photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Monday, October 26, 2015

Ringkasan Buku Batas – Batas Aurat Dan Pergaulan (Serta Hukum Persolekan Dalam Islam)




Sebuah ringkasan buku yang bertajuk Batas - Batas Aurat Dan Pergaulan ( Serta Hukum Persolekan Dalam Islam ). Buku ini merupakan karangan Ustaz Jaafar Salleh Terbitan Syarikat Pustaka Azhar. Terima Kasih Ustaz Jaafar Salleh dan Penerbit Pustaka Azhar diatas terbitan buku ini, buku ini memudahkan saya memahami batas - batas pergaulan dalam islam. Semoga ianya bermanfaat buat pembaca sekalian.






MAKLUMAT TENGTANG BUKU

Kandungan : -

Batas – Batas Aurat Dan Pergaulan (Serta Hukum Persolekan Dalam Islam)   
 

Tajuk Buku :                        
Nama Pengarang :             Ustaz Jaafar Salleh
Penerbit :                           PUSTAKA AZHAR
Tempat Diterbitkan :        Pustaka Azhar , 80310, Johor Baharu , Johor , Malaysia.
Tahun Diterbitkan :        2009
Bilangan Cetakan :        Cetakan Keempat 2009
Bilangan Muka Surat :  147 Muka Surat





1.0 DEFINISI  AURAT DALAM ISLAM

1.1  Definisi Aurat Disisi Bahasa :-
(a) Pengertian Aurat Menurut Bahasa Ialah “ Keaiban “.Manakala menurut pengertian syarak
      Ialah:-

1.2  Definisi Aurat di sisi syara’ :-
(a) Semua anggota yang wajib ditutup dan haram dipandang.(definisi ini adalah yang paling
      tepat)

(b) Sesuatu atau sebahagian anggota tubuh badan manusia yang malu apabila dilihat orang.
(c) Sesuatu yang berharga, tetapi tidak cukup kekuatan kita untuk membelanya dan mempertahankannya apabila diserang musuh. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam Surah al-Ahzab, ayat yang ke-13.
     Jika kita lihat pada definisi yang pertama, ia bukan saja menjelaskan bahawa aurat itu wajib ditutup, bahkan ia menyebutkan bahagian yang wajib ditutup itu jugalah haram dipandang. Jadi inilah kaitan yang perlu diambil perhatian bukan sahaja bagi diri wanita, akan tetapi juaga bagi diri lelaki khususnya yang beragama Islam.
    Sebelum kita membicarakan bentuk dan fesyen pakaian lelaki dan wanita islam eloklah kita fahami aurat mereka serta kanak – kanak yang telah ditetapkan oleh syariat. Daripada itulah kita dapat ciptakan bentuk dan fesyen pakaian yang selari dengan kehendak syariat.
 2.0 HADIS DAN FIRMAN ALLAH S.W.T

 2.1 Firman  Allah Surah An-Nur Ayat 31 :-
   Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
2.2 Hadith daripada Aisya R.A :-
Lafaz zahir yang dimaksudkan adalah bermaksud adalah muka dan tapak tangan sesuai dengan keterangan hadith daripada Aisya R.A yang bermaksud :
“Sesungguhnya Asma’ telah memasuki (rumah) Rasulullah S.A.W dan pada badannya, pakaian nipis, maka baginda memalingkan muka daripadanya, kemudian bersabda : “Wanita yang sudah mencapai haid (baligh), tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil Rasulullah S.A.W menunjukkan kepada wajahnya dan kedua belah tapak tangannya “.                                                                                                                     (Riwayat Abu Daud)

3.0 Batas – Batas Aurat Dalam Islam

3.1 Aurat Ketika Bersendirian
(a)   Pendapat Imam Hanafi Dan Hambali
-          “ Sebagaimana dilarang seorang Mukhallaf. (1) mendedahkan Aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat Auratnya . Maka demikian juga dilarang mendedahnya ketika bersendirian . Kecuali qhodo hajat atau ketika dharurat diharuskan membukanya.

