Abd Allah bin al- Mubarak bin Wadih al-Hanzali al- Tamimi, juga dikenali dengan Abu Abd al- Rahman al- Mawarzi. Beliau termasuk dalam generasi tabi’ tabiin dan merupakan keluarga angkat kepada Bani Hanzalah dan Bani Abd Shams dari Bani Tamim. Beliau juga digelar sebagai Shahinshah yang bermaksud raja kepada para raja, kerana ilmunya, kemuliaannya dan kedudukannya.
Ibn al-Mubarak tidak memiliki kelebihan dari segi keturunan.
Beliau hanyalah anak kepada mawla (hamba) yang bekerja dengan sebuah keluarga
kaya di Iran. Ibu Ibn al Mubarak berasal dari Khwarazm (Chorasmia) yang
dahulunya merupakan sebahagian dari bumi parsi dan kini terletak di Uzbekistan dan
sebahagiannya di Turkmenistan. Ayah beliau Mubarak merupakan seorang hamba
kepada seorang ushawan Bani Hanzalah dari Hamedan, Iran. Beliau dikenali
sebagai seorang yang sangat warak, soleh dan banyak menyendiri untuk ibadah.
Ayahnya berbangsa Turk yang dahulunya mendiami kawasan
sekitar Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Kirgizstan. Dalam sejarah
islam, jajahan tersebut dahulu dikenali sebagai bilad ma wara al-nahr atau
wilayah Transoxiana.Wilayah – wilayah tersebut banyak melahirkan para ilmuwan
hadis terkemuka. Antaranya :-
1. Uzbekistan
- Muhammad bin Ismail al- Bukhari (Pengarang Sahih al- Bukhari),·
- Muhammad bin Isa al – Tirmidhi (Pengarang Jami’ al – Tirmidhi).
2. Turkmenistan
- Ahmad bin Ali al-Nasa’ie ( Pengarang Sunan al-Nasa’ie).
3. Iran dahulunya lebih dikenali sebagai Parsi.
- Muslim bin al- Hajjaj al- Nisaburi (Pengarang Sahih Muslim)
- Muhammad bin Yazid Ibn Majah (Pengarang Sunan Ibn Majah)
- Abd Allah bin Ali bin al- Jarud al – Nisaburi (Pengarang al – Muntaqa)
- Muhammad bin Ishaq bin Khuzaymah al- Nisaburi (Pengarang Sahih Ibn Khuzaymah)
- Abu Awanah Ya’quib bin Ishaq al – Nisaburi ( Pengarang al – Mustakhraj)
- Muhammad bin Abd Allah al- Hakim ( Pengarang al – Mustadrak).
Pada awalnya beliau tidak begitu serius menimba ilmu. Ketika
remaja beliau banyak menghabiskan waktunya bersama rakan – rakannya bermain oud
dan tambura ( sejenis alat muzik bertali). Beliau mula mengembara menuntut ilmu
pada tahun 141 Hijrah , iaitu pada ketika usianya 23 tahun. Sepanjang kehidupan
ibnu al – Mubarak sebagai penuntut ilmu dan ilmuwan, beliau jugasangat
mahir dengan dunia perniagaan yang
merupakan profesionnya sepanjang hayat. Boleh jadi beliau banyak belajar
tengtang selok – belok perniagaan daripada ayahnya yang pernah berniaga ataupun
dari gurunya Imam Abu Hanifah yang
tekenal sebagai ilmuwan ulung dan
usahawan Berjaya.
Ibn Mubarak memiliki segala sebab yang menjadikannya seorang
ilmuwan terbilang dunia pada zamannya. Beliau memiliki kecerdasan dan daya
memori yang tinggi saat kecil lagi. Beliau juga memiliki kesabaran yang tinggi
dalam mengharungi ranjau menimba ilmu dan sentiasa ghairah mengembara ke serata
ceruk dunia untuk meraih satu kalimah yang memberi manfaat padanya. Beliau
bukan sahaja rajin mencatat, malah begitu bersungguh mengorek mutiara daripada
sang guru untuk mendapatkan mutiara yang masih belum ditemui.
Demikianlah Sunnah para ilmuwan salaf yang sanggup berkelana
jauh demi satu hadis atau satu ilmu yang
bermanfaat. Ibn Mubarak sendiri pernah mengatakan bahawa beliau menimba ilmu
daripada 4000 orang guru dan meriwayatkan hadis daripada 1000 orang guru. Salah
seorang sahabatnya al- Abbas bin Mus’ab sempat menemui 800 orang daripada
mereka. Beliau berterusan merantau menemui para guru yang alim lagi thiqah (sangat
dipercayai). Justeru untuk menyenaraikan gurunya kerana beliau tidak
merekodkan dalam al – mashyikhat.
