganggap 10 kumpulan di atas sebenarnya bukan pengganas tetapi adalah pejuang Islam, saya juga tidak menyanggahnya, kerana memang saya sendiri juga sependapat semdemikian pada setengah kempulan-kempulan ini.
 

Mengenai pandangan positif atau negatif anda boleh putuskan sendiri. Hal ini hampir sama seperti menentukan aksi Robin Hood yang mencuri, tetapi untuk membantu orang-orang miskin. Baik dan buruknya adalah bergantung pada pandangan masing-masing.
____________________________________________________________________________________________

Sumber : Halimislam.com*
____________________________________________________________________________________________

Wednesday, November 7, 2012

Dinner Aidilfitri Bersama Murabbi ( TDBSB )

    Dalam ertikata sebenarnya, Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan iaitu ibadah puasa. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri. Rasulullah (saw) bersabda:

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu ".

     
    Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain. Bagi umat Islam, mereka dianugerahkan oleh Allah dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.
Anas menceritakan :

 “ Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .”

(Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)

    Jelas di sini, Aidilfitri bagi umat Islam bukan sekadar satu perayaan, adat atau budaya.
Ia juga bukanlah hari yang direka-reka oleh manusia. Ia merupakan anugerah Allah sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada semua hamba-Nya yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadan.

    Sehubungan dengan itu , para pelajar lelaki ( First Bacth SPM "09" ) mengadakan Majlis Makan Malam bersama Murabbi yang bertempat di Cawangan Restoran Sri Lemal yang beralamat di Tendong , Pasir Mas Kelantan.


Restoran Sri Lemal

Tendong, Pasir Mas, Kelantan, Malaysia
Malaysian Restaurant .



- Majlis Makan Malam Yang Diadakan Pada Tanggal 05 September 2011 -
















Diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ yang membawa maksud : 

           (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.



Dinner At Sabrina Court Hotel ( Iftar )

        Sabrina Court Hotel  terletak di tengah Bandaraya Kota Bharu menyediakan penginapan untuk individu, keluarga, business trip dan sebagainya. Disamping itu , Sabrina Court Hotel juga menyediakan tawaran pakej dengan harga yang murah, selesa dan lengkap dengan kemudahan seperti restoran, bilik-bilik berhawa dingin yang selesa, TV, WiFi, water heater dan lain - lain lagi. Selain itu, Hotel Sabrina Court ini juga berhampiran dengan bank seperti  (Bank Islam, Maybank, HSBC, CIMB), dan Maxis Centre, stesen bas, kompleks membeli-belah, hospital, restoran makanan segera (Pizza Hut, A & w, KFC dan Mc Donald). Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari di laman web Sabrina Court Hotel.




SABRINA COURT HOTEL


Address
Lot 177-181, Jalan Padang Garong
15000 Kota bharu
Kelantan
Telephone
09 7447944 / 09 7447966 / 019 9104999
Fax
+609 7447955

Business Hour 24 - Hours (Sunday - Thursday)


  Disingkap daripada keyataan diatas , Hotel Sabrina Court juga merupakan salah satu Restoran yang menjadi lokasi untuk Majlis Berbuka Puasa ( Ifthor ) bagi Mahasiswa Diploma Qiraat Dan Tarannum ( First Batch ) pada tanggal 23 August 2011.

Petikan Sabdaan Rasulullah Saw Bermaksud :

"Ada dua macam kegembiraan bagi orang yang berpuasa, satu macam kegembiraan ialah ketika ia akan berbuka dan yang satunya lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya."

( Hadith riwayat Bukhari & Muslim )














 
# Diploma Qiraat Dan Tarannum #
~ 2011 ~

Sunday, November 4, 2012

Dakwah Itu Seni, Da'ie Itu Penyeri

alt
Sebagai manusia yang mempunyai kelemahan dan kekurangan, adakalanya pada satu saat kita merasai diri tidak diperlukan. Walhal sebagai manusia yang beragama islam, dipenuhi dengan iman, seharusnya tidak boleh merasai demikian kerana berputus asa di dalam diri adalah sifat syaitan. 

Sifat berputus asa wajar dijauhkan terutama ke atas dai'e atau pendakwah itu sendiri agar amanah menarik minat manusia ke jalan tuhan sentiasa teguh.

