photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Friday, April 15, 2016

Filled Under:

Coretan Khutbah | Bahaya Meninggalkan Solat



Ketahuilah wahai saudaraku yang dikasihi sekalian bahwa perintah mengerjakan solat itu adalah satu perintah yang agung di dalam agama kita Islam, kerana kebesaran itulah orang yang mengerjakannya di panggil sebagai " Ahli Kiblat " dan " Ahli Solat ". Semuanya ini kerana kebesarabn solat dalam agama Islam. Kewajipan mengerjakan solat ini tidak gugur dari seorang mukhallaf walaupun berada di medan perang selama mana ia memiliki ingatan kecuali wanita ketika keuzuran haid dan nifas.

Sembahyang itu tiang agama , di wajibkan lima kali sehari semalam dan di iklankan seruannya setiap fardhu lima kali sehari dengan laungan azan.

Ibnu Abbas menceritakan " Aku bertanya Rasulullah ﷺ tentang maksud mereka yang lalai di dalam solatnya ? Jawab Baginda " Mereka itu ialah orang yang mentakhirkan (melewatkan)  sembahyang daripada waktunya ". Mereka dinamakan orang yang bersembahyang sedangkan mereka mempersendakan sembahyang. Akibatnya mereka akan dimasukkan oleh Allah S.W.t kedalam Neraka Jahannam yang kepanasannya mencairkan bukit - bukit di dunia dan itulah tempat mereka yang mempermainkan sembahyang.

Perlu diingatkan bahawa amalan yang pertama akan di hisab oleh Allah di akhirat kelak ialah sembahyangnya. Sekiranya yang ini berjaya maka yang selepasnya akan mudah dan berjaya dan sekiranya gagal maka yang selepasnya akan rugi dan binasa ".

Di dalam ayat ini Allah S.W.T Berfirman :


Disana terdapat terlalu banyak amaran daripada Allah S.W.T tentang mereka yang tidak mengerjakan sembahyang. Diantaranya sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud :


  1.  Perbezaan seorang muslim dengan kafir ialah meninggalkan sembahyang.
  2. Sesiapa yang sembahyang dengan sengaja maka terlepas ia dari jaminan naungan Allah S.W.T
  3. Sesiapa yang meninggalkan sembahyang asar maka gugurlah amalannya.
Saidina Umar Al- Khattab R.A berkata : " Tidak ada bahagian di dalam islam bagi mereka yang meninggalkan sembahyang.

Ikhwanil Muslimin !!

Allah meletakkan martabat seorang manusia di tempat yang tinggi. Ketinggian dan keagungan darjat seseorang itu bergantung kepada setinggi mana dia mengagungkan kebesaran Allah Azza Wazalla. Di zaman kita ini banyak syiar islam terhijab atau diabaikan tetapi dengan kelebihan dan kebesaran Allah masih kekal bersama kita beberapa ibadah syiar yang diketuai oleh ibadah sembahyangkerana kelebihan ibdah sembahyang itulah maka tidak boleh seorang pun mengabaikannya.

Alangkah ruginya seseorang hamba yang tidak ruku' dan tidak sujud. Orang yang mengerjakan sembahyang walaupun ada melakukan kesalahan adalah lebih baik daripada yang tidak mengerjakannya kerana Ulama' berkata : " Mereka yang memelihara solat itu hampir kepada rahmat Allah Azza Wazalla  berbanding dengan mereka yang tidak mengerjakannya " .

Seorang yang tidak mengerjakan sembahyang hukumnya terlalu berat dan sentiasa terdedah kepada kemurkaan Allah. Berkata Imam Ibnu Qayyim Al - Jauzi Rahimahullah ta'ala : " Para Ulama' tidak berselisih pendapat bahawa orang yang meninggalkan solat fardhi dengan sengaja melakukan dosa yang teranat besar dan dosanya disisi Allah Azza Wazalla lebih besar dari membunuh seorang manusia, merompak harta, berzina, mencuri, minum arak dan terdedah kepada balasan Allah S.W.T dan kemungkarannya di dunia dan akhirat.

Ulama' tidak berselisih bahawa seseorang meninggalkan sembahyang adalah fasiq dan berhak mendapat hukuman Allah. Imam Ibnu Hazmi didalam Kitab Al-Mahli mengatakan bahawa Ulama' mengakui akan orang yang meninggalkan sembahyang sedangkan dia mengetahui hukumnya sehingga keluar waktunya maka dia adalah orang yang fasik, tidak boleh diterima kesaksiannya dan berhak mendapt siksaan Allah S.W.T

Imam Ibn Rusyd berkata : " Tidak ada perselisihan dikalangan Ulama' islam bahawa orang yang meninggalkannya adalah fasik tetapi mereka berselisih pada mengkafirkan orang yang meninggalkannya tanpa mengingkari kewajipannya. 

Ketahuilah bahawa mereka yang meninggalkan sembahyang ini da beberapa Kategori :

  1. Meninggalkan sembahyang dengan mengingkarinya, ini hukuman kafir oleh Ulam' tanpa khilaf.
  2. Meningalkan sembahyang dengan terlupa, pelakunya tidak kafir dan tidak fasik dengan ijmak Ulama' dan wajib di qada segera.
  3. Meninggalkan dengan sengaja, tetapi tidak mengingkarinya, inilah yang paling banyak dibahas dan perselisih oleh Ulama adalah menjadi kafir atau tidak ? > Imam Syafie' dan beberapa Ulama' yang lain mengatakan bahawa mereka tidak kafir selama mana tidak mengingkari kewajipannya tetapi mereka dituntut bertaubat dalam masa 3 hari.

Allah S.W.T memerintahkan kita mengerjakan solat kerana ia mempunyai faedah dan kesan yang besar dalam kehidupan manusia. Firman Allah Azza Wazalla :



Solat sebenarnya adalah mencgah seorang hamba kepada Allah dengan penuh khusuk dan tawadduk yang hasilnya akan dikurniakan Allah ketenangan dan kerehatan jiwa, lebih - lebih lagi jika sembahyang itu dikerjakan secara berjemaah.

Sayugialah bagi kita sebagai seorang Muslim bersyukur dan berterima kasih kepada Allah S.W.T dengan topiknya kita dapat mengerjakan dan menjaga sembahyang serta tidak mencuaikannya.

Firman Allah S.W.T :

Disediakan Dan Disemak Oleh : 

Panel Khutbah Majlis Agama Islam Kelantan.

Diterjemahkan dari jawi ke rumi oleh :

Matarz Wanz92 | Admin.

15.04.16







0 comments:

Post a Comment

 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.