photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Friday, November 1, 2024

Filled Under:

TILAWAH DAN TAHSIN BACAAN AL- QURAN. (25/10/24)

Muslim adalah umat bertuah kerana dipilih oleh Allah S.W.T untuk dikurniakan nikmat iman dan islam. Selaku seorang muslim dan mukmin kita seharusnya menjadikan al-Quran sebagai satu – satunya dastur  atau perlembagaan hidup. Kita ada tanggungjawab terhadap al-Quran. Antara tanggungjawab tersebut ialah membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran. Perhatikan satu hadis baginda S.A.W :

عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:«مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لَا أَقُولُ {الم} حَرْفٌ، وَلَكِنْ {أَلِفٌ} حَرْفٌ، وَ{لَامٌ} حَرْفٌ، وَ{مِيمٌ} حَرْفٌ

[حسن] - [رواه الترمذي] - [سنن الترمذي - 2910]


Maksudnya : Daripada Abdullah bin Mas’ud Radiallahu anhu berkata : “ Rasulullah  bersabda: “ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

(Riwayat al-Tirmizi (2910).Beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan)

Begitu luar biasa balasan Allah S.W.T bagi orang yang membaca al-Quran kerana membaca al-Quran walaupun kita belum memahami ertinya tetapi ia tetap menjadi ibadah yang diberikan ganjaran pahala yang sangat hebat. Hal ini tak akan kita temui didalam agama manapun.

Persoalan yang timbul adalah berapa lama tempoh yang sebaiknya kita mengkhatamkan al-Quran? Itulah juga persoalan yang dinyatakan oleh sahabat Rasulullah  bernama Abdullah bin  Amr ibn al-As radiaallahu anhuma. Sahabat mulia anak dari sahabat yang mulia.

 Kata Abdullah bin Amr’ :

عن عبدِ اللَّهِ بنِ عمرٍو أنَّهُ قالَ: يا رسولَ اللَّهِ ! في كم أقرأُ القرآنَ؟ قالَ: في شَهرٍ. قالَ: إني أقوى من ذلِكَ يردِّدُ الْكلامَ أبو موسى وتناقصَهُ حتَّى قالَ: اقرأْهُ في سبعٍ. قالَ: إني أقوى من ذلِك. قالَ: لاَ يفقَهُ من قرأَهُ في أقلَّ من ثلاثٍ

( صحيح سنن أبي داود - 13559  )


Maksudnya : “ Wahai Rasulullah  ! dalam beberapa hari aku boleh mengkhatamkan al-Quran. Beliau menjawab, “dalam satu bulan”. “Abdullah menjawab, “aku masih mampu lebih dari itu.” Lalu dikurangkan hingga nabi  menyatakan, khatamlah dalam tempoh waktu seminggu.” “ Abdullah masih menjawab, “ aku masih mampu lebih dari itu. “ Nabi  lalu bersabda, “ tidaklah mampu memahami jika ada yang mengkhatamkan al-Quran kurang dari tiga hari ”.

Dalam riwayat lain yang menjelaskan bahawa proses “ Tawar Menawar ” ini berurutan dari satu bulan, lalu 20 hari, lalu 15 hari, lalu 10 hari, lalu 7 hari, dan terakhirnya 3 hari.

Lihatlah betapa hebatnya kesungguhan para sahabat Rasulullah  dalam berinteraksi dengan al-Quran. Benarlah ucapan Uthman bin Affan : “ Jika orang yang hatinya bersih maka tidak akan merasa cukup dalam membaca al-Quran ”.

Adapun Uthman sendiri dalam sebuah riwayat dikatakan hanya dalam sekali solat witir. Bahkan  para ulama seperti Imam Syafi’e mengkhatamkan al-Quran dua kali sehari dalam bulan Ramadhan. Jadi larangan dalam hadis itu adalah bagi orang yang dikhawatirkan tidak dapat memahami apa yang dibaca.


IKHWANIL MUSLIMIN !


Para Ulama menyatakan terdapat (3) tiga kadar kelajuan dalam membaca al-Quran :


1.  MUJAWWAD / MURATTAL :

-         Iaitu kadar bacaan lambat atau perlahan seperti yang dibaca para Qari secara bertarannum. 

2.   TADWIR :

-         Iaitu kadar kelajuan bacaan yang biasa atau sederhana seperti yang dibaca kaum muslimin pada umumnya didalam solat dan sebagainya. 

3.     Hadar :

-         Iaitu cara bacaan paling cepat tetapi tetap menjaga hukum tajwid. Ini biasanya hanya dilakukan oleh penghafal al-Quran ketika mengulang hafalannya dan orang yang sangat biasa membaca al-Quran. 


Agar bacaan kita bernilai ibadah, maka kita hendaklah membaca al-Quran dengan kelajuan yang kita dapat mentadabbur bacaan tersebut dan menjaga – menjaga hukum – hakam tajwid kerana yang melanggar hukum hakam tajwid dibimbangi mengandungi dosa.

IKHWANIL MUSLIMIN !

Semasa membaca al-Quran, kita disuruh memperindahkan tilawah dengan suara kita. Disana terdapat irama – irama dalam bacaan al –Quran seperti Bayyati, Nahwand,  Jiharkah, Rast, Hijjaz, Sikah dan lain-lain. Rasulullah  memerintahkan :

عن البراء بن عازب رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «زَيِّنُوا القرآنَ بأصواتِكم».

[صحيح] - [رواه أبو داود والنسائي وابن ماجه وأحمد]

 

Maksudnya : “ Memperelokkanlah suara bacaan al-Quran Kalian.”

(Riwayat Abu Daud dan An-Nasai’e.)

 

Bahkan Baginda  mengancam :

«ليس منا من لم يَتَغَنَّ بالقرآنِ»

(المصدرصحيح الجامع)


Maksudnya : “ Sesiapa yang tidak memperindahkan suaranya ketika membaca al-Quran, maka dia bukan dari golongan kami ”.

( Riwayat Abu Daud dan Ahmad ).

 Namun demikian, Nabi  juga melarang membaca al-Quran dengan suara dan alunan yang menyerupai ahli muzik.

Sabda Rasulullah  :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ( اقْرَءُوا الْقُرْآنَ بِلُحُونِ الْعَرَبِ وأَصْوَاتِها، وَإِيَّاكُمْ ولُحُونَ أَهْلِ الْكِتَابَيْنِ، وَأَهْلِ الْفسقِ، فَإِنَّهُ سَيَجِيءُ بَعْدِي قَوْمٌ يُرَجِّعُونَ بِالْقُرْآنِ تَرْجِيعَ الْغِنَاءِ وَالرَّهْبَانِيَّةِ وَالنَّوْحِ، لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ، مفتونةٌ قُلُوبُهُمْ، وقلوبُ مَنْ يُعْجِبُهُمْ شَأْنُهُمْ )


Maksudnya : “ Bacalah al-Quran dengan irama dan suara orang arab. Jauhilah oleh kalian irama – irama ahli fasiq dan dosa – dosa besar. Kerana akan datang setelahku kaum – kaum yang melagukan al-Quran seperti nyanyian, alunan gereja dan ratapan –ratapan. Bacaan mereka tidak sampai ke kerongkongan mereka ( tidak masuk kedalam hati ), hati mereka terkena fitnah ( kesesatan ), demikianlah pula hati orang yang takjub dengan mereka.






 

 

 


0 comments:

Post a Comment

 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.