Saturday, May 31, 2025

QIAMULLAIL & SOLAT TAHAJJUD : FADHILAT, HUKUM DAN HIKMAH - KARYA DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI.

 
Siapa yang mahu berbicara dengan Tuhan hendaklah dia menunaikan solat dan siapa yang mahu Allah berbicara dengannya hendaklah dia membaca al-Quran kerana al-Quran adalah kalamullah. Solat merupakan tali hubungan antara hamba dengan Tuhannya kerana ibadah solat secara langsung berlaku interaksi antara kedua-duanya.

Allah menjelaskan beberapa kriteria orang yang benar-benar beriman iaitu orang yang sedikit tidurnya untuk memperutukkan malamnya demi beribadah kepada Allah . Mereka berdoa dengan penuh pengharapan mendapatkan keredhaa-Nya dan membelanjakan nikmat material yang diberikan kepada mereka ke jalan Allah .

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.


Qiamullail dalam istilah fuqaha memberi maksud menunaikan sebahagian waktu malam dengan solat dan amal ibadah yang lain walaupun sedikit. Ada pendapat menyatakan membaca al-Quran atau mendengar hadis dan termasuk juga bertasbih serta solat.

Qiamullail ialah solat malam yang dinamakan tahajjud yang dilakukan selepas tidur. Ini kerana perkataan tahajjud bererti meninggalkan tidur. Al- Azhari berkata: “ Yang Makruf bagi percakapan orang arab bahawa Hajid memberi maksud yang tidur dan Mutahajjid pula seorang yang bangkit dari tidur untuk solat.”

Solat tahajjud ialah solat yang dilakukan pada waktu malam selepas isya’ setelah bangun dari tidur. Ia juga dinamakan Qiamullai. Inilah juga pendapat al-Qadhi Husin di kalangan Mazhab Syafie. Berdasarkan kepada definisi diatas maka dapat difahami bahawa qiamullai lebih umum daripada tahajjud.

Semua ulama’ sepakat bahawa solat qiamullai atau tahajjud hukumnya sunat muakkad. Walaupun begitu, para ulama’ dan solihin menitik beratkannya dan tidak meninggalkannya kerana kelebihan dan fadhilat qiamullai teramat banyak.

Pendapat daripada al-Mausu’ah al- Feqhiyah menyebut:

v Sepakat fuqaha tentang pensyariatan qiamullai dimana mereka menggunakan beberapa istilah yang memberi makna galakan.

 

·        Sunat disisi Mazhab Hanafi dan Hanbali.

·        Mandub ( Sunat ) disisi Mazhab Maliki.

·        Mustahab ( Sunat ) disisi Mazhab Syafie.

 

v Ulama khilaf berkenaan dengan kefardhuan atas Nabi seperti yang dibincangkan para ulama’.

 Syariat mengalakkan umatnya melakukan ibadah qiamullai bersandarkan dalil – dalil dan nas- nas yang sepatutnya menjadi amalan setiap individu muslim.


(1) Surah Al-Muzzammil 1 - 5.

 (1)  Wahai orang yang berselimut!. 

(2) Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), 

(3) Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

(4) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

(5) (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).


2) Surah Al- Isra' Ayat - 79.



 3) Surah Adz- Dzaariyaat Ayat - 17.

   


 4) Surah al-Furqan Ayat 64-65. 



 5) Surah Al-Insan Ayat 26.


 6) Surah Al-Fath Ayat 29.


Begitulah tazkirah dan peringatan dari Allah S.W.T kepada hambanya, semoga dalil kalamullah ini menjadi pedoman dan galakan untuk kita. Selain daripada beberapa dalil nas al-Quran terdapat juga beberapa contoh berdasarkan hadis Nabi S.A.W, antaranya adalah seperti berikut :


1) Hadis Pertama :



Maksudnya : Tidaklah bagi seorang Muslim yang tidur malam dengan mengingati Allah dalam keadaan berwuduk, kemudian bangun daripada tidur dan meminta kepada Allah dengan kebaikan dunia dan akhirat kecuali Allah akan memperkenankannya.


