Seperti kebiasaaan, sebelum bertolak ke mana – mana
destinasi yang menjadi rutin permulaan adalah mencari pengalas perut bersarapan
sebelum memulakan perjalanan, after that kami checkout hotel dan terus mengisi
bagasi yang dibawa kedalam perut bas, destinasi kami pada hari ketiga adalah
menuju ke sebuah masjid yang tersergam indah dengan binaanya, Masjid unik
diberi nama Central Mosque Krabi
Province yang dibina ditengah Bandar yang berdekatan dengan persisiran pantai.
Masjid ini bukah sahaja gah pada binaanya malah dapat
dilihat dengan lebih ketara sekali adalah sistem yang digunakan dalam Organisasi Masjid
ini sangat sistematik dan mempunyai pelbagai kemudahan yang memudahkan
masyarakat setempat dan pelawat yang datang ke Masjid ini. Pihak kami dilayan dengan mesra oleh
Imam dan AJK Masjid yang peramah didalam sebuah dewan meyuarat yang dipenuhi
dengan pelbagai kemudahan penghawa dingin, layar presenstation dan audio sistem
yang dilengkapi dengan Mic pada setiap lingkaran meja mesyuarat.
Selepas memasuki dan berada dalam Dewan Masjid ini maka
berlakulah sesi suai kenal pihak kami bersama dengan Pihak AJK Masjid yang
dipengerusi oleh Imam Masjid itu sendiri yang diterjemahkan kepada Bahasa
Melayu daripada Bahasa Thai oleh pembantu Imam kerana Ketua Imam tidak fasih
bertutur dalam berbahasa Melayu tetapi ia memahami makna bahasa Melayu kerana
Imam itu juga adalah berbangsa melayu yang tinggal di Wilayah Selatan Thailand
Krabi.
Boleh dikatakan masyarakat melayu yang tinggal disini
majoritinya tidak dapat bertutur dalam bahasa melayu kerana mereka menggunakan
bahasa ibunda Thai dari kecil lagi iaitu diperingkat sekolah rendah melainkan
individu yang datang dari tiga wilayah selatan Thailand yang bermaustatin ke
Wilayah Krabi ini. Menurut penjelasan Tuan Imam ketika sesi temubual yang
diadakan, separuh bahagian masyarakat yang tinggal di Wilayah Krabi adalah
masyarakat Muslim dengan dinisbahkan dengan 50%. Oleh Hal yang demikian bagi
menampung bilangan orang muslim yang tinggal di Wilayah ini telah didirikan pada
wilayah ini sebanyak 230 buah masjid.
Selain itu, Tuan Imam juga menjelaskan kepada kami mengenai
asal usul nama Krabi. Asal usul nama Krabi ada tiga pendapat menurut Tuan Imam.
Pendapat pertama mengatakan nama Krabi ini datangnya dari sebuah Pohon Kelubi,
pendapat kedua mengatakan dari Krab Bi yang bermakna pedang manakala pendapat
ketiga mengatakan daripada Kera. Walaubagaimanapun itu adalah mitos mengenai
kewujudan asal usul nama Krabi ini.
Menurut Tuan Imam lagi, Wilayah Krabi ini berada didalam
sekitar Lautan Andaman yang mempunyai
banyak pulau – pulau yang berada disekelilingnya. Disini juga menurut Tuan Imam agak mudah untuk
mendapatkan makanan yang halal kerana masyarakat disini 200k lebih adalah
beragama islam yang kebanyakan penempatan mereka adalah diatas pulau – pulau
didalam wilayah krabi. Majoriti Masyarakat islam yang tinggal diatas pulau itu
adalah berbangsa Melayu.
Wilayah Krabi ini juga merupakan antara wilayah yang
terbanyak mendirikan sekolah menggunakan sistem pengajian islam selepas tiga
wilayah selatan Thailand. Krabi mempunyai sekolah yang menggunakan sistem Islam
sebanyak 23 buah dan 4 daripadanya sekolah yang besar. Walaupun Negara Thailand
bukan Negara islam, Kerajaan Thailand tidak menghalang masyarakat disini untuk
bergerak maju ke depan dengan berdikari sendiri. Secara keseluruhan kemudahan
yang didirikan di Wilayah Krabi ini adalah keringat anak watan dan masyarakat
muslim dengan pelbagai latar belakang pekerjaan tanpa bantuan kewangan kerajaan
Thailand.
Majoriti Masyarakat disini pekerjaan mereka dalam mencari
rezeki adalah nelayan, bekerja ladang
getah , ladang sawit, pelaut dan menceburi dalam bidang pelancongan. Walaupun,
pekerjaan pendapatan harian mereka tidak menentu, masyarakat disini mampu
bersatu dan berganding bahu membina masjid – masjid dan sekolah – sekolah serta
beberapa kemudahan lain dengan keringat titik peluh mereka sendiri. Untuk pengetahuan
semua gaji guru – guru sekolah adalah bergantung daripada sumbangan masyarakat
yang setempat dan tidak menentu. Masjid – masjid mereka juga mendapat bantuan
dari Islamci Organizatin daripada luar Negara seperti Malaysia, Singapura dan
Brunei.
Menurut Imam lagi, Wilayah ini juga mengadakan Majlis Maulid
terbesar setiap tahun selama 5 malam di Wilayah Krabi yang pernah juga dihadiri
oleh kepimpinan politik Malaysia iaitu mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad. Akhir kalam sesi suai kenal ini Imam meminta wakil daripada kami untuk
membaca ayat al – Quran sebelum majlis diakhiri. Masjid juga menyediakan tabung
derma kepada sesiapa yang mahu menderma ketika keluar selepas selesai mengamin
doa penutup majlis.Pihak kami juga disediakan dengan pelbagai hidangan
masyarakat setempat selepas keluar daripada Dewan Mesyuarat. Setelah kenyang
mnjamu selera dengan hidangan yang diberikan kami semua berkumpul bergambar
sebelum menuju ke hotel yang seterusnya check in berehat untuk aktiviti yang
seterusnya pada tengahari dan petang nanti.