Hari ini, sebahagian pendakwah merasakan diri mereka disisihkan. Mengajak manusia ke jalan tuhan sudah tiada sambutan. Tetapi sebenarnya untuk menyeru manusia melakukan "amal makruf, nahi mungkar" bukanlah dengan melihat sambutan yang menggalakkan. Tetapi perlu dilihat sifat yang berterusan juga istiqamah di dalam perjuangan.

Ingatlah, buka natijah yang Allah tanyakan, tetapi Allah akan tanya adakah kita laksanakan atau tinggalkan. Justeru, sebagai seorang dai'ie perlulah mengatur beberapa strategi dalam dakwah kerana dakwah itu sendiri penuh dengan cabaran yang tersedia.

Bukankah matlamat dakwah itu mengajak dan menyeru manusia agar mengesakan Allah SWT dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah?  Maka, sudah pastilah ada yang menentang, buat tidak endah dan tidak kurang juga ada yang cuba mensabotaj.

Mengambil Ibrah Dari Sirah Nabi

Sebagai umat nabi Muhammad SAW, kita perlu mencontohi bagaimana dakwah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda berdakwah dari Mekah hingga ke Madinah membentuk manusia, untuk menjadi insan yang bertaqwa disisi Allah SWT. Bertahun-tahun lamanya Nabi Muhammad berdakwah barulah manusia pulih sepenuhnya. Membentuk umat islam yang kuat dan utuh, disamping pengabdian kepada Allah SWT.

Dakwah yang dimulakan pula bukan mengambil masa sehari atau dua hari. Bermulanya dakwah secara sembunyi, kemudian secara terangan. Tetapi pada ketika itu umat islam hebat ditentang. Akhirnya baru umat islam memperoleh kemenangan. Begitu juga pendakwah sekalian, masa untuk membentuk manusia bukannya singkat, ianya lama dan perlu mempunyai proses yang bertingkat-tingkat.

Bagaimana strategi dakwah baginda yang mula secara sembunyi, tetapi akhirnya di terangkan untuk menegakkan syiar islam. Jadi berperingkat-peringkat dalam berdakwah perlu ada, jangan tergopoh gapah dalam usaha memperbaiki manusia dan diri sendiri juga.

Kerana mengambil ibrah dari sirah nabi sendiri yang berdakwah bertahun-tahun. Menunjukkan kesabaran di dalam dakwah itu perlu tinggi, untuk pendaie' tempuhi. Selain itu, menyusun strategi dengan mantap, memberi implikasi dalam diri untuk mengenal pasti sasaran sebenar pendakwah perlu tujui.

Dakwah Itu Seni

Seni adalah satu bentuk subjektif, sebagaimana juga dakwah. Dengan dakwah perlukah menyangka bahawa, hanya berceramah sahaja? Sememangnya tidak! Sesungguhnya, dakwah itu terlalu banyak cabangnya. Justeru, bukan hanya bercakap sahaja, dakwah juga boleh digunakan dengan pelbagai cara.
Misalnya, berdakwah dengan nyanyian, penulisan, perfileman, ataupun dengan akhlak yang baik, dan lain-lain lagi. Yang penting semuanya menjurus kita supaya kembali kepada islam. Segala apa kebaikkan yang dilakukan semuanya dikirakan dakwah, yang penting dasarnya kembali kepada islam.

Signifikannya, usahlah kita melihat dakwah itu hanya dengan skop yang kecil. Teliti dan perhalusi, dalam usaha membentuk manusia bukannya dengan berbicara sahaja, hatta dengan akhlak juga boleh mendorong orang lain tertarik dengan islam.

Islam itu hakikatnya indah, di make up lagi dengan dakwah yang kreatif dan menarik akan menampakkan lagi betapa keindahan islam itu benar-benar indah dan suci.
 
 
 
Da'ie Itu 'Penyeri'

Walaupun sinonim dan kebiasaannya yang berdakwah itu di anggap ustaz/ustazah atau imam, namun hakikatnya kita semuanya adalah dai'e. Islam agama yang mengajak manusia bertuhankan satu iaitu menyeru umat manusia akan mengesakan Allah SWT dan menyakini hanyasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah di bawah panji "La Ilaha Illah Muhammadar Rasulullah". Oleh itu, seorang pendakwah perlulah membawa imej islam dengan sebaiknya bagi menjaga kebenaran dan keindahan islam.

Tanpa da'ie dakwah itu tidak beerti. Justeru, dai'e itu umpama 'penyeri' di dalam dakwah itu sendiri. Untuk menyantuni manusia mengajak ke jalan kebenaran. Bersikap kreatif dalam menyerikan dapat menyumbangkan idea pembentukkan sahsiah di dalam diri manusia.