2) Hadis Kedua :


Maksudnya : Tiadalah bagi seseorang yang ( menjadi kebiasaannnya) solat malam, ( akan tetapi ) dia tertidur kecuali Allah S.W.t tetap akan menulis pahala solatnya itu dan tidurnya akan menjadi sedekah baginya.


3) Hadis Ketiga :


Maksudnya : Sesungguhnya Abdullah bin Umar itu ialah seorang lelaki yang soleh jika sekiranya ia memperbanyakkan solat pada waktu malam.


4) Hadis Keempat :

Abu Walid al- Baji, seorang ulama' mazhab Maliki berkata, "tidak dikira keatasnya (sebagai satu dosa ) dan tetap ditulis ganjaran pahala orang yang sembahyang."

Diriwayatkan daripada Ubadah bin al-Somit daripada Nabi S.A.W bersabda bermaksud, "sesiapa yang bangun malam dan berkata:



Kemudian dia berkata lagi  " ربِّ اغفِرْ لي "  berdoa dengan sebarang doa maka akan diperkenankan doanya. Dan juga apabila dia mengambil wuduk dan solat akan diterima solatnya.











BUKU : 
QIAMULLAIL & SOLAT TAHAJJUD : FADHILAT, HUKUM DAN HIKMAH.

KARYA :DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI.

CETAKAN : PUSTAKA CAHAYA KASTURI (PCK).

TANDA HARGA : SEM. MALAYSIA RM 10.00 - SABAH/SARAWAK RM 12.00

Buku ini khatam pada hari Khamis waktu Malaysia 02.29 P.M tanggal 10 Dhul-Qadah 1446 bersamaan 08 Mei 2025 Masihi.


Rating : 8.0/10 ****






Friday, April 4, 2025

[ IBN Al - MUBARAK ] IDOLA YANG PALING DICEMBURUI - KARYA DR. KAMILIN JAMILIN.

  Ibn Mubarak -  " Dialah Ilmuwan, Dialah Hartawan, Dialah Dermawan, Dialah Pujangga, Dialah Pejuang, Dialah Raja Para Ulama' Dialah Insan Yang Penuh Barakah " .

Abd Allah bin al- Mubarak bin Wadih al-Hanzali al- Tamimi, juga dikenali dengan Abu Abd al- Rahman al- Mawarzi. Beliau termasuk dalam generasi tabi’ tabiin dan merupakan keluarga angkat kepada Bani Hanzalah dan Bani Abd Shams dari Bani Tamim. Beliau juga digelar sebagai Shahinshah yang bermaksud raja kepada para raja, kerana ilmunya, kemuliaannya dan kedudukannya.

Ibn al-Mubarak tidak memiliki kelebihan dari segi keturunan. Beliau hanyalah anak kepada mawla (hamba) yang bekerja dengan sebuah keluarga kaya di Iran. Ibu Ibn al Mubarak berasal dari Khwarazm (Chorasmia) yang dahulunya merupakan sebahagian dari bumi parsi dan kini terletak di Uzbekistan dan sebahagiannya di Turkmenistan. Ayah beliau Mubarak merupakan seorang hamba kepada seorang ushawan Bani Hanzalah dari Hamedan, Iran. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat warak, soleh dan banyak menyendiri untuk ibadah.

Ayahnya berbangsa Turk yang dahulunya mendiami kawasan sekitar Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Kirgizstan. Dalam sejarah islam, jajahan tersebut dahulu dikenali sebagai bilad ma wara al-nahr atau wilayah Transoxiana.Wilayah – wilayah tersebut banyak melahirkan para ilmuwan hadis terkemuka. Antaranya :-

1. Uzbekistan

  •    Muhammad bin Ismail  al- Bukhari (Pengarang Sahih al- Bukhari),·       
  •   Muhammad bin Isa al – Tirmidhi (Pengarang Jami’ al – Tirmidhi).