(b)   Pendapat Imam Maliki Dan Imam Syafi’e
-          Ketika seseorang itu bersendirian , tidak diharamkan mendedahkan Auratnya , Cuma makruh kecuali ketika dharurat. Dharurat diharuskan membukanya .

3.2 Batas – Batas Aurat Lelaki.
(a)   Pendapat Imam Hanafi Dan Hambali
-          Selain isterinya lelaki wajib menutup auratnya termasuk muhramnya. Auratnya ialah diantara pusat dan lutut . Isteri boleh (harus) melihat aurat suami , kecuali pada kemaluannya dan demikian sebaliknya kerana hukumnya adalah Makruh.

(b)   Pendapat Imam Maliki Dan Syafi’e
-           Aurat Lelaki Ada 2 Keadaan
(i)                 Auratnya sesama lelaki dan perempuan yang muhram dengannya .
(ii)               Aurat perempuan bukan muhram dengannya.


(1)     Mukhallaf – Orang yang dituntut beramal dengan suruhan dan meninggalkan larangan .
     Auratnya ialah :
( i ) Golongan Pertama : Lelaki dan Perempuan muhram ialah diantara pusat  dan lutut sahaja.
( ii ) Golongan Kedua :Dengan Perempuan bukan muhram ialah seluruh badannya adalah aurat bagi mereka .Kecuali Imam Maliki yang memboleh dilihat hujung – hujung anggotanya ketika aman dari fitnah. Sementara Imam Syafi’e mengharamkan melihat dengan mata.

3.3 Batas – Batas Aurat  Lelaki Dengan Perempuan.
(a)   Batas Aurat Wanita Dengan Lelaki
-          Para Ulama’ sepakat berpendapat bahawa Aurat Perempuan kepada lelaki bukan muhramnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangannya.

3.4 Batas Aurat Wanita Mengikut Ulama’ Mazhab.
(i) Dihadapan lelaki bukan muhramnya ialah seluruh tubuh yakni zahir (1) dan batinnya.
(ii) Semasa seorang diri atau dihadapan lelaki bukan muhramnya atau dihadapan wanita
islam baik akhlaknya ialah antara pusat dan lutut.
(iii) Dihadapan wanita kafir dan wanita rendah akhlaknya ialah seluruh badan kecuali
anggota zahir ketika bekerja iaitu  kepala, leher, dua tapak tangan hingga siku dan dua tapak
kaki. Selain itu haram membukanya.
(iv) Aurat Wanita Sahaya (2) dengan lelaki muhramnya dan sesama wanita ialah diantara pusat
dan lutut.                                                                                                                   
(1) Aurat Zahir – Rambut , Muka , Kedua Tapak Tangan Dan Kaki       (2) Hamba Wanita

3.5 Golongan – Golongan Yang Muhram Dengan Wanita


1. Suami
2.Bapa Sendiri ( Bapa Kandung )
3. Bapa Mertua Dan Menantu Lelaki
4. Anak Lelaki
5.Anak Lelaki Suami Iaitu Anak Tiri Atau Anak Isteri Lain Bagi Suami ( Anak Madu Atau Bekas Isteri ).Samada pasangannya yang telah mati atau hidup.  Dari Al-Quran.



6.Saudara Lelaki Iaitu Adik Atau Abang Kandung Seibu Sebapa Atau Berlainan Bapa dan Ibu.
7.Anak Lelaki Kepada Saudara Lelaki ( Anak Saudara ).
8.Anak Lelaki Kepada Saudara Perempuan ( Anak Saudara ).
9.Wanita Islam Iaitu Yang Berakhlak.
10.Hamba Lelaki Yang Mereka Miliki.
11.Pelayan Lelaki ( Khadam ) Yang Sudah Tiada Syahwat  Kepada Wanita.
12.Kanak – Kanak Lelaki Bukan Muhram Yang Belum Mumayyiz.(1)

13.Anak Lelaki Susuan  Dari Hadis



14.Bapa Susuan
15.Saudara Susuan


5 Keadaan Membolehkan Lelaki Muhram Melihat Aurat Wanita

16.Bapa Saudara Susuan, Datuk Hingga Keatas Dan Anak Saudara Susuan Hingga Ke Bawah.

