Hari Terakhir,
Alhamdulillah, setelah beberapa hari berada di bumi gajah
putih ini, kami checkout hotel dan bertolak balik ke Tanah Melayu (Kelantan).
Dalam perjalanan balik kami sempat singgah di beberapa venue membeli
cenderahati untuk dibawa pulang buat keluarga tercinta. Permulaan tempat yang
dituju membeli souvenir adalah di sebuah kawasan yang menjual kepelbagaian barangan hasil kraf tangan yang cantik, baju - baju , keychain yang menarik dan
aneka barangan lain lagi. Kawasan yang yang dikunjungi ini mempuyai beberapa deretan kedai yang berhadapan pantai ini
dinamakan dengan 75 Million Years Gastropod Fossil Krabi Thailand.
Dinamakan dengan sedemikian agak kurang pasti sempena apa,
mungkin sempena fossil yang berusia 75 Juta tahun. Sebelum terlupa antara kedai
yang murah dan berpatutan yang kami pergi dalam kawasan ini adalah Certificate
Of Gaurant. Kedai dua pintu yang besar dengan kepelbagaian barang, harga baju
mengikut size manakala barangan lain mengikut berdasarkan kualiti dan kuantiti yang anda mahukan. Membeli
dengan kuantiti yang banyak kebiasaannya akan diberikan diskaun dengan harga borong.
Seterusnya kami bertolak ke sebuah pasaraya yang menjual
brangan berasaskan makanan daripada tepung termasuk makanan ringan, kuih muih,
kek dan sebagainya. Antara yang menjadi tarikan pengunjung disini ialah Kek
Lapis berkualiti yang mana padanya tidak
diletakkan bahan kimia ( pengawet) untuk tahan lama tempoh kulat naik dan luput. Kami diberi penerangan
daripada salah seorang promoter bahawa kek yang kebanyakan berada dalam kedai
mereka hanya bertahan dalam lingkungan 3 hari dan jika diletakkan dalam peti sejuk
kebiasaanya akan bertahan selama lima hari.
Setelah selesai membeli belah dalam pasaraya ini, kami semua
berkumpul dan meneruskan perjalanan ke kedai makan yang mana jaraknya tidaklah terlalu jauh dari situ untuk makan tenghari disamping menunaikan solat jama’
fardhu zohor dan asar. Sesudah itu, kami semua bertolak balik ke Imegresen
Sungai Golok yang berdekatan dengan Imegresen rantau panjang. Perjalan balik kami
mengambil masa yang agak panjang dalam lingkungan 5 jam keatas untuk sampai
disana. Kami sampai disini pada malamnya dalam lingkungan 1 jam sebelum pintu sempadan ditutup.
Setelah selesai Cop Keluar Thailand dan Cop masuk Malaysia kami menaiki bas
yang telah sedia menunggu di Malaysia menuju ke Masjid dalam kawasan Rantau
Panjang untuk menunaikan solat jama’
sebelum bertolak pulang ke Kota Bharu untuk balik ke teratak masing – masing.
Alhamdulillah selamat semuanya, syukur ke hadrat ilahi yang menjaga kami sepanjang
perjalanan di Negara Asing. Terima Kasih semua diatas penganjuran perjalanan ini dan mohon
maaf diatas seberang kekhilafan yang terjadi samada dalam kedaaan jali ataupun
khafi. Sekian… rugi sapa tak pergi, pengalaman yang agak menyeronokkan. ;-)
Kos Berkaitan :
Kos Pengangkutan dan Penginapan 3 hotel yang berlainan : RM
300
Pilih Salah Satu Kaedah :
Passport Grouping : RM 20 satu Kepala ( Sekali Guna )
Passport Individu : RM 200 ( 5 tahun ).
Southern Folklore Museum dan Lawatan ke Pulau Batu Kapur (
Krabi ) : Sekitar 85 Bath (RM 10)
Pengangkutan Ke Empat Pulau dan Aktiviti Snorkelling : 750
Bath ( RM 85)
- Nilai RM ke Bath mengikut
pertukaran semasa.
- Kos Makanan dan Shopping
Sakan ditanggung oleh peserta sendiri.
LENSA | 75 Million Years Gastropod Fossil Krabi Thailand.
0 comments:
Post a Comment