2. Turkmenistan

  •       Ahmad  bin Ali al-Nasa’ie ( Pengarang Sunan al-Nasa’ie).

3. Iran dahulunya lebih dikenali sebagai Parsi.

  •       Muslim bin al- Hajjaj al- Nisaburi (Pengarang Sahih Muslim)
  •       Muhammad bin Yazid Ibn Majah (Pengarang Sunan Ibn Majah)
  •       Abd Allah bin Ali bin al- Jarud al – Nisaburi (Pengarang al – Muntaqa)
  •       Muhammad bin Ishaq bin Khuzaymah al- Nisaburi (Pengarang Sahih Ibn Khuzaymah)
  •      Abu Awanah Ya’quib bin Ishaq al – Nisaburi ( Pengarang al – Mustakhraj)
  •      Muhammad bin Abd Allah al- Hakim ( Pengarang al – Mustadrak).
Ibn al – Mubarak lahir di bandar Marw al – Shahijan, Bandar Wilayah Khurasan yang kini terletak di Turkmenistan. Tahun kelahiran Ibn Mubarak tidak dapat dipastikan secara tepat, namun ia disebut antara tahun 110 hingga 119 Hijrah. Kebanyakan sumber biografi menyatakan beliau lahir pada tahun 118 hijrah kerana ibn Mubarak berusia 63 tahun ketika wafat pada tahun 118 Hijrah atau 726 Masihi sebagai tahun kelahirannya.

Pada awalnya beliau tidak begitu serius menimba ilmu. Ketika remaja beliau banyak menghabiskan waktunya bersama rakan – rakannya bermain oud dan tambura ( sejenis alat muzik bertali). Beliau mula mengembara menuntut ilmu pada tahun 141 Hijrah , iaitu pada ketika usianya 23 tahun. Sepanjang kehidupan ibnu al – Mubarak sebagai penuntut ilmu dan ilmuwan, beliau jugasangat mahir  dengan dunia perniagaan yang merupakan profesionnya sepanjang hayat. Boleh jadi beliau banyak belajar tengtang selok – belok perniagaan daripada ayahnya yang pernah berniaga ataupun dari gurunya Imam Abu Hanifah  yang tekenal sebagai ilmuwan  ulung dan usahawan Berjaya.

Ibn Mubarak memiliki segala sebab yang menjadikannya seorang ilmuwan terbilang dunia pada zamannya. Beliau memiliki kecerdasan dan daya memori yang tinggi saat kecil lagi. Beliau juga memiliki kesabaran yang tinggi dalam mengharungi ranjau menimba ilmu dan sentiasa ghairah mengembara ke serata ceruk dunia untuk meraih satu kalimah yang memberi manfaat padanya. Beliau bukan sahaja rajin mencatat, malah begitu bersungguh mengorek mutiara daripada sang guru untuk mendapatkan mutiara yang masih belum ditemui.

Demikianlah Sunnah para ilmuwan salaf yang sanggup berkelana jauh  demi satu hadis atau satu ilmu yang bermanfaat. Ibn Mubarak sendiri pernah mengatakan bahawa beliau menimba ilmu daripada 4000 orang guru dan meriwayatkan hadis daripada 1000 orang guru. Salah seorang sahabatnya al- Abbas bin Mus’ab sempat menemui 800 orang daripada mereka. Beliau berterusan merantau menemui para guru yang alim lagi thiqah (sangat dipercayai). Justeru untuk menyenaraikan gurunya kerana beliau tidak merekodkan dalam al – mashyikhat.

