Kepenatan dalam mengharungi keseronokan amat memuaskan,
walaupun dalam keadaan berhabis duit untuk mengecapi perjalanan pelancongan
yang terbaik ke selatan Thailand dengan hanya menggunakan perkhidmatan bas
melepasi dan mengharungi sempadan untuk sampai ke destinasi. Destinasi yang
dinantikan dapat dijimatkan dengan menggunakan perkhidmatan awam hanya dengan menyewa
bas berbanding menggunakan perkhidmatan penerbangan. Tidak dinafikan juga ada
masa tertentu, dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan dapat menjimatkan
masa dan duit dengan membooking tiket
itu dengan lebih awal.
Pihak kami menyewa bas untuk ke Selatan Thailand dengan bas
yang ditumpangi oleh penumpang seramai 50 orang termasuk kanak – kanak, dewasa,
pemandu bas, dan Tour Guide yang berpengalaman (orang tempatan). Keadaaan bas
dua tingkat yang selesa dengan dilengkapi kemudahan yang diperlukan ketika
perjalanan seperti kerusi secara individu , dan berdua yang sesetengahnya
dilengkapi dengan meja. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kemudahan seperti
LCD Television Microphone berserta
sistem audio yang memuaskan untuk digunakan dalam perjalanan ke destinasi.
Dalam perjalanan yang panjang ini Wifi juga di sediakan bagi
memudahkan penumpang melayari Internet untuk berhubung dengan Keluarga, Rakan –
Rakan dan sebagainya melalui media chat sosial ketika menempuh perjalalanan dari
satu destinasi ke destinasi yang lain dengan menikmati perjalanan tanpa
perasaan yang membosankan.
Hari Pertama,
Bermula perjalanan kami dari Nilam Puri, Kota Bharu ke Rantau
Panjang ( Imegresen Sempadan Malaysia – Thai ). Setibanya kami disitu, kami
terus turun untuk settlekan urusan cop mengecop passport bagi keluar daripada
Malaysia, untuk passport ado dua kaedah yang digunakan iaitu Passport Individu
dan Passport berkumpulan. Tempoh hayat passport Individu buat masa sekarang
adalah 5 tahun manakala passport grouping hayatnya hanya sekali penggunaan.
Selepas selesainya urusan pendaftaran keluar Malaysia kami terus ke Imegresen
Thailand bagi mendaftar masuk ke Negara itu, Bas kami di letakkan di permulaan
pintu masuk sempadan Thailand. Seterusnya setelah selesainya pendaftaran masuk
ke Thailand kami mengambil barang – barang kami dari perut bas untuk disalin
kedalam bonet bas sewa Thailand yang sedang menunggu kami di pintu keluar
sempadan dalam perkarangan Imegresen Thailand. Seusai semua urusan disempadan
bertolak kami semua ke Hatyai dengan melalui beberapa Wilayah bergolak dari
Sungai Kolok – Pattani – Songkhla, di setiap lebih kurang 5KM perjalanan kami
di Wilayah ini akan ada pos – pos Askar Thailand yang menjaga keselamatan Wilayah
Selatan ini. Pemandangan didalam Wilayah ini mempunyai pantai – pantai yang
cantik dengan laut muda kebiruan.
Setelah beberapa jam perjalanan berakhirnya Pos Kawalan
Keselamatan Thailand dan kami sampai di Songkhla yang merupakan salah satu
Negeri yang menarik untuk di lawati. Sampainya disitu kami terus mencari kedai
makan bagi mengisi perut yang kosong dengan hidangan yang menyelerakan dan
murah, setelah kenyang kami meneruskan perjalanan ke Southern Folklore Museum -
An Island Home To Fisheries and Aquaculture – Ko Yo (Songkhla Province), Muzium
ini mempamerkan kehidupan masyarakat setempat yang berdekatan dengan Songkhla,
iaitu mengenai kehidupan Nelayan dan budaya masyarakat Thailand, dan lebih
menarik ketika berada di dalam Muzium kita dapat lihat Nature Scene kehidupan
masyarakat Nelayan melalui cermin kaca yang mana Muzium ini dibina atas bukit
berhadapan dengan perkampungan nelayan tersebut. Selama sejam kami menghabiskan
masa menghayati tradisi kehidupan Nelayan dan kebudayaan masyarakat Thailand.
Selepas itu, kami berkumpul semula di hadapan perkarangan
Muzium bagi meneruskan perjalanan ke Masjid Besar Songhkla (Central Mosque Of
Songkhla) untuk Solat Jama’ Qasar. Masjid yang mempunyai dua menara tersergam
indah ini mempunyai binaan yang unit dan menarik menggambarkan kekukuhan orang
islam di wilayah Songkhla ini, Masjid tiga tingkat yang unik senibinanya ini mempunyai pelbagai kemudahan dan
pemandangan air terjun berserta Kolam – Kolam seperti tasik mendamaikan
suasana.
Setelah selesai melakukan Solat Jama’ dan Qasar kami
meneruskan perjalanan ke Hatyai, setelah beberapa waktu perjalanan malam
menjelma akhirnya kami sampai ke Asean Plaza – Asean Night Bazaar, disini
sebelum kami menjengah ke tempat yang menarik lain kami mencari gerai – gerai
makanan untuk mengisi perut, disini tidak susah mencari makanan halal kerana kita dapat mengecam orang – orang islam yang
bertaburan berniaga di Night Bazaar ini. Seusai mengisi perut kami berjalan ke
kawasan sekitar menghayati suasana Hatyai City. Di Night Bazaar banyak menjual
pelbagai jenis barangan dan pakaian dengan harga berpatutan yang merambangkan
mata para pengunjungnya. Selain itu, kami juga sempat mengunjungi sebuah Mall
di Hatyai iaitu Central Festival Hatyai. Sekian lama berjalan menyelusuri
Central Festival Hatyai, Hatyai Night Bazaar dan persekitarannya kami berkumpul
untuk menaiki bas ke Hotel bagi merehatkan badan yang penat seharian perjalanan
mengunjungi tempat – tempat yang menarik. Hotel yang selesa dan mempunyai TV
yang mempersonakan, nada gurauan. haha
Sweet Dream.
LENSA | The Bus
Kedai Makan Tengahari, Songkhla.
LENSA | Southern Folklore Museum - An Island Home To Fisheries and Aquaculture – Ko Yo (Songkhla Province)
0 comments:
Post a Comment