Meskipun Ibn Mubarak merupakan seorang tokoh yang memiliki
ilmu bak lautan, lagi dihiasi dengan sifat takwa, zuhud dan warak yang luar
biasa, bahkan memiliki kekayaan yang cukup untuk membuatkannya “ goyang kaki”
sepanjang hidupnya, Ibnu Mubarak tidak sedikitpun gembira dengan harta ,
pengaruh dan populariti yang dimiliki, sebaliknya beliau selalu melarikan diri dari orang ramai dan beliau cukup skeptical dengan penguasa dan sangat pantang
untuk mendekati meraka.Namun beliau juga, dikenali sebagai mujahid yang berjuang
dengan mata pedangnya, buka sekadar mata penanya.
Beliau merupakan penulis terawal yang menghsailkan karya al –
Jihad yang menghimpunkan hadis yang khusus berkaitan jihad sebagaimana yang
disebut Haji Khalifah dan al – Kittani. Beliau banyak mendeklamasikan syair
yang menyemarakkan semngat yang berjihad fi sabilillah dan mengingatkan mereka
bahawa ibadah dibawah mata pedang itu lebih baik berbanding ibadah yang selesa
di masjid. Ibnu Kathir menyifatkan Ibn Mubarak sebagai seorang yang banyak
berperang dan melakukan haji.
Setelah Ibnu al – Mubarak pulang daripada salah satu
peperangan, beliau sampai ke satu kawasan bernama Hit, salah satu bandar Iraq
dan beliau meninggal disana pada awal pagi 10 Ramadhan, tahun 181 Hijrah
bersamaan 797 Masihi, ketika berusia 63 tahun. Beliau dikebumikan disana.
Disaat akhir kematian Ibn al – Mubarak, beliau sempat berpesan kepada
pembantunya Nasr supaya meletakkan kepalanya yang sedang berbaring diatas
tanah. Setelah Ibn al – Mubarak wafat, Sufyan bin Uyaynah menangisi pemergiannya
sambal berkata “ semoga Allah merahmatinya. Telah pergi seorang yang sangat
faqih, sangat alim, sangat zuhud, sangat pemurah, sangat berani dan sangat
puitis.
" Dialah Ilmuwan, Dialah Hartawan, Dialah Dermawan, Dialah Pujangga, Dialah Pejuang, Dialah Raja Para Ulama' Dialah Insan Yang Penuh Barakah ".
Kata – kata Ibn Mubarak :
اتْرُكْ
فُضُولَ النَّظَرِ تُوَفَّقْ لِلْخُشُوعِ، وَاتْرُكْ فُضُولَ الْكَلَامِ تَوَفَّقْ
لِلْحِكْمَةِ، وَاتْرُكْ فُضُولَ الطَّعَامِ تَوَفَّقْ لِلْعِبَادَةِ، وَاتْرُكِ
التَّجَسُّسَ عَلَى عُيُوبِ النَّاسِ تَوَفَّقْ لِلطَّلَاعِ عَلَى عُيُوبٍ نَفْسٍ
Tinggalkan berlebih – lebihan dalam pandangan, nescaya kamu akan mendapat kekhusyukan. Tinggalkanlah berlebih - lebihan dalam bercakap nescaya kamu akan mendapat kebijaksanaan. Tingalkan berlebihan dalam makan, nescaya kamu akan mendapat ibadah. Tingalkanlah berlebih – lebihan dalam mengintip orang lain, necaya kamu akan lebih mampu melihat kekurangan dirimu sendiri.
BUKU : IBN AL- MUBARAK " IDOLA YANG PALING DICEMBURUI ".
KARYA : DR. KAMILIN JAMILIN.
Kata Pengantar : Prof. Dr. 'Ali bin 'Abd Allah al- Sayyah.
Cetakan : Karya PiS Sdn. Bhd.
Tanda Harga : RM 42.00
Buku ini dibeli pada 12 Disember 2024 di Atsar Online Bookstore, Kedai dalam talian Shopee Malaysia.
Buku ini mengisahkan mengenai biografi dan sejarah tokoh ilmuwan hadis tabi' tabiin.Sesuai untuk bacaan dan pengetahuan umum.Sumber rujukan banyak daripada kitab sejarah arab dan bacaanya santai sesuai dengan kepelbagaian umur dan mudah untuk difahami.
Buku ini khatam pada hari selasa waktu subuh 06.17 A.M tanggal 14 Rejab 1446H bersamaan 14 Januari 2025 Masihi.
Rating : 8.5/10 ****.
0 comments:
Post a Comment