Meskipun Ibn Mubarak merupakan seorang tokoh yang memiliki ilmu bak lautan, lagi dihiasi dengan sifat takwa, zuhud dan warak yang luar biasa, bahkan memiliki kekayaan yang cukup untuk membuatkannya “ goyang kaki” sepanjang hidupnya, Ibnu Mubarak tidak sedikitpun gembira dengan harta , pengaruh dan populariti yang dimiliki, sebaliknya beliau selalu melarikan diri dari orang ramai dan beliau cukup skeptical dengan penguasa dan sangat pantang untuk mendekati meraka.Namun beliau juga, dikenali sebagai mujahid yang berjuang dengan mata pedangnya, buka sekadar mata penanya.

Beliau merupakan penulis terawal yang menghsailkan karya al – Jihad yang menghimpunkan hadis yang khusus berkaitan jihad sebagaimana yang disebut Haji Khalifah dan al – Kittani. Beliau banyak mendeklamasikan syair yang menyemarakkan semngat yang berjihad fi sabilillah dan mengingatkan mereka bahawa ibadah dibawah mata pedang itu lebih baik berbanding ibadah yang selesa di masjid. Ibnu Kathir menyifatkan Ibn Mubarak sebagai seorang yang banyak berperang dan melakukan haji.

Setelah Ibnu al – Mubarak pulang daripada salah satu peperangan, beliau sampai ke satu kawasan bernama Hit, salah satu bandar Iraq dan beliau meninggal disana pada awal pagi 10 Ramadhan, tahun 181 Hijrah bersamaan 797 Masihi, ketika berusia 63 tahun. Beliau dikebumikan disana. Disaat akhir kematian Ibn al – Mubarak, beliau sempat berpesan kepada pembantunya Nasr supaya meletakkan kepalanya yang sedang berbaring diatas tanah. Setelah Ibn al – Mubarak wafat, Sufyan bin Uyaynah menangisi pemergiannya sambal berkata “ semoga Allah merahmatinya. Telah pergi seorang yang sangat faqih, sangat alim, sangat zuhud, sangat pemurah, sangat berani dan sangat puitis.


" Dialah Ilmuwan, Dialah Hartawan, Dialah Dermawan, Dialah Pujangga, Dialah Pejuang, Dialah Raja Para Ulama' Dialah Insan Yang Penuh Barakah ".


Kata – kata Ibn Mubarak :


اتْرُكْ فُضُولَ النَّظَرِ تُوَفَّقْ لِلْخُشُوعِ، وَاتْرُكْ فُضُولَ الْكَلَامِ تَوَفَّقْ لِلْحِكْمَةِ، وَاتْرُكْ فُضُولَ الطَّعَامِ تَوَفَّقْ لِلْعِبَادَةِ، وَاتْرُكِ التَّجَسُّسَ عَلَى عُيُوبِ النَّاسِ تَوَفَّقْ لِلطَّلَاعِ عَلَى عُيُوبٍ نَفْسٍ


Tinggalkan berlebih – lebihan dalam pandangan, nescaya kamu akan mendapat kekhusyukan. Tinggalkanlah berlebih - lebihan dalam bercakap nescaya kamu akan mendapat kebijaksanaan. Tingalkan berlebihan dalam makan, nescaya kamu akan mendapat ibadah. Tingalkanlah berlebih – lebihan dalam mengintip orang lain, necaya kamu akan lebih mampu melihat kekurangan dirimu sendiri.


BUKU : IBN AL- MUBARAK " IDOLA YANG PALING DICEMBURUI ".

KARYA : DR. KAMILIN JAMILIN.

Kata Pengantar : Prof. Dr. 'Ali bin 'Abd Allah al- Sayyah. 

Cetakan : Karya PiS Sdn. Bhd.

Tanda Harga : RM 42.00

Buku ini dibeli pada 12 Disember 2024 di Atsar Online Bookstore, Kedai dalam talian Shopee Malaysia.

Buku ini mengisahkan mengenai biografi dan sejarah tokoh ilmuwan hadis tabi' tabiin.Sesuai untuk bacaan dan pengetahuan umum.Sumber rujukan banyak daripada kitab sejarah arab dan bacaanya santai sesuai dengan kepelbagaian umur dan mudah untuk difahami. 

