photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Sunday, May 29, 2016

TRAVEL | LAST DAY KRABI : BACK TO HOME & SOUVENIR SHOP


Hari Terakhir,

Alhamdulillah, setelah beberapa hari berada di bumi gajah putih ini, kami checkout hotel dan bertolak balik ke Tanah Melayu (Kelantan). Dalam perjalanan balik kami sempat singgah di beberapa venue membeli cenderahati untuk dibawa pulang buat keluarga tercinta. Permulaan tempat yang dituju  membeli souvenir adalah di sebuah kawasan yang menjual kepelbagaian barangan hasil kraf tangan yang cantik, baju - baju , keychain yang menarik dan aneka barangan lain lagi. Kawasan yang yang dikunjungi ini mempuyai beberapa deretan kedai yang berhadapan pantai ini dinamakan dengan 75 Million Years Gastropod Fossil Krabi Thailand.

Dinamakan dengan sedemikian agak kurang pasti sempena apa, mungkin sempena fossil yang berusia 75 Juta tahun. Sebelum terlupa antara kedai yang murah dan berpatutan yang kami pergi dalam kawasan ini adalah Certificate Of Gaurant. Kedai dua pintu yang besar dengan kepelbagaian barang, harga baju mengikut size manakala barangan lain mengikut berdasarkan kualiti dan kuantiti yang anda mahukan. Membeli dengan kuantiti yang banyak kebiasaannya akan diberikan diskaun dengan harga borong.

Seterusnya kami bertolak ke sebuah pasaraya yang menjual brangan berasaskan makanan daripada tepung termasuk makanan ringan, kuih muih, kek dan sebagainya. Antara yang menjadi tarikan pengunjung disini ialah Kek Lapis  berkualiti yang mana padanya tidak diletakkan bahan kimia ( pengawet) untuk tahan lama tempoh kulat naik dan luput. Kami diberi penerangan daripada salah seorang promoter bahawa kek yang kebanyakan berada dalam kedai mereka hanya bertahan dalam lingkungan 3 hari dan jika diletakkan dalam peti sejuk kebiasaanya akan bertahan selama lima hari.

Setelah selesai membeli belah dalam pasaraya ini, kami semua berkumpul dan meneruskan perjalanan ke kedai makan yang mana jaraknya  tidaklah terlalu jauh dari situ untuk makan tenghari disamping menunaikan solat jama’ fardhu zohor dan asar. Sesudah itu, kami semua bertolak balik ke Imegresen Sungai Golok yang berdekatan dengan Imegresen rantau panjang. Perjalan balik kami mengambil masa yang agak panjang dalam lingkungan 5 jam keatas untuk sampai disana. Kami sampai disini pada malamnya dalam lingkungan  1 jam sebelum pintu sempadan ditutup.

 Setelah selesai Cop Keluar Thailand dan Cop masuk Malaysia kami menaiki bas yang telah sedia menunggu di Malaysia menuju ke Masjid dalam kawasan Rantau Panjang  untuk menunaikan solat jama’ sebelum bertolak pulang ke Kota Bharu untuk balik ke teratak masing – masing. Alhamdulillah selamat semuanya, syukur ke hadrat ilahi yang menjaga kami sepanjang perjalanan di Negara Asing. Terima Kasih semua diatas penganjuran perjalanan ini dan mohon maaf diatas seberang kekhilafan yang terjadi samada dalam kedaaan jali ataupun khafi. Sekian… rugi sapa tak pergi, pengalaman yang agak menyeronokkan. ;-)

Kos Berkaitan :

Kos Pengangkutan dan Penginapan 3 hotel yang berlainan : RM 300

Pilih Salah Satu Kaedah :

Passport Grouping : RM 20 satu Kepala ( Sekali Guna )
Passport Individu : RM 200 ( 5 tahun ).