 (1)Maksud Mumayyiz Ialah Keupayaan Anak Menguruskan Urusan Hidupnya Yang Khusus Seperti Mengambil  Makanan,Minuman,   Membuang Air, Bersuci Mengambil  Wudhuk Dan Seupamanya. Biasa Usia Mumayyiz 7 Tahun.

1.Ketika hendak Meminang

2. Ketika Berjual - Beli

3.Doktor Atau Tabib Bertujuan Mengubat

4.Ketika Hendak Menjadi Saksi

5.Ketika Mengajar


3.6 BATAS – BATAS AURAT KANAK – KANAK
Mengikut Pandangan Mazhab
(a) Pandangan / Pendapat Imam Hanafi
(i) Tidak Ada Aurat Bagi Kanak – Kanak 4 Tahun Kebawah. Auratnya Selepas Umur 4 Tahun Ialah Qubul Dan Dubur Selama Ia Tidak mempunyai Keinginan Seks.
(iii) Jika Ia Mempunyai Keinginan Seks Maka Auratnya Sama Dengan Orang Yang Aqil Baligh(1).    ( Lelaki Dan Perempuan)(a)

(b) Pandangan / Pendapat Imam Maliki
(i) Bukan Muhrim Boleh Dilihat Dan Menyentuhnya Sehingga Umur 8 Tahun Bagi Lelaki.
(ii)Boleh Dilihat Dan Tidak Boleh Disentuh Ketika Berumur 12 Tahun Bagi Lelaki.
(iii)Bagi Perempuan Ketika Berumur 2 Tahun 8 Bulan Sahaja Boleh Dilihat Dan Disentuh,Selepas Umur 4 Tahun Hanya Boleh Dilihat Sahaja.

(c)Pandangan / Pendapat Imam Syafi’e
(i) Au0rat Kanak – Kanak Yang Belum Baligh Sama Dengan Aurat Lelaki Baligh.
(ii)Kanak – Kanak Belum Mumayyiz Tidak Mempunyai Aurat.
(iii) Bagi Kanak – Kanak Perempuan Belum Remaja Yang Ada Syahwat Hukumnya Sama Dengan Perempuan Baligh.

(d) Pandangan / Pendapat Imam Hambali
(i) Tidak Ada Aurat Bagi Kanak – Kanak Sehingga Berumur 7 Tahun(a)
(ii)Jika Sebelum 8 Tahun Aurat Mereka Ialah Qubul Dan Dubur Bagi Lelaki.

(1) Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa

(iii) Bagi Perempuan Yang Melebihi 7 Tahun Aurat Mereka Dengan Lelaki Ajnabi Ialah Seluruh Tubuh.

 (a) Lelaki  Dan Perempuan           (2) Lelaki Yang Bukan Muhram.


4.0 Bentuk Dan Fesyen Pakaian Dalam Islam
26.Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah sebaik-baiknya. ( Al – A’Raf : 26 )

4.1 Definisi Pakaian Taqwa
- Para Ulama’ menafsirkan bahawa maksud “pakaian taqwa” ialah pakaian yang melambangkan sifat takwa yang lahir daripada hati yang bertakwa. Orang yang bertakwa ialah mereka yang hanya melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan Allah.

4.2 Warna Sunnah Dan Warna Dilarang
(a) Warna Pakaian Kesukaan Nabi / Warna Sunnah(1)
1. Putih  2. Hijau  3. Hitam  4. Merah Hati  5.Kelabu  6. Warna Bercampur – Campur.
(b)Warna Yang Dilarang
1.Warna Merah Berbunga – Bunga  2. Merah Menyala  3.Kuning

4.3 Pakaian Yang Dilarang Bagi Lelaki.
(a) Haram bagi kaum lelaki memakai sutera kecuali kerana gatal.

(1) sunnah adalah perkara yang apabila dikerjakan akan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan tidak berdosa,dan sebuah jalan yang ditempuhi oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.