Selain itu, pendakwah yang menjadi pernyeri perlu memecah tradisi, dengan melemparkan segala kejumudan yang ada, melihat dengan penuh kondisi dan sisi. Bagi mencari ruang yang ada untuk memenuhi hati manusia mengajak kembali kepada tuhan yang Maha Esa.

Jangan hanya kejumudan yang ada sehingga tidak melihat uslub (cara) dakwah yang betul, dan waqi' (sesuai pada sesuatu keadaan, tempat dan masa) menyebabkan manusia yang mahu berjinak-jinak kembali dengan islam, ataupun yang mahu mencari kebenaran islam  memandangan serong pada sesetengah pendakwah yang syadid pada tempat yang tidak sepatutnya. 

Hal ini kerana adanya kepelbagaian mad'u iaitu orang yang di dakwah, mempunyai fikrah dan latar belakang yang berbeza-beza.  Justeru, sudah tentulah pelbagai respon dan reaksi yang akan diterima oleh seorang da'ie. Telah berkata Al Marhum Hasan Al-Hudhaibi, mursyid kedua Ikhwan Muslimin, "kita adalah pendakwah bukan penghukum!"

Maka marilah kita koreksi kembali, pendakwah yang berstyle itu juga perlu ada bagi menyerikan lagi dakwah yang sediakala. Kreativiti dalam berdakwah dapat menarik minat manusia untuk kembali kepada jalan kebenaran dan menerima keindahan islam itu tanpa sedikitpun ada rasa terpaksa.
 
Siapa Pendakwah?

Namun sebagai umat manusia, adakalanya merasakan diri tidak layak dan belum cukup sempurna di dalam melaksanakan dakwah. Kita akan melaksanakan dakwah itu hanya apabila diri kita cukup dengan ilmu agama. Justeru, dalam kehidupan itu kita hanya membiarkan dakwah dilakukan oleh mereka yang bergelar imam, ustaz atau ustazah.
Mungkin kita terlupa dengan ayat yang berbunyi;
"Sesiapa yang mengucap tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah, dan dia adalah dai'e"

Daripada ayat ini, jelas menunjukkan setiap muslim itu adalah pendakwah, yang menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah, menyakini Muhammad Kekasih Allah, yang mengajak manusia mengerjakan kebaikan dan menyeru meninggalkan larangan Allah SWT.

Lantaran itu, untuk berdakwah usah tunggu sempurna. Teruskan usaha, mencari ilmu dan tingkatkan iman kepada Allah SWT. Sentiasalah merasai diri ini penuh dengan noda dosa dan merasa kurang di hadapan Allah SWT. Sesungguhnya dengan hadirnya rasa kerendahan diri kepada Allah SWT akan mendorong kita untuk lebih berusaha untu memperbaiki diri seterusnya berlumba-lumba di dalam melakukan amal kebaikan. 

- Artikel iluvislam.com

 Biodata Penulis
Ashraf bin Ahmad Hadi merupakan Mahasiswa Tahun Dua di Universiti Al Al-Bayt, Jordan dalam jurusan Bahasa Arab. Melibatkan diri secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti masyarakat seperti menjadi fasilitator, penceramah jemputan untuk kem motivasi. Pernah berkhidmat dengan syarikat Darul Ukhwah Motivator yang bergiat aktif di utara semenanjung selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau berkongsi karya di http://www.ashrafhadi.com

Solatku Tidak Mencegah Mungkar

                                                            


" Sejahat-jahat aku pun aku semayang jugak"
" Sekurang-kurangnya aku solat biar pun tak pakai tudung. Tudung je tak pakai.. bukan ada apa"
" ala... dating pun tak boleh ke? Bukannya kami berpegang tangan pun. Time solat, kami pi solat.. "

    Seringkali juga saya mendengar ungkapan ini dari kawan-kawan. Juga sering terngiang di kepala pesanan seorang ustaz ketika masih menuntut di Kolej dahulu, jangan sesekali meninggalkan solat tidak kiralah apa sekalipun perbuatan kita. Bagaimana malas pun jangan sesekali meninggalkan solat.
Perkara solat sering kali ditekankan kepentingannya dalam ceramah-ceramah , penulisan dan sebagainya kerana masyarakat islam menyedari penekanan yang diberikan oleh agama terhadap solat. Sesungguhnya solat itu adalah amalan pertama yang akan dipersoalkan kelak.

