Saturday, May 31, 2025

QIAMULLAIL & SOLAT TAHAJJUD : FADHILAT, HUKUM DAN HIKMAH - KARYA DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI.

 
Siapa yang mahu berbicara dengan Tuhan hendaklah dia menunaikan solat dan siapa yang mahu Allah berbicara dengannya hendaklah dia membaca al-Quran kerana al-Quran adalah kalamullah. Solat merupakan tali hubungan antara hamba dengan Tuhannya kerana ibadah solat secara langsung berlaku interaksi antara kedua-duanya.

Allah menjelaskan beberapa kriteria orang yang benar-benar beriman iaitu orang yang sedikit tidurnya untuk memperutukkan malamnya demi beribadah kepada Allah . Mereka berdoa dengan penuh pengharapan mendapatkan keredhaa-Nya dan membelanjakan nikmat material yang diberikan kepada mereka ke jalan Allah .

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.


Qiamullail dalam istilah fuqaha memberi maksud menunaikan sebahagian waktu malam dengan solat dan amal ibadah yang lain walaupun sedikit. Ada pendapat menyatakan membaca al-Quran atau mendengar hadis dan termasuk juga bertasbih serta solat.

Qiamullail ialah solat malam yang dinamakan tahajjud yang dilakukan selepas tidur. Ini kerana perkataan tahajjud bererti meninggalkan tidur. Al- Azhari berkata: “ Yang Makruf bagi percakapan orang arab bahawa Hajid memberi maksud yang tidur dan Mutahajjid pula seorang yang bangkit dari tidur untuk solat.”

Solat tahajjud ialah solat yang dilakukan pada waktu malam selepas isya’ setelah bangun dari tidur. Ia juga dinamakan Qiamullai. Inilah juga pendapat al-Qadhi Husin di kalangan Mazhab Syafie. Berdasarkan kepada definisi diatas maka dapat difahami bahawa qiamullai lebih umum daripada tahajjud.

Semua ulama’ sepakat bahawa solat qiamullai atau tahajjud hukumnya sunat muakkad. Walaupun begitu, para ulama’ dan solihin menitik beratkannya dan tidak meninggalkannya kerana kelebihan dan fadhilat qiamullai teramat banyak.

Pendapat daripada al-Mausu’ah al- Feqhiyah menyebut:

v Sepakat fuqaha tentang pensyariatan qiamullai dimana mereka menggunakan beberapa istilah yang memberi makna galakan.

 

·        Sunat disisi Mazhab Hanafi dan Hanbali.

·        Mandub ( Sunat ) disisi Mazhab Maliki.

·        Mustahab ( Sunat ) disisi Mazhab Syafie.

 

v Ulama khilaf berkenaan dengan kefardhuan atas Nabi seperti yang dibincangkan para ulama’.

 Syariat mengalakkan umatnya melakukan ibadah qiamullai bersandarkan dalil – dalil dan nas- nas yang sepatutnya menjadi amalan setiap individu muslim.


(1) Surah Al-Muzzammil 1 - 5.

 (1)  Wahai orang yang berselimut!. 

(2) Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), 

(3) Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

(4) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

(5) (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).


2) Surah Al- Isra' Ayat - 79.



 3) Surah Adz- Dzaariyaat Ayat - 17.

   


 4) Surah al-Furqan Ayat 64-65. 



 5) Surah Al-Insan Ayat 26.


 6) Surah Al-Fath Ayat 29.


Begitulah tazkirah dan peringatan dari Allah S.W.T kepada hambanya, semoga dalil kalamullah ini menjadi pedoman dan galakan untuk kita. Selain daripada beberapa dalil nas al-Quran terdapat juga beberapa contoh berdasarkan hadis Nabi S.A.W, antaranya adalah seperti berikut :


1) Hadis Pertama :



Maksudnya : Tidaklah bagi seorang Muslim yang tidur malam dengan mengingati Allah dalam keadaan berwuduk, kemudian bangun daripada tidur dan meminta kepada Allah dengan kebaikan dunia dan akhirat kecuali Allah akan memperkenankannya.


2) Hadis Kedua :


Maksudnya : Tiadalah bagi seseorang yang ( menjadi kebiasaannnya) solat malam, ( akan tetapi ) dia tertidur kecuali Allah S.W.t tetap akan menulis pahala solatnya itu dan tidurnya akan menjadi sedekah baginya.


3) Hadis Ketiga :


Maksudnya : Sesungguhnya Abdullah bin Umar itu ialah seorang lelaki yang soleh jika sekiranya ia memperbanyakkan solat pada waktu malam.


4) Hadis Keempat :

Abu Walid al- Baji, seorang ulama' mazhab Maliki berkata, "tidak dikira keatasnya (sebagai satu dosa ) dan tetap ditulis ganjaran pahala orang yang sembahyang."

Diriwayatkan daripada Ubadah bin al-Somit daripada Nabi S.A.W bersabda bermaksud, "sesiapa yang bangun malam dan berkata:



Kemudian dia berkata lagi  " ربِّ اغفِرْ لي "  berdoa dengan sebarang doa maka akan diperkenankan doanya. Dan juga apabila dia mengambil wuduk dan solat akan diterima solatnya.











BUKU : 
QIAMULLAIL & SOLAT TAHAJJUD : FADHILAT, HUKUM DAN HIKMAH.

KARYA :DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI.

CETAKAN : PUSTAKA CAHAYA KASTURI (PCK).

TANDA HARGA : SEM. MALAYSIA RM 10.00 - SABAH/SARAWAK RM 12.00

Buku ini khatam pada hari Khamis waktu Malaysia 02.29 P.M tanggal 10 Dhul-Qadah 1446 bersamaan 08 Mei 2025 Masihi.


Rating : 8.0/10 ****






 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.