Buku ini khatam pada hari selasa waktu subuh 06.17 A.M tanggal 14 Rejab 1446H bersamaan 14 Januari 2025 Masihi.

Rating : 8.5/10 ****.



Wednesday, April 2, 2025

SIRI JELAJAH MASJID - MASJID PADA BULAN RAMADHAN MUBARAK 1446H/2025M.

 

Ramadhan bertandang lagi, berkunjung tiba bulan rahmat dan maghfirah yang mana, bertambah keberkatannya dengan amal ibadah dan amal mulia menundukkan keinsafan dengan rasa berdosa. Inilah nasihat galakan yang selalu berkumandang dendangannya saat kali tenggelamnya sandyakala Sya’aban dengan terbitnya sinar cerapan rembulan Ramadhan yang menandakan wajibnya menunaikan rukun islam yang ketiga.

Pada 20 Februari 2025 lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan menetapkan hari ini bersamaan 29 Syaaban 1446 Hijrah untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa buat umat Islam di Malaysia. Bermulanya Bulan Ramadhan Mubarak setelah hilang mekarnya swastamita nan merah memasuki ufuk maghrib dan menghampiri waktu Isya’ sebelum bermulanya Solat Sunat Tarawih yang hanya hadir keistimewaaan tuntutannya di Bulan Ramadhan yang mulia.

Setiap tahun afsun dengan keghairahan hati mengerjakannya dengan menghayati bacaan merdu imam yang melunakkan jiwa melayari keinsafan dalam diri mentadabbur makna bacaan kalam ilahi nan indah dengan ibrah, sirah motivasi dan nasihat. Selain itu, sirah penurunan Mukjizat Al-Quran juga berlaku di dalam bulan Ramadhan yang juga dikenali sebagai Syahrul Rahmah (Bulan Kerahmatan) Syahrul Maghfirah (Bulan Keampunan) dan Syahrul Barakah (Bulan Keberkatan).

                                                     HIMPUNAN HADITH SAHIH (JAKIM)


Alhamdulillah, dengan lafaz bismillah tahun ini berjaya juga menunaikan Solat Fardhu Isya’ dan Solat Sunat Tarawih berjemaah sambil menjelajahi Masjid – Masjid di Sekitar Kelantan. Walaupun tahun ini bergerak secara sendiriaan (Solo) syukur kehadrat ilahi رب العالمين diberikan renjana untuk Istiqamah hingga ke penghujung Ramadhan sebelum arunika syawal menjelma tanda tiba bulan kemenangan aidilfitri setelah sebulan berpuasa. 

Disini lampiran senarai dan butiran – butiran Masjid yang telah dijelajahi sepanjang Ramadhan Mubarak 1446H/2025M.  Semoga agenda ini menjadi tradisi saban tahun yang mendatang sepertimana istiqamahnya Bagaskara terbit dan tenggelam  saat sampai waktunya. Maaf andai ada salah silap kepada pembaca luar jika ada lakar luka yang mengguris hati bicara pembaca luar kerna fokus tulisan ini pada dasarnya hanya untuk catatan penghayatan kenangan simpanan penulisan sahaja.

Semoga kita semua diberikan kesempatan untuk bertemu Ramadhan tahun seterusnya dalam keadaan kesihatan yang afiat, kembang nirmala dalam jambangan dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Tidak lupa kepada sahabat handai dan keluarga tersayang yang telah meninggal kita supaya Allah menerima Sedekah niat dari warisan leluhur Jariah, Bacaan al- Quran dan harta sampai kepada mereka dengan izin Allah S.W.T. Insya-Allah.

Maklumat Lebih Detail

* Mungkin ada salah maklumat senarai bilangan dan nama Imam - Iman Tarawih yang bertugas mohon p.m untuk betulkan atau comment dibawah.

 * ( -) bermakna tiada maklumat yang didapati.