4.4 BENTUK DAN FESYEN PAKAIAN LELAKI


4.3 Bentuk Penutup Kepala Mengikut Sunnah.    
     (a) Serban Diatas Songkok
     (b) Serban Nabi SAW Mempunyai Ekor.
           (i) Kain Dihujung Serban ( ‘Azbah )
     (c) Had Panjang Ekor Serban
            (i) Kadar Pendeknya Ialah Tidak Kurang 4 Jari Manakala Kadar  Panjangnya Ialah    
                Sehasta Atau Sejengkal.
     
(d) Ukuran Besar Serban.
             (i) Imam Nawawi – Sependek 6 Hasta Dan Sepanjangnya 12 Hasta.
             (ii) At Tabari – Pangjang Kain Serban Ialah 7 Hasta Dan Lebarnya Sehasta(1).

4.4 Sebab – Sebab Dianjurkan Pakai Serban.
       (a)Untuk Kemenangan Dan Kemulian
      (b)Untuk Berbeza Dengan Orang Bukan Islam
      (c)Allah Dan Malaikat Berselawat Keatas Orang Yang Memakai Serban
     (d)Gandaan Pahala Untuk Orang Pakai Serban
     (e) Sunat Pakai Serban
     (f) Makruh Tidak Memakai Serban

(1) Satu Hasta bersamaan dengan 45 sentimeter.

4.5 Darihal Jubah Dan Gamis
(a) Jubah(1) dan Gamis(2) berasal daripada pakaian tradsi arab, tetapi ia dipakai oleh Nabi SAW dan para sahabat, maka ia menjadi pakaian sunnah yakni dipakai oleh rasullah.
4.5 Jubah Dan Gamis Rasullah SAW
    - Ibnu Asakir meriwayatkan Hadis Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :” Rasullah SAW biasanya memakai gamis panjangnya labuh sampai kedua mata kaki ( tapak tidak melebihinya ).
4.6Tali Pinggang Diluar Baju ( Zunnar ).
- Tali Pinggang diluar Baju sebenarnya bukan dari islan. Pakaian itu wujud sejak zaman Khalifah Umar r.a, ketika itu beliau melihat berlakunya kerosakan dalam masyarakatnya yang berpunca daripada tindak tanduk rakyatnya yang berbilang agama.
4.6 Darihal Seluar Dan Kain Sarung
(a) Kebiasaan Rasullah SAW ialah memakai di bahagian dalamnya dipakaikan lagi seluar. Adakalanya Baginda SAW memakai seluar sahaja bersama jubah atau gamis ketika ketiadaan kain sarung.
Bentuk Kain Sarung Dan Jenis Seluar Rasullah SAW
(a) Bentuk seluar dan serta pakaian menepati kehendak syariat ialah menutupi aurat daripada pusat hingga lutut dan tidak melebihi mata Kaki. “ mana – mana bahagian melebihi mata kaki(3) adalah bahagian daripada api neraka ”  .( Riwayat Bukhari).
Darihal Kasut Dan Sepatu
(a) Al – Bukhari,Muslim dan lain – lain meriwayatkan hadis Anas r.a berkata : “Kasut Nabi SAW itu mempunyai dua tali pengikat kakinya”.


 (1) Syeikh Al – Marbawi –Baju Jubah ialah baju yang berbelah didada hingga ke kakinya. 
(2) Baju Gamis ialah baju kurung pangjang yang menutup seluruh badan dan lebih ringkas daripada pakaian lain.
(3) Buku lali

4.7 Bentuk Dan Fesyen Pakaian Wanita Islam
1.Menutup Seluruh Tubuh.
2.Labuh Sehingga Menutup Kaki.
3.Tidak Ada Perhiasan, Walaupun Pada Pakaian Luar.
4.Kainnya Tebal Dan Tidak Di Telusi Pandangan.
5.Tidak Jarang Sehingga Terbayang Kulit Dan Bentuk Badan.
6.Berwarna Gelap Dan Tidak Berwarna Warni.
7.Tidak Menyerupai Pakaian Lelaki.
8.Tidak Menyerupai Pakaian Orang Bukan Islam.
9.Tidak Menjolok Mata.
10.Tidak Menyerupai Pakaian Kebesaran Golongan Bangsawan Yang Bertujuan Untuk Bermegah – Megah.
11.Tidak Mengenakan Bau – bauan.
Pengertian Dan Bentuk Jilbab Dalam Qamus Dan Tafsir
Qamus Lisanul Arab – Jilbab bererti selendang atau pakaian lebar yamg dipakai wanita bagi menutup kepala, dada dan bahagian belakang (Lisanul Arab , jilid 1 halaman 273)

