photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Monday, February 20, 2017

Filled Under:

16 TIPS UNTUK MENGHILANGKAN " BELLY FAT ".

Belly-fat

1. Apakah yang dikatakan sebagai " Belly Fat " ?

+ Belly Fat adalah lemak yang terkumpul di bahagian pinggan dan perut, terbinanya lemak Belly Fat ini terdiri daripada beberapa faktor antaranya.

1. Terbina daripada lebihan kalori yang diambil dalam makanan seharian.

2. Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi juga  menyebabkan terbina lemak Belly-Fat di bahagian perut dan pinggang.

3. Makanan Fast Food juga merupakan antara sumbangan yang terbesar terbinanya lemak yang        meliputi bahagian pinggang dan perut yang dinamakan sebagai Belly-Fat.

Belly Fat - Lemak yang meliputi bahagian pinggang dan perut.


2. Bagaimanakah Cara Untuk Menghilangkan Lemak Di Bahagian Pinggang Dan Perut yang dikenali sebagai " Belly-Fat " ?

+ Untuk menghilangkan lemak di bahagian perut terdapat beberapa cara yang efektif memerlukan semangat yang kental serta istiqamah dalam melaksanakannya.

Disini Mat berikan 16 Tips untuk menghilangkan lemak yang mendampingi perut dan pinggang.


1. Sarapan Pagi.

- Jangan sesekali  " skip " sarapan pagi kerana ianya merupakan sumber tenaga kepada manusia yang memberikan kekuatan dalam melaksanakan tugasan harian. Sarapan pagi digalakkan dengan mengambil makanan dan minuman yang berkhasiat seperti tea hijau suam, susu dan yogurt rendah lemak, buah - buahan, roti wheat meal , almond, madu dan sebagainya.


2. PemakananYang Rendah Kalori dan Rendah Lemak.

 Less Calories = Less Fat.

- Pengambilan makanan yang rendah kalori dan lemak adalah langkah yang baik untuk mengurangkan masalah lemak dipinggang dan perut " Belly-Fat ". Amalkan makanan yang seimbang yang dimasak secara rebus dalam diet anda serta elakkan pengambilan makanan manis yang mengandungi kandungan gula yang tinggi kaya dengan lemak dan makanan yang bergoreng,


3. Penyahhidratan Atau Dehidrasi.

Penyahhidratan atau dehidrasi (hipohidrasi) ialah kehilangan berlebihan bagi air badan, bertemankan gangguan proses metabolisme badan. Untuk mengatasi masalah ini anda perlu mengamalkan pengambilan air putih atau minuman yang bebas kalori.


4. Elakkan Pengambilan Alkohol.

- Di dalam Islam pengambilan alkohol dalam minuman adalah diharamkan. Minuman yang mengandungi alkohol tidak baik untuk kesihatan bahkan banyak memberikan mudharat kepada sistem imunisasi tubuh manusia. Selain itu, minuman yang mengandungi alkohol tinggi juga nilai kalorinya. Oleh itu, disarankan supaya elakkan pengambilan alkohol dalam minuman.


Seterusnya anda boleh membuat rujukan berdasarkan gambar di bawah ini yang menerangkan lebih  terperinci mengenai 16 Tips " Bagaimana untuk menghilangkan lemak tepu di bahagian perut dan pinggang yang dikenali sebagai " Belly-Fat ".


Sumber Asal : www.curejoy.com























0 comments:

Post a Comment

 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.