photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Sunday, May 29, 2016

Filled Under:

TRAVEL | TRIP KE KRABI FIRST EDITION : ANDAMAN


Hari Kedua,

Keesokan paginya, kami mengemas barangan kami dan checkout hotel untuk meneruskan perjalanan yang seterusnya. Sebelum itu, kami sempat singgah ke Kedai Makan untuk bersarapan pagi utuk mengisi kekosongan dalam menghadapi  perjalanan yang panjang ke Krabi. Perjalan ke Krabi mesti melintasi beberapa tempat seperti Songhkla dan Trang. Setelah beberapa jam perjalanan yang panjang akhirnya kami sampai ke sempadan Trang – Krabi. Disini disediakan oleh pihak pelancongan Thailand sebuah tempat rekreasi berserta tempat rawat dan rehat dengan pemandangan dan binaan patung gajah yang menarik untuk dijadikan kenangan yang diabadikan dalam filem gambar. Tempat ini diberi nama, Trang Andaman Gateway.

Selepas beberapa seketika kami disini kami meneruskan perjalanan ke Bandar Andaman Trang menuju ke Muzium Andaman yang diberi nama, Andaman Beads Museum. Muzium ini banyak mempamerkan kesenian permata dan  kesenian karya hasil daripada tangan anak jati Thailand yang sekarang dan yang terdahulu padanya dilakarkan kembali dalam Muzium ini. Selain itu, ia juga mempamerkan kepada umum hasil seni lukisan karya pelukis - pelukis terkenal Thailand. Muzium ini amat menarik untuk dilawati oleh peminat batu permata dan pencinta karya seni lukisan.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke hotel (Check in) Krabi Orchid Travel and Tour   berdekatan dengan muzium untuk menyegarkan diri yang penat sepanjang perjalanan hari ini dan merehatkan badan sebelum meneruskan destinasi seterusnya. Setelah mendapatkan rehat yang secukupnya kami keluar bersantai di perkarangan hotel didalam Bandar dan menuju ke jeti untuk menaiki bot melihat pemandangan sekitar persisiran pantai dan melawat pulau yang diatasnya terdapat Gua Batu kapur yang mana  kawasan sekitarnya dipenuhi dengan Hutan Paya Bakau. Gua Batu Kapur itu merupakan peninggalan yang terdahulu dimana padanya dibina tangga batu yang tinggi untuk memasuki gua tersebut. Didalam gua yang penuh dengan aroma najis kelawar tersebut terdapat beberapa patung Askar Jepun yang mengambarkan mereka sedang berteduh didalam gua itu. Sukar difahami kerana penjelasan yang ditulis bahasa thai dan keterangan yang diberikan adalah andaian semata – mata. Setelah puas menghayati persekitaran pulau itu kami meneruskan kembali ke Jeti menaiki bot ke Restoran terapung yang jaraknya beberapa minit daripada pulau tersebut. 

Restoran terapung tersebut menyediakan makanan laut yang segar yang dipelihara dalam pukat sangkar yang berada diperkarangan restoran tersebut. Malangnya kami tidak berpeluang menjamu di Restoran tersebut dek kerana ramai yang pengunjung yang mengerumuni restoran terapung tersebut. Oleh itu, kami semua mengambil keputusan untuk balik ke jeti utama setelah sekian lama berada didalam bot. Sesampainya di jeti,  sebelum kami pulang ke hotel kami sempat singgah ke Pasar Malam yang berdekatannya untuk mencari makanan untuk makan malam. Alhamdulillah, disini tidak susah mencari makanan yang halal kerana kita dapat membezakan yang mana peniaga muslim dan non – muslim.

Setelah usai membeli makanan untuk makan malam kami kembali ke hotel untuk menjamu pelbagai hidangan yang dibeli dari pasar malam tadi di bilik hotel. Selepas makan malam kami bersiap kendiri dan solat jama’ qasar sebelum berehat menutup mata  untuk  meneruskan keringat perjalanan yang seterusnya pada keesokan harinya.

LENSA | Border Songkhla - Trang Andaman Gateway.
















LENSA |  Andaman Beads Museum.
















LENSA | Pulau Gua Kapur Dan Restoran Terapung
































LENSA | Sekitar Perkarangan Bandar dan Pasar Malam Berdekatan Hotel









0 comments:

Post a Comment

 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.