Sekian, Terima Kasih.


Tuesday, February 18, 2025

JALAN MENUJU ALLAH - KARYA Al - IMAM AL - ALLAMAH DR. ALI JUM"AH ( TERJEMAHAN ).

JALAN MENUJU ALLAH.  

 Jalan menuju Allah adalah jalan yang penuh dengan cinta, penuh rahmat, penuh ketenangan, penuh kejayaan, jalan kita menuju Allah menjadikan manusia sebagai seorang bahagia dalam kehidupan duniawi ini, bahagia ketika kita kembali kepada Tuhannya pada Hari Kiamat.

Para Ulama’ telah menjadikan landasan ilmu ini sebagai pengenalan jalan menuju-Nya dengan mempelajari ilmu- ilmu syariat, mereka membangunkan ilmu –ilmu tersebut mengikut asasnya, iaitu Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqh, dan Ilmu Tasawwuf. 

1.      Ilmu Tauhid – iaitu ilmu yang mempelajari permasalahan iman. Antara nama – namanya : 1) ilmu Kalam. 2) Ilmu Akidah atau Usuluddin.

 1.      Ilmu Tauhid terbahagi kepada dalam tiga (3) bab :

Pertama : Al Ilahiyyat – Para Ulama’ membincangkan mengenai Allah   melalui apa yang wajib baginya, perkara yang mustahil baginya, perkara yang harus bagi Allah dan dalil – dalilnya secara akal dan al – Quran.

Kedua : Al – Nubuwwat – Perbincangan mengenai sifat – sifat para Rasul yang mulia, dan perkara yang wajib bagi mereka daripada kemaksuman dan perkara yang mustahil bagi mereka daripada sebarang penipuan, dan perkara yang harus bagi mereka.

Ketiga : Al – Sam’iyyat – iaitu perkara yang sampai kepada kita melalui pendengaran, bukan dengan fikiran dan penelitian, akal dan pengamatan, seperti pengetahuan tentang hari Akhirat dan kewajipan beriman dengannya, Syurga, Neraka, Titian al -  Sirat, al – Mizan, al – Hisab, para Malaikat, Jin dan selain daripada itu didatangkan melalui al-Quran dan Sunnah. Kita wajib beriman padanya. Maka Ilmu yang mulia ini menerangkan  martabat iman. 

2.   Ilmu Fiqh : Fiqh memelihara rukun – rukun islam yang terkandung dalam Ibadah dan Muamalat. Fiqh mempunyai jutaan cabang dan persoalan yang diambil sumbernya daripada al – Quran dan As- Sunnah.

 Para Fuqaha’ membezakan pandangan dalam memahami hukum – hakam melalui al-Quran dan As-Sunnah. Maka terbentuklah mazhab – mazhab Fiqh melebihi 90 Mazhab. Selepas itu mereka melihat bahawa mazhab – mazhab ini hampir sama pada kebanyakan pendapat – pendapatnya. Kemudian kebanyakan mazhab – mazhab tersebut para imamnya tidak mempunyai anak murid, untuk memindahkan mazhab guru mereka dan memberi perhatian dan mencatatnya, maka hilanglah mazhab tersebut dan yang masih berbaki kepada kita hari ini hanyalah 8 buah mazhab.

 Antaranya 4 Mazhab yang terkenal dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafi’e dan Mazhab Hanbali. Antara 4 Mazhab yang tidak terkenal kerana pengikutnya yang sedikit al – Ja’fariyyah ( Pengikut Syi’ah Imamiah ) al – Ibadiyah ( Pengikut penduduk Oman dan sebahagian lagi penduduk Algeria), dan al – Zaydiyyah ( Pengikut sebahagian penduduk Yaman) dan al – Zahiriyyah ( Pengikut sedikit sekali di kalangan penduduk Morocco). 