Southern Folklore Museum dan Lawatan ke Pulau Batu Kapur ( Krabi ) : Sekitar 85 Bath (RM 10)

Pengangkutan Ke Empat Pulau dan Aktiviti Snorkelling : 750 Bath ( RM 85)


  • Nilai RM ke Bath mengikut pertukaran semasa.
  • Kos Makanan dan Shopping Sakan ditanggung oleh peserta sendiri.

LENSA | 75 Million Years Gastropod Fossil Krabi Thailand.











TRAVEL | TRIP KE CENTRAL MOSQUE KRABI DAN 4 ANDAMAN ISLANDS.



Hari Ketiga,

Seperti kebiasaaan, sebelum bertolak ke mana – mana destinasi yang menjadi rutin permulaan adalah mencari pengalas perut bersarapan sebelum memulakan perjalanan, after that kami checkout hotel dan terus mengisi bagasi yang dibawa kedalam perut bas, destinasi kami pada hari ketiga adalah menuju ke sebuah masjid yang tersergam indah dengan binaanya, Masjid unik diberi nama Central Mosque  Krabi Province yang dibina ditengah Bandar yang berdekatan dengan persisiran pantai.
Masjid ini bukah sahaja gah pada binaanya malah dapat dilihat dengan lebih ketara sekali adalah  sistem yang digunakan dalam Organisasi Masjid ini sangat sistematik dan mempunyai pelbagai kemudahan yang memudahkan masyarakat setempat dan pelawat yang datang ke Masjid  ini. Pihak kami dilayan dengan mesra oleh Imam dan AJK Masjid yang peramah didalam sebuah dewan meyuarat yang dipenuhi dengan pelbagai kemudahan penghawa dingin, layar presenstation dan audio sistem yang dilengkapi dengan Mic pada setiap lingkaran meja mesyuarat.

Selepas memasuki dan berada dalam Dewan Masjid ini maka berlakulah sesi suai kenal pihak kami bersama dengan Pihak AJK Masjid yang dipengerusi oleh Imam Masjid itu sendiri yang diterjemahkan kepada Bahasa Melayu daripada Bahasa Thai oleh pembantu Imam kerana Ketua Imam tidak fasih bertutur dalam berbahasa Melayu tetapi ia memahami makna bahasa Melayu kerana Imam itu juga adalah berbangsa melayu yang tinggal di Wilayah Selatan Thailand Krabi.

Boleh dikatakan masyarakat melayu yang tinggal disini majoritinya tidak dapat bertutur dalam bahasa melayu kerana mereka menggunakan bahasa ibunda Thai dari kecil lagi iaitu diperingkat sekolah rendah melainkan individu yang datang dari tiga wilayah selatan Thailand yang bermaustatin ke Wilayah Krabi ini. Menurut penjelasan Tuan Imam ketika sesi temubual yang diadakan, separuh bahagian masyarakat yang tinggal di Wilayah Krabi adalah masyarakat Muslim dengan dinisbahkan dengan 50%. Oleh Hal yang demikian bagi menampung bilangan orang muslim yang tinggal di Wilayah ini telah didirikan pada wilayah ini sebanyak 230 buah masjid.


Selain itu, Tuan Imam juga menjelaskan kepada kami mengenai asal usul nama Krabi. Asal usul nama Krabi ada tiga pendapat menurut Tuan Imam. Pendapat pertama mengatakan nama Krabi ini datangnya dari sebuah Pohon Kelubi, pendapat kedua mengatakan dari Krab Bi yang bermakna pedang manakala pendapat ketiga mengatakan daripada Kera. Walaubagaimanapun itu adalah mitos mengenai kewujudan asal usul nama Krabi ini.

Menurut Tuan Imam lagi, Wilayah Krabi ini berada didalam sekitar  Lautan Andaman yang mempunyai banyak pulau – pulau yang berada disekelilingnya. Disini  juga menurut Tuan Imam agak mudah untuk mendapatkan makanan yang halal kerana masyarakat disini 200k lebih adalah beragama islam yang kebanyakan penempatan mereka adalah diatas pulau – pulau didalam wilayah krabi. Majoriti Masyarakat islam yang tinggal diatas pulau itu adalah berbangsa Melayu.