(Tafsir Ibnu Abbas, Halaman 357)
Tafsir Ibnu Abbas – “Jilbab bererti pakaian selendang atau tudung yang dipakai wanita bagi menutup leher dan dada agar terpelihara daripada fitnah atau terjauh dari bahaya zina”.



5.1 Hari – Hari Sunat Dan Makruh Potong Kuku
Sunat
1.Siang Isnin   2.Siang Khamis   3.Siang Jumaat
Makruh
1.Selain Hari Yang Disunatkan,seperti Ahad , Selasa , Rabu Dan Sabtu.
5.2 Hukum Mencabut Dan Mencukur Bulu Ari – Ari Mengikut Had Masa.
(a) Dari Anas bin Malik R.A bahawa; “Rasullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama 40 hari supaya kami menggunting misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan bulu ari-ari(1)”.

(1) Bulu ari-ari ialah sejenis rambut atau bulu yang tumbuh dipusat atau kemaluan.
( Riwayat Muslim ,Ibnu Majah, Ahmad, Tirmizi, An Nasa’ie Dan Abu Daud ).

6.0 ULASAN BUKU BERDASARKAN PERSOALAN
Muqqaddimah
- Alhamdulillah, Setelah saya sudahi membaca dan menyiapkan buku ini dengan izin Allah S.W.T dapat saya simpulkan persoalan yang diberikan kepada saya oleh Ustazah Nurul Akma Binti Mohamed@Syeikh Mohd Amin dengan lebih lengkap lagi. Dan Persoalanya Ialah :-

1. Apakah Pengetahuan Baru Yang Terkandung Dalam Buku Ini ?
- Pengetahuan baru yang bermanfaat  dalam buku ini banyak yang saya perolehi. Antaranya wanita haram memakai minyak wangi ke masjid(1) dan membeli wangian yang mahal – mahal adalah bukan satu pembaziran(2)
2.Apakah Kelebihan Dan Kekurangannya ?
-  Kelebihan buku dapat memantapkan lagi  Aqidah Muslim dalam menjaga pergaulan daripada pergaulan bebas yang banyak diamalkan oleh masyarakat kini. Kekurangan buku ialah tidak mempunyai maklumat yang lengkap dalam sesetengah perkara.
3.Siapakah Golongan Yang Sesuai Membacanya ?
- Buku ini sesuai untuk semua golongan kerana ia adalah kewajipan bagi orang islam mengetahui hukum hakam dalam menutup aurat.
4.Apakah Yang Anda Perolehi Setelah Membaca Buku Ini ?

- Apa yang dapat saya simpulkan dari buku ini ialah dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam diri saya bagi memenuhi keperluan syara’ yang ditetapkan oleh  Allah S.W.T . Buku ini banyak memberikan ilmu berkaitan dengan batas – batas aurat dan pergaulan dalam islam. Selain itu , ia juga memberi pengalaman kepada saya meringkaskan sebuah buku. Alhamdulillah siap sudah kerja khusus yang diamanahkan kepada saya. Sekian.....

(2) Rujuk Buku Asal  m/s 118
(1) Rujuk Buku Asal m/s 116




7.0 Lampiran Salinan Kulit Buku




Antara Broshure Pertama yang dibikin..baru belajar buat katakan hehe ;-)

Note :- Tulisan ini merupakan salah satu kerja kursus yang diberikan ( Ringkaskan Buku dan Mudah difahami.) Semoga ia bermanfaat. Buku ini ada hasil tulisan Ustaz Jaafar Salleh Terbitan Pustaka Azhar).


Kedai Buku Online Pustaka Azhar  [ Klik Disini ].

Facebook Pustaka Azhar [ Klik Disini ].



0 comments:

Post a Comment

 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.