3.   Ilmu Tasawwuf : atau martabat insan ; yang diisyaratkan oleh hadith Saiyyidina Jibril AS dengan “ hendaklah engkau menyembah Allah seolah engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka sesungguhnya dia melihat engkau “. Oleh yang demikian Tasawwuf bukanlah ilmu asing yang dimaksudkan kedalam ilmu – ilmu islam bahkan ianya adalah ilmu asasi, dan ianya diantara Ilmu Maqasid yang perlu dipelajari secara tersendiri, dan orang islam hendaklah mempelajarinya sekadar termampu, sebagaimana mempelajari usul iman daripada Ilmu Tauhid, dan mempelajari  hukum hakam ibadah dan muamalat daripada Ilmu Fiqh, begitu juga hendaklah dia mempelajari akhlak dan adab – adab yang wajib keatas dirinya untuk berakhlak dengannya yang dipelajari melalui Ilmu Tasawwuf.

 Ilmu Tasawwuf terdapat dua sumber baginya, sumber pertama : al – Quran dan As – Sunnah dan sumber kedua daripada realiti dan pengalaman. Orang yang menuju jalan Allah walaupun berbilang jalannya itu, seperti orang yang berdiri dikelilingi bulatan. Kesemua mereka itu menuju dalam perjalanan mereka kepada titik pusatnya yakni dari keliling bulatan tersebut kepada pusat bagi bulatan tersebut.

 Pusatnya disini adalah ALLAH walaupun titik permulaannya berbeza dan jalan menujunya, sesungguhnya semua ingin sampai kepada tujuan yang sama iaitu Allah . Demekianlah dengan hadirnya Allah dalam hidup kita dalam setiap keadaan dan masa. Mestilah diikat segala perilaku kita dengan Allah . Ini melazimkan untuk berzikir kepada Allah pada setiap masa dan ketika.

 Zikir dan Ibadat merupakan sesuatu yang baik dan dituntut, bahkan ia adalah asas yang didirikan diatas jalan menuju Allah . Akan tetapi semua zikir apapun jenis ibadat yang kekosongan adab maka ia kurang manfaat. Yakni mengingati Allah dalam keadaan beradab dan menghadirkan kebesaran Allah dan bukanlah dengan menyebut namaku dengan lidahnya sedangkan hatinya sibuk mengingati selain daripada-Ku.

 Sesungguhnya yang diambil kira adalah mereka yang benar, bukan mereka yang mendahului. Para Ahli Suluk memberi isyarat dengan perumpaan ini bahawa orang yang terkemudian yang pernah bertangguh untuk menuju Allah boleh jadi ia dapat membangkitkan semangatnya, Maka Allah menerima dengan semangatnya, dengannya ia dapat mendahului mereka dahulu jalan sebelumnya. Sesungguhnya yang dikira bukanlah mendahului dari segi ibadah atau bilangan zikir, bahkan yang dikira adalah kebenaran dan keikhlasan dalam melakukan amalan tersebut.

 Kesimpulannya, barangsiapa yang kembali daripada Allah tidak akan sampai kepadanya ; kerana Allah tidak mengharapkan kepada mereka yang menyibukkan diri pada selainnya, maka tidak akan sampai kepada-Nya melainkan mereka yang menyibukkan diri dengan Allah secara keseluruhan.

 

 

[ Bedah Buku : JALAN MENUJU ALLAH KARYA AL - IMAN AL - ALLAMAH DR. ALI JUM'AH ].

Buku ini dibeli pada 23 OCtober 2024M di Ruwaq Bookstore, Kedai dalam talian Shopee Malaysia.

Buku ini secara keseluruhannya sesuai kepada yang meminati dan mengetahui istilah - istilah tasawwuf. Buku ini adalah terjemahan daripada bahasa arab ke bahasa melayu yang diterjemahkan oleh Ahmad Faiz  Mohd Khalil, Lajnah Penterjemahan APT.

Rating : 6.5/10 ***

 

 

 

 

 

 

 

 

    

 



 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.