Allah ﷻ
menjelaskan beberapa kriteria orang yang benar-benar beriman iaitu orang yang
sedikit tidurnya untuk memperutukkan malamnya demi beribadah kepada Allah ﷻ. Mereka berdoa dengan penuh pengharapan
mendapatkan keredhaa-Nya dan membelanjakan nikmat material yang diberikan
kepada mereka ke jalan Allah ﷻ.
Mereka
merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan
sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan
mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin
memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian
dari apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu
persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang
amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah
kerjakan.
Qiamullail
dalam istilah fuqaha memberi maksud menunaikan sebahagian waktu malam dengan
solat dan amal ibadah yang lain walaupun sedikit. Ada pendapat menyatakan
membaca al-Quran atau mendengar hadis dan termasuk juga bertasbih serta solat.
Qiamullail
ialah solat malam yang dinamakan tahajjud yang dilakukan selepas tidur. Ini kerana
perkataan tahajjud bererti meninggalkan tidur. Al- Azhari berkata: “ Yang
Makruf bagi percakapan orang arab bahawa Hajid memberi maksud yang tidur dan
Mutahajjid pula seorang yang bangkit dari tidur untuk solat.”
Solat
tahajjud ialah solat yang dilakukan pada waktu malam selepas isya’ setelah
bangun dari tidur. Ia juga dinamakan Qiamullai. Inilah juga pendapat al-Qadhi
Husin di kalangan Mazhab Syafie. Berdasarkan kepada definisi diatas maka dapat
difahami bahawa qiamullai lebih umum daripada tahajjud.
Semua ulama’
sepakat bahawa solat qiamullai atau tahajjud hukumnya sunat muakkad. Walaupun
begitu, para ulama’ dan solihin menitik beratkannya dan tidak meninggalkannya
kerana kelebihan dan fadhilat qiamullai teramat banyak.
Pendapat
daripada al-Mausu’ah al- Feqhiyah menyebut:
v Sepakat fuqaha
tentang pensyariatan qiamullai dimana mereka menggunakan beberapa istilah yang
memberi makna galakan.
·
Sunat disisi Mazhab Hanafi dan Hanbali.
·
Mandub ( Sunat ) disisi Mazhab Maliki.
·
Mustahab ( Sunat ) disisi Mazhab Syafie.
v Ulama khilaf
berkenaan dengan kefardhuan atas Nabi ﷴ
ﷺ seperti yang dibincangkan para
ulama’.
(1) Surah Al-Muzzammil 1 - 5.
(1) Wahai orang yang berselimut!.
(2) Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
(3) Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
(4) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
(5) (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
2) Surah Al- Isra' Ayat - 79.
3) Surah Adz- Dzaariyaat Ayat - 17.
4) Surah al-Furqan Ayat 64-65.
5) Surah Al-Insan Ayat 26.
6) Surah Al-Fath Ayat 29.
Begitulah tazkirah dan peringatan dari Allah S.W.T kepada hambanya, semoga dalil kalamullah ini menjadi pedoman dan galakan untuk kita. Selain daripada beberapa dalil nas al-Quran terdapat juga beberapa contoh berdasarkan hadis Nabi S.A.W, antaranya adalah seperti berikut :
1) Hadis Pertama :
Maksudnya : Tidaklah bagi seorang Muslim yang tidur malam dengan mengingati Allah dalam keadaan berwuduk, kemudian bangun daripada tidur dan meminta kepada Allah dengan kebaikan dunia dan akhirat kecuali Allah akan memperkenankannya.
2) Hadis Kedua :
Maksudnya : Tiadalah bagi seseorang yang ( menjadi kebiasaannnya) solat malam, ( akan tetapi ) dia tertidur kecuali Allah S.W.t tetap akan menulis pahala solatnya itu dan tidurnya akan menjadi sedekah baginya.
3) Hadis Ketiga :
4) Hadis Keempat :
Abu Walid al- Baji, seorang ulama' mazhab Maliki berkata, "tidak dikira keatasnya (sebagai satu dosa ) dan tetap ditulis ganjaran pahala orang yang sembahyang."
Diriwayatkan daripada Ubadah bin al-Somit daripada Nabi S.A.W bersabda bermaksud, "sesiapa yang bangun malam dan berkata:

BUKU : QIAMULLAIL & SOLAT TAHAJJUD : FADHILAT, HUKUM DAN HIKMAH.
KARYA :DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI.
CETAKAN : PUSTAKA CAHAYA KASTURI (PCK).
TANDA HARGA : SEM. MALAYSIA RM 10.00 - SABAH/SARAWAK RM 12.00
Buku ini khatam pada hari Khamis waktu Malaysia 02.29 P.M tanggal 10 Dhul-Qadah 1446 bersamaan 08 Mei 2025 Masihi.
Rating : 8.0/10 ****