   Beberapa bulan yang lepas, jatung saya tersentap mendengar cerita seorang sahabat yang menceritakan kepada saya akan perilakunya dalam keadaan senyum dan gembira. Dia memang dikenali sebagai seorang yang bersosial, suka pergi ke club, melakukan seks bebas dan macam-macam lagi.

   Namun, sepermerhatian saya sejak mengenalinya, solat tidak pernah ditinggalkannya. Tiap kali waktu solat dia sering mengingatkan kawan-kawan lain bahawa solat telah masuk waktunya. Saya sendiri sangat kagum kepadanya, di sebalik kemungkaran yang meliputi batang tubuhnya, namun jika bab solat tidak pernah dikomprominya.

   Dia memang kerap bertukar-tukar pasangan, bukan pasangan untuk 'bercouple' seperti remaja biasa, tetapi pasangan seks bebas memenuhi tuntutan hawa nafsu rakusnya. Pada hari itu dia bercerita panjang dengan saya,

" Aku pernah jumpa perempuan nih, tapi dia cakap dia nih jenis yang tak beragama sangat walaupun islam. Aku tak suka laa perempuan macam tuh. So aku tinggalkan jer laa perempuan tuh." Katanya kepada saya menceritakan tentang seorang gadis yang tidak mempedulikan soal-soal tuntutan agama.

   Saat seronok berborak dengannya, dia menceritakan pula tentang keseronokkannya berkenalan dengan seorang gadis secara rambang dan akhirnya mereka terpikat dan terjatuh ke lembah hina yang gelap. Mereka hanya berkenalan di kelab malam dan sudah dibawa pulang tidur di atas katil.
"Aku suka perempuan nih sebab lepas kitaorang buat 'kerja', pagi tuh dia siap kejut aku bangun subuh. Sweet tak dia. Dia jenis yang faham la aku nih jenis jaga solat.. " Katanya kepadaku sambil senyum meleret dibibir tanpa ada sebarang rasa penyesalan yang terdetik dihatinya.Hatiku terasa panas dan tersentap sungguh mendengar ucapan itu. Entah dimana silapnya. Dia kemudian menyambung lagi.
"Aku cakap kat dia, bulan puasa nanti kita tak leh buat 'projek' sebab aku kena puasa time bulan Ramadhan ". Ucapnya selamba.

    Berpinar mata dan kepalaku saat mendengar ungkapannya. Sungguh aku hanya mampu berdoa agar Allah mengampuni dosa ku dan dia, dan memberikan hidayah kepadanya serta orang di sekelilingnya untuk berubah.

    Jika anda amati bait-bait kisah di atas, pasti anda sedar, bahawa sahabat saya adalah seorang yang menjaga solat dan puasanya, namun kehidupannya tidak mencerminkan nilaian solat dan puasanya. Entah dimana silapnya. Aku sendiri tidak pasti. Puas aku memikirkannya.
Sungguh syaitan telah memperdayakannya. Mengaburkan matanya dengan perkataan 'solat'. Sehingga wanita penzina mengejutkannya untuk solat subuh, dirasakan sebagai sebuah cinta tiada taranya. Sedangkan itulah perangkap cinta syaitan yang menjerat kelemahannya dengan perkataan 'solat'. Mencari wanita penzina yang menghormati 'solat'nya. Sungguh aku bingung memikirkannya.
Ku selak kembali ayat Al-Quran
Bacalah serta ikutlah (Wahai Mu
hammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Ankabut ayat 45)

Aku pasti sudah seringkali kita mendengar ayat ini dibacakan. Namun persoalannya mengapakah solat kita tidak mencegah mungkar? Mengapa orang yang bersolat 5 kali sehari dan berpuasa di bulan Ramadhan terjatuh ke lembah zina.

Berkali-kali kita mendengar tentang bentuk solat yang mencegah mungkar itu adalah solat yang khusyu'. Namun persoalannya, untuk kita yang masih belum mencapai tahap kekhusyukan para nabi, sahabat, tabi'in dan para solihin, apakah solat itu langsung tiada nilainya kepada diri kita walaupun 5 kali sehari ruku' sujud kita menunaikan kewajipan solat?

Maka, adakah dengan alasan solat kita masih belum khusyu' dan sempurna kita bebas melakukan maksiat kepada Allah walaupun kita bersolat?