Wilayah Krabi ini juga merupakan antara wilayah yang terbanyak mendirikan sekolah menggunakan sistem pengajian islam selepas tiga wilayah selatan Thailand. Krabi mempunyai sekolah yang menggunakan sistem Islam sebanyak 23 buah dan 4 daripadanya sekolah yang besar. Walaupun Negara Thailand bukan Negara islam, Kerajaan Thailand tidak menghalang masyarakat disini untuk bergerak maju ke depan dengan berdikari sendiri. Secara keseluruhan kemudahan yang didirikan di Wilayah Krabi ini adalah keringat anak watan dan masyarakat muslim dengan pelbagai latar belakang pekerjaan tanpa bantuan kewangan kerajaan Thailand.

Majoriti Masyarakat disini pekerjaan mereka dalam mencari rezeki adalah nelayan,  bekerja ladang getah , ladang sawit, pelaut dan menceburi dalam bidang pelancongan. Walaupun, pekerjaan pendapatan harian mereka tidak menentu, masyarakat disini mampu bersatu dan berganding bahu membina masjid – masjid dan sekolah – sekolah serta beberapa kemudahan lain dengan keringat titik peluh mereka sendiri. Untuk pengetahuan semua gaji guru – guru sekolah adalah bergantung daripada sumbangan masyarakat yang setempat dan tidak menentu. Masjid – masjid mereka juga mendapat bantuan dari Islamci Organizatin daripada luar Negara seperti Malaysia, Singapura dan Brunei.

Menurut Imam lagi, Wilayah ini juga mengadakan Majlis Maulid terbesar setiap tahun selama 5 malam di Wilayah Krabi yang pernah juga dihadiri oleh kepimpinan politik Malaysia iaitu mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Akhir kalam sesi suai kenal ini Imam meminta wakil daripada kami untuk membaca ayat al – Quran sebelum majlis diakhiri. Masjid juga menyediakan tabung derma kepada sesiapa yang mahu menderma ketika keluar selepas selesai mengamin doa penutup majlis.Pihak kami juga disediakan dengan pelbagai hidangan masyarakat setempat selepas keluar daripada Dewan Mesyuarat. Setelah kenyang mnjamu selera dengan hidangan yang diberikan kami semua berkumpul bergambar sebelum menuju ke hotel yang seterusnya check in berehat untuk aktiviti yang seterusnya pada tengahari dan petang nanti.

Setelah seketika berehat dihotel untuk merehatkan badan, selepas solat zohor kami semua berkumpul di perkarangan hotel menunggu kedatangan pacuan empat roda menuju ke pantai. Menaiki pacuan empat roda ini amat mencabar kerana penumpangkan akan dimuatkan semuat – muatnya. Bayangkan 2 buah pacuan empat roda dimuatkan hampir 40 orang yang duduk berhimpit di dalam dan dikontena bonet pacuan  roda ini. Nisbah muatan 10 didalam 10 diluar. Pengalaman yang menyeronokkan dan menyeramkan. Selepas beberapa minit sampai dipantai kami terus ke jeti menunggu kedatangan tekong bot yang akan membawa kami ke pulau – pulau yang berdekatan dalam sekitar Wilayah Krabi. Bayaran yang dikenakan keatas seorang adalah 750 Bath sekitar RM 75 seorang. Bayaran ini termasuk pengangkutan ke 4 Buah pulau, makanan dan minuman, Snorkelling dan sebagainya.

