Bersempena cuti semester selepas peperiksaan akhir ini, kami
selaku mahasiswa pengajian hujung minggu tidak melepaskan ruang dan peluang
yang berharga ini berkumpul sambil menenangkan fikiran selepas bertarung dalam
dewan peperiksaan yang agak padat dan memenatkan mental dan fizikal. Idea untuk
mengadakan Majlis Sambutan Hari Keluarga ini dicadangkan oleh beberapa individu
bagi mengisi slot kelapangan musim cuti semester disamping mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim antara kami. Terima Kasih kepada yang menganjurkannya.
Selain itu, dengan
adanya program hari keluarga kami lebih mengenali keluarga mahasiswa yang lain.
Majoriti daripada kalangan kami adalah individu yang sudah berpasangan. Oleh
itu, dengan kehadiran anak - anak ke Majlis Hari Keluarga lebih menceriakan
keadaan sekeliling dengan keriangan kanak - kanak bermain dan
berhibur.Majlis Sambutan Hari
Keluarga yang pertama kali ini diadakan mencetuskan revolusi bagi pihak kami untuk
mengadakannya untuk sekian kalinya. Majlis Sambutan yang julung kali ini
diadakan bertempat di Pantai Tujuh, Tumpat, Kelantan berhampiran dengan pos
kawalan Unit Pencegahan Penyuludupan di Kampung Jubakar.
Salah satu faktor yang
menarik perhatian kami untuk memilih Pantai Tujuh, sebagai lokasi untuk mengadakan
Sambutan Hari Keluarga ini adalah kerana pantai ini terletak dikawasan yang
strategik yang mendamaikan minda dan mempersonakan pemandangan. Pantai Sri Tujuh yang terletak
di Tumpat,Kelantan ini dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Ia
merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubur dan Stesen keretapi Tumpat. Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh ke sini
dengan menaiki kereta api dengan bayaran semasa. Teksi dan kereta
sewa juga menyediakan perkhidmatan di stesen kereta api untuk pergi ke pantai.
Sebuah resort terapung
telah dibina di Pantai Sri Tujuh. Ia dikenali sebagai Resort Sri Tujuh, lengkap
dengan kolam mandi , gelanggang futsal dan padang latihan bermain golf . Pengunjung
akan makan di gerai-gerai yang disediakan sambil menikmati panorama laut dan
mereka yang menunggang bot ski. Bot nelayan kelihatan pulang ke pangkalan pada
waktu-waktu tertentu.Selain itu terdapat
surau dua tingkat yang agak besar di sini. Pada hujung minggu, ada di antara
pengunjung mendirikan khemah sambil memancing ikan.
Walaupun banyak kemudahan yang disediakan pihak kami tidak berpeluang untuk menyewa kemudahan yang disediakan akibat kekangan masa yang tidak mengizinkan. Ketika disini, kami memilih kawasan diantara Pantai Tujuh dan Teluk yang mana ditengahnya mempunyai tempat dimana tumbuhnya kelompok pokok rhu untuk kami berteduh. Majlis yang diadakan selepas zohor ini dirasmikan selepas asar apabila hampir semua ahli keluarga yang menyertai sampai ke tempat yamg dijanjikan.
Antara kenangan mengamit memori yang sempat dipahat oleh beberapa ahli yang datang ke Majlis Sambutan Hari Keluarga ini, Terima kasih Semua, We Enjoy !! Rugi sapo tak maghi " !! kato oghe kelate.
Ustaz Azman Harun and the GANG !!
Antara Hidangan Yang Dibawa...
Pasangan Romantik ;-)
Sedih tak puas mandi :-(
Hidangan yang mendapat sambutan... Satay Lala, Ayam Bakar, Ikan Bakar, Satay dan Sunquick Kelapa
Pengasas Resipi Sunquick Kelapa ( Nyor )...
Kak Nie And The Gang !!
Tempat mandi manda yang tidak pada paras tinggi @ dalam sesuai untuk kanak - kanak bersuka ria.
Kuih - Muih dan buah - buahan antara yang dibawa... Dessert !!
Letih dalam kegembiraan...
Terima Kasih Kepada Penganjur, Penaja dan Pengunjung yang memeriahkan Majlis Sambutan Hari Keluarga Ini. Alhamdulillah selesai semuanya, Tahniah juga kepada bakal pengantin yang bakal mendirikan rumahtangga. Semoga Allah memurahkan rezeki kita semua.
Insha Allah lain kali kita buat lagi na !!.. ;-)
Dinukilkan :
MatweyKB92
Isnin 19/04/16.
0 comments:
Post a Comment