photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Saturday, November 14, 2015

Filled Under:

Coretan Khutbah | Tanggungjawab Memelihara Keluarga

Tanggung Jawab Memelihara Keluarga.



Sedarkah kita bahawa hidup kita di dunia tidak bersendirian. Allah S.W.T telah menganugerahkan kepada Insan - Insan disekeliling kita iaitu Keluarga. Ahli keluarga kita samada suami, isteri, ibubapa atau anak - anak, semuanya mempunyai nilai tersendiri dan islam menuntut kita bertanggungjawab keatas mereka.

Firman Allah S.W.T di dalam Al - Quran :-

Ayat 6-7: Peringatan terhadap hari Kiamat dan tanggung jawab seorang mukmin terhadap diri dan keluarganya.
Surat At-Tahrim Ayat 6

Surat At-Tahrim Ayat 7

Terjemahan Surah At Tahrim Ayat 6-7 :

(6) Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

(7) Wahai orang-orang kafir! Janganlah kamu mengemukakan alasan pada hari ini.Sesungguhnya kamu hanya diberi balasan menurut apa yang telah kamu kerjakan.


Suami dan bapa adalah satu perkataan  gelaran yang mudah disebut namun disebalik gelaran itu ia mempunyai tanggungjawab yang berat. Sebagai seorang ketua dalam sesebuah keluarga merekalah yang menentukan halatuju ahli keluarga samada bakal menghuni syurga atau menempah tiket  ke neraka bersama azab neraka yang pedih di akhirat kelak.

Menurut Ibnu Munzir : Saidina Ali Karamalluhu Wajhah ketika membicarakan ayat diatas, beliau berpesan : " Ajarkanlah diri kamu dan keluarga kamu tengtang kebaikan dan didiklah mereka." ayat ini juga mewajibkan secara tidak langsung mengesa para suami agar mempelajari perkara fardhu yang telah diwajibkan dan mengajarkan pula kepada ahli keluarga. 

Keluarga merupakan anugerah yang juga berperanan sebagai amanah daripada Allah S.W.T. Sebagai seorang suami berperanan membentuk peribadi isteri dan anak - anak kerana ianya adalah tanggung yang diamanahkan kepada suami. Oleh itu, ilmu didada mestilah penuh serta mempunyai daya iman yang utuh dan stamina amal yang teguh. Kemahiran dan kesabaran juga merupakan elemen yang penting bagi seorang suami mithali mendidik keluarganya mengikuti acauan baginda Nabi Sallahualaihiwassalam.

Menyedari hakikat ini, telah menegaskan beberapa kewajipan yang perlu diambil berat dan dilaksanakan oleh para ketua keluarga agar dapat mendidik dengan cara yang betul :

  • Memberikan Pendidikan dan Tarbiah Islam Kepada Anggota Keluarga.    
- Dunia hari ini memerlukan kepada penguasaan sains dan teknologi, pengurusan dan pentadbiran dan sebagainya. Oleh yang demikian itu, menyediakan bekalan pengetahuan dunia disamping diselarikan dengan pengetahuan akhirat agar isteri dan anak - anak tidak ketinggalan bahkan terkehadapan berbanding orang - orang lain. Keseimbangan keduanya mestilah wujud dan sebagai seorang ketua keluarga mestilah berusaha sedaya upaya mungkin untuk menyediakan ilmu akhirat kepada mereka serta memupuk mereka bercita -cita tinggi memburu kejayaan dunia akhirat.
  • Tanggungjawab Menjaga dan Memelihara Anak dan Isteri.
- Institusi Keluarga merupakan tunjang kepada kesinambungan rantaian manusia dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Andai sesebuah keluarga itu benar - benar menurut acuan dan kehidupan islam yang tulen. Maka ia akan menghasilkan generasi baru yang unggul. Namun sebaliknya, jika keadaan keluarga porak peranda , haru biru, kacau bilau dan tiada hala tuju. Pastinya kelahiran generasi muslim akan terencat dan terbantut.

Lantaran itu, Allah S.W.T telah berfirman :

26:214


"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat,

( Surah Asy Syu'araa :214 ).

Peringatan paling penting ialah supaya berpegang teguh dangan akidah islam dan jangan sekali - kali mensyirikkan Allah S.W.T. Inilah teladan yang telah dipastikan oleh seorang bapa contoh yang bernama Luqman Al - Hakim kepada anak - anaknya sebagaimana 

Firman Allah S.W.T ;-

31:13

Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kelaliman yang besar".

( Surah Luqman : 13 ).


  • Menghidupkan dan Membudayakan Syariat Dalam Rumah Tangga.
- Apalah ertinya lampu yang indah namun tidak boleh menerangi, itulah gambaran yang boleh diberikan kepada keluarga  - keluarga muslim hari ini yang tidak diterapkan nilai - nilai islam. Asas membudayakan islam dalam rumah ialah dengan mendirikan solat dan memerintahkan setiap ahli keluarga melaksanakannya. Sedarlah bahawa ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah, malah ia menuntut kesabaran yang tinggi. 

Antara perkara yang perlu dibudayakan dalam keluarga ialah perihal kewangan keluarga. Umpamanya suami mengajar anak-anak menjadi amanah, berbelanja berdasarkan keperluan , bersedekah, mengamalkan sikap berjimat cermat dan membuat simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan. Semua perkara ini tidak akan dibudayakan tanpa ada kerjasama seorang isteri.

Sehubungan dengan itu binalah kerasian dengan isteri dan sentiasalah berbincang bersama dalam membentuk sebuah keluarga bahagia dan harmoni bukan sahaja di dunia  bahkan di akhirat kelak.

Kesimpulan dari khutbah ini marilah bersama mengamati intipati inti khutbah yang telah disampaikan tadi

  • Keluarga adalah merupakan suatu anugerah sekaligus sebagai amanah daripada Allah S.W.T kepada kita.
  • Ketua Keluarga hendaklah menyediakan pendidikan yang seimbang antara dunia dan akhirat kepada setiap ahli keluarga.
  • Kemuncak kebahagiaan dalam berkeluarga ialah apabila setiap anggota membudayakan cara hidup islam dalam kehidupan seharian. Bukan mudah untuk mencapainya, namun yang dituntut itu adalah usaha kita. 
Firman Allah S.W.T :

Surat Ath-Thur Ayat 21


"Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya".

( Surah Thur : 21).

                                      









0 comments:

Post a Comment

 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.