Setelah seketika berehat dihotel untuk merehatkan badan,
selepas solat zohor kami semua berkumpul di perkarangan hotel menunggu
kedatangan pacuan empat roda menuju ke pantai. Menaiki pacuan empat roda ini
amat mencabar kerana penumpangkan akan dimuatkan semuat – muatnya. Bayangkan 2
buah pacuan empat roda dimuatkan hampir 40 orang yang duduk berhimpit di dalam
dan dikontena bonet pacuan roda ini.
Nisbah muatan 10 didalam 10 diluar. Pengalaman yang menyeronokkan dan menyeramkan.
Selepas beberapa minit sampai dipantai kami terus ke jeti menunggu kedatangan
tekong bot yang akan membawa kami ke pulau – pulau yang berdekatan dalam
sekitar Wilayah Krabi. Bayaran yang dikenakan keatas seorang adalah 750 Bath
sekitar RM 75 seorang. Bayaran ini termasuk pengangkutan ke 4 Buah pulau,
makanan dan minuman, Snorkelling dan sebagainya.
Tempoh perjalanan dari jeti ke pulau pertama ( Chiken Island
) sekitar 30 minit hingga 45 minit untuk
sampai persisiran pantai dengan menaiki bot. Disini kami diberi masa selama 1
jam untuk beriadah diatas pulau ini, diatasnya terdapat taman Negara ditas
pulau ini yang disediakan kepada sesiapa yang ingin dengan mengenakan bayaran
berpatutan. Kami semua tidak sempat pergi ke Taman Negara ini ekoran masa yang
tidak mencukupi, Sekitar Chicken Island
tidak sempat untuk kami mengelilingi semua apatah lagi ke Taman Negara.
Selepas itu, kami berkumpul ditempat bot kami melabuhkan
sauh tadi untuk menuju ke pulau yang kedua. Jarak ke pulau kedua tidak jauh
lebih kurang dalam 15 minit sahaja iait Hoping Island. Kali ini kami tidak
turun ke pulau tetapi berlabuh diantara pulau kedua dan ketiga untuk aktiviti
sukan air iaitu Snorkelling. Kami dibekalkan dengan dengan jaket keselamatan
dan beberapa keping roti untuk diberikan kepada ikan ketika melakukan aktiviti
ini. Aktiviti Snorkelling ini amat
menarik kerana kami dapat melihat kehidupan laut dengan lebih dekat. Kami
berada disini lebih kurang dalam 45 minit. Antara kenangan yang tidak boleh
dilupakan disini ialah terpijak landak laut. Landak tidaklah berbisa tetapi
agak menyakitkan juga.
Seterusnya, setelah selesai aktiviti snorkelling kami menuju
ke Poda Island yang mempunyai pandangan gunung batu kapur dan persisiran pantai
yang menarik. Setelah sampai disini tekong mengubati peserta yang terpijak
Landak Laut dengan menggunakan cuka dan mengetuk duri yang masuk kedalam tapak
kaki dengan batu sambil disirami cuka. Kaedah perubatan yang digunakan adalah
kaedah perubatan masyarakat tradisional disini. Selepas seketika, kami semua
menuju kembali melakukan aktiviti masing – masing, ada yang mandi pantai,
bersuka ria dan mengambil gambar kenang kenangan. Setelah hari semakin senja
dan laut mula pasang kami semua bersiap untuk bertolak pulang ke jeti.
Perjalanan pulang kami agak mencabar dengan lambungan ombak yang kuat akibat air pasang. Perjalanan bot dari pulau
ke jeti mengambil masa lebih kurang 45 minit, kami sampai ketika senja dimana
matahari hampir membenam. Setelah sampai ke jeti kami terus ke parking kereta
untuk menaiki pancuan emapt roda untuk kembali semula ke tempat penginapan.
Selepas Solat Jama’ Maghrib dan Isyak kami turun mencari
makanan untuk makanan malam di Kedai makan berhampiran. Kedai ini menggunakan
konsep makan apa sahaja dengan kadar 80 bath, walaupun segelas air kosong dan
sebiji telur. Boleh dikatakan kedai ini agak mahal dengan hidangan yang tidak
mencukupi berbanding dengan kedai serbaneka Seven Eleven yang berdekatan.
Setelah kenyang menjamu selera makan malam kami kembali ke hotel bersiap ke Bandar
Aonang bersiar – siap sambil mencari cenderamata untuk dibawa pulang. Boleh
dikatakan barangan disini agak mahal berbanding tempat lain. Disini kebanyakan
daripada kami membeli baju dengan title “ I love Krabi “ dengan harga sekitar
18 – 22 untuk long sleeve dan untuk short sleeve sekitar 12 – 16 bergantung
kepada size yang dibeli. Hampir satu jam kami mengelilingi kawasan ini kami
semua berkumpul ditempat perhentian bas untuk menuju pulang ke hotel dalam
kedaan hujan yang renyai – renyai. Setelah sampai ke hotel masing – masing
terus ke bilik untuk merehatkan diri menghadapi perjalanan hari esok. Sweet
Dream.
LENSA | CENTRAL MOSQUE OF KRABI
LENSA | ANDAMAN ISLANDS, SNORKELLING.
0 comments:
Post a Comment