Ku cuba ingat kembali huraian dan ulasan seorang ustaz di Radio IKIM.fm berkenaan solat yang mencegah mungkar. Aku sungguh sukakan ulasan ustaz kerana ianya lebih berbentuk praktikal. Huraiannya berbeza dengan apa yang sering ku dengar. Ustaz membincangkan tetang bagaimana solat itu mencegah dari kita melalukan kemungkaran adalah, dengan kita sentiasa mengingati bahawa kita adalah golongan yang solat.
Saya ulang dirangkap baru, dengan mengingati bahawa kita adalah golongan yang solat.

Dengan sentiasa ingat bahawa kita ini golongan yang solat, maka tiap kali kita hendak melakukan maksiat maka berpesanlah kepada diri kita, bahawa aku ini tergolong dalam orang-orang yang bersolat, Maka apakah selayaknya aku melakukan maksiat kepada Allah? Apakah solatku tiada nilaian langsung sehingga aku terheret untuk melakukan maksiat?

Konsep mengingati bahawa kita golongan yang bersolat ini sama sepertimana kita berpuasa. Apabila kita berpuasa, kita sedaya upaya mencegah diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa sehingga terbenam matahari. Kelaparan mengingatkan kita bahawa kita adalah golongan yang berpuasa.
Seperti kisah sahabat saya tadi, sedari awal memberi pesanan kepada teman wanitanya bahawa mereka tidak boleh melakukan hubungan seks pada bulan Ramadhan kerana dia berpuasa. Itulah bentuk peringatan yang diberikan kepada diri sendiri, 'bahawa aku sedang berpuasa, tidak boleh melakukan seks di siang hari'
Begitu jugalah solat. Solat itu 5 waktu sehari. Kita hanya melihat solat itu hanya pada waktunya. Selepas kita solat, maka kita sudah tidak berada dalam 'waktu' solat itu. Sedangkan waktu-waktu solat berturutan antara satu sama lain, makanya, solat tiada 'waktu berbuka' sepertimana puasa mempunyai waktu untuk berbuka.
Sebenarnya kita sentiasa berada dalam waktu dan keadaan solat. Maka, lebih mudah untuk kita mengingatkan diri bahawa aku ini dari golongan yang bersolat yang mana sentiasa mengingatkan kita untuk mencegah diri kita dari kemungkaran.

Ingatlah di antara dua waktu solat itu, bahawa kita adalah golongan bersolat, apakah layak untuk kita yang baru sahaja bersolat sebentar tadi untuk melakukan maksiat, yang mana kemudiannya di waktu solat seterusnya kita akan kembali menemui Allah, adakah juga dalam keadaan penuh dengan maksiat?
Maka tiap kali kita terasa ingin melakukan maksiat kepada Allah, pesankan pada diri bahwa kita dari golongan yang bersolat, dan jadikanlah solat itu ada nilaian yang tinggi untuk mencegah kemungkaran. Ia akan menjadi motivasi untuk kita berusaha sedaya upaya meninggalkan maksiat.  Dan akan menjadi khabar gembira kepada diri kita dengan sentiasa mengingatkan bahawa diri ini adalah tergolong dalam golongan yang bersolat.

Namun, tidak pernah dinafikan, bahawa kesempurnaan solat itulah yang sebenarnya mencegah kita dari kemungkaran. Kekhusyukan solat kita kan menghindarkan diri dari kemaksiatan. Justeru itu juga, seharusnya kita mestilah sentiasa berusaha meningkatkan kualiti solat dan berusaha dari masa ke semasa untuk menyempurnakan solat dan kekhusukan kita.

Semoga dengan mendidik hati dan mengingatkan diri bahawa kita adalah golongan yang bersolat membawa kita kepada langkah pertama di dalam membina rasa khusyu' di dalam solat.
Sesungguhnya "Pencegahan itu datangnya dari Allah", yang mana hati kita diibaratkan berada di dua jari Allah yang mampu dibolak balik kan dengan mudah mengikut kehendak-Nya. Maka sentiasalah berdoa moga diberi ketetapan hati dan iman.
Wallahu Anta A'lam

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Mohd Redhuan Abdul Muin merupakan seorang pelajar tahun akhir perubatan di Ireland. Seorang bapa dan suami yang ingin membawa keluarga bersama menuju Jannatul Firdaus. Berkongsi karya di  http://the63s.blogspot.com.
 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.