photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Saturday, April 23, 2016

Filled Under:

Nota Bisnes ( First Learn And Then Earn ) Series : 04



Usahawan Generasi Pertama

Menurut Tuan Zulnaidi Yaacob penulis Buku " 12 Strategi Elak Bisnes Gagal " cetakan syarikat penerbitan Mustread Sdn Bhd. Usahawan Generasi Pertama adalah sekiranya Ibubapa, Datuk, Nenek mahupun jalur keturunan sebelum ini hanyalah merupakan seorang petani , buruh, kakitangan sektor awam ataupun kakitangan sektor swasta. Jika adapun dalam keluarga anda menceburi perniagaan, ianya hanyalah sekadar bersifat kecil - kecilan dan kurang sistematik seperti penjaja ikan, penjaja kain, pengusaha gerai pasar malam dan sebagainya.

Usahawan generasi pertama mempunyai pelbagai bentuk halangan dan cabaran yang perlu harungi dengan kental jismani dan rohani mental fizikal. Antara Tips sedikit sebanyak yang diketengahkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini dalam mengusahakan perniagaan yang dikembangkan.Walaupun begitu, dalam bidang keusahawanan tidak dapat lari dari kerugiaan dan kentungan tetapi kita boleh meminoritikan kesan kerugian tersebut agar tidak menanggung bebanan yang memenatkan sebuah perniagaan tersebut.


  • Dalam mode Usahawan Generasi Pertama perlu sedar bahawa anda adalah merupakan usahawan generasi pertama. Apabila anda menyedarinya maka anda akan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai seorang usahawan. Sebagai contoh, jikalau anda gagal dalam melakukan sesuatu projek untuk pertama kali, tidak seperti kawan anda yang dapat melakukannya dengan lebih baik. Dengan itu, akan dapat memujuk sedikit rasa kecewa dan memberikan semangat untuk bangun kembali daripada kegagalan yang dihadapi.
  • Anda perlu bersedia berjuang kerana kerana tiada sesiapa pun yang akan bersimpati dengan anada hanya kerana anda seorang usahawan generasi pertama. Persaingan dalam dunia perniagaan adalah persaingan yang rumit, sengit, bengis dan adalakalanya mendatangkan fed up dan memualkan. 

  • Jangan keterlaluan menunjukkan dan menonjolkan kelemahan diri sendiri sebagai usahawan generasi pertama yang cetek pengalaman dan pengetahuan kepada rakan perniagaan kerana mereka mungkin tidak berminat pun untuk berurus niaga dengan anda. Justeru itu, jangan tersalah langkah.

  • Cabaran yang pelbagai yang perlu diharungi oleh Usahawan Generasi Pertama membawa anjakan paradigma daripada pihak kerajaan untuk menyediakan pelbagai bentuk banyuan sama ada dari segi bantuan kewangan atau banyuan latihan semata - mata untuk melihat lebih banyak bumiputera menjadi usahawan.

  • Jika berniaga dan gagal untuk pertama kalinya tidak membuktikan ketidakmampuan anda menjadi seorang usahawan yang berjaya. Kecekalan dan tidak mengenal erti putus asa diperlukan untuk menjadi usahawan yang berjaya. Walaupun orang lain telah berjaya menjadi usahawan dan anda baru mahu bertatih, itu bukanlah bererti bahawa mereka lebih pandai berniaga. Mereka berada dihadapan kerana mereka yang mendahului menyahut keberaniaan untuk menjadi seorang usahawan dan bukan bererti mereka tidak pernah gagal atau jatuh.

  • Mereka yang sudah lama dalam menceburi dunia keusahawanan sudah tentu mempunyai permainan yang lebih licik. Potensi dunia keusahawanan terbuka luas kepada semua orang dan peluang berniagaan baru sentiasa terbuka. Peluang perniagaan baru sudah pasti menarik lebih ramai usahawan baru termasuk usahawan generasi pertama.


Kesimpulannya, Jati diri usahawan itu sendiri, ahli keluarga, saudara -  mara , rakan - rakan, pesaing dan operasi perniagaan, semuanya menjadi rencah penting yang membentuk senarai cabaran yang menanti usahawan generasi pertama. Sebagai usahawan generasi pertama anda sudah tentu perlu memulakan perniagaan dengan bertatih sebelum mampu berlari. Larian anda pula sudah tentu tidak sepantas larian mereka yang sudah terdedah dengan trek perniagaan.

MatweyKB92


0 comments:

Post a Comment

 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.