Tempoh perjalanan dari jeti ke pulau pertama ( Chiken Island )  sekitar 30 minit hingga 45 minit untuk sampai persisiran pantai dengan menaiki bot. Disini kami diberi masa selama 1 jam untuk beriadah diatas pulau ini, diatasnya terdapat taman Negara ditas pulau ini yang disediakan kepada sesiapa yang ingin dengan mengenakan bayaran berpatutan. Kami semua tidak sempat pergi ke Taman Negara ini ekoran masa yang tidak mencukupi, Sekitar  Chicken Island tidak sempat untuk kami mengelilingi semua apatah lagi ke Taman Negara.

Selepas itu, kami berkumpul ditempat bot kami melabuhkan sauh tadi untuk menuju ke pulau yang kedua. Jarak ke pulau kedua tidak jauh lebih kurang dalam 15 minit sahaja iait Hoping Island. Kali ini kami tidak turun ke pulau tetapi berlabuh diantara pulau kedua dan ketiga untuk aktiviti sukan air iaitu Snorkelling. Kami dibekalkan dengan dengan jaket keselamatan dan beberapa keping roti untuk diberikan kepada ikan ketika melakukan aktiviti ini.  Aktiviti Snorkelling ini amat menarik kerana kami dapat melihat kehidupan laut dengan lebih dekat. Kami berada disini lebih kurang dalam 45 minit. Antara kenangan yang tidak boleh dilupakan disini ialah terpijak landak laut. Landak tidaklah berbisa tetapi agak menyakitkan juga.

Seterusnya, setelah selesai aktiviti snorkelling kami menuju ke Poda Island yang mempunyai pandangan gunung batu kapur dan persisiran pantai yang menarik. Setelah sampai disini tekong mengubati peserta yang terpijak Landak Laut dengan menggunakan cuka dan mengetuk duri yang masuk kedalam tapak kaki dengan batu sambil disirami cuka. Kaedah perubatan yang digunakan adalah kaedah perubatan masyarakat tradisional disini. Selepas seketika, kami semua menuju kembali melakukan aktiviti masing – masing, ada yang mandi pantai, bersuka ria dan mengambil gambar kenang kenangan. Setelah hari semakin senja dan laut mula pasang kami semua bersiap untuk bertolak pulang ke jeti. Perjalanan pulang kami agak mencabar dengan lambungan ombak yang kuat  akibat air pasang. Perjalanan bot dari pulau ke jeti mengambil masa lebih kurang 45 minit, kami sampai ketika senja dimana matahari hampir membenam. Setelah sampai ke jeti kami terus ke parking kereta untuk menaiki pancuan emapt roda untuk kembali semula ke tempat penginapan.


Selepas Solat Jama’ Maghrib dan Isyak kami turun mencari makanan untuk makanan malam di Kedai makan berhampiran. Kedai ini menggunakan konsep makan apa sahaja dengan kadar 80 bath, walaupun segelas air kosong dan sebiji telur. Boleh dikatakan kedai ini agak mahal dengan hidangan yang tidak mencukupi berbanding dengan kedai serbaneka Seven Eleven yang berdekatan. Setelah kenyang menjamu selera makan malam kami kembali ke hotel bersiap ke Bandar Aonang bersiar – siap sambil mencari cenderamata untuk dibawa pulang. Boleh dikatakan barangan disini agak mahal berbanding tempat lain. Disini kebanyakan daripada kami membeli baju dengan title “ I love Krabi “ dengan harga sekitar 18 – 22 untuk long sleeve dan untuk short sleeve sekitar 12 – 16 bergantung kepada size yang dibeli. Hampir satu jam kami mengelilingi kawasan ini kami semua berkumpul ditempat perhentian bas untuk menuju pulang ke hotel dalam kedaan hujan yang renyai – renyai. Setelah sampai ke hotel masing – masing terus ke bilik untuk merehatkan diri menghadapi perjalanan hari esok. Sweet Dream.


LENSA | CENTRAL MOSQUE OF KRABI















LENSA | ANDAMAN ISLANDS, SNORKELLING.

















TRAVEL | TRIP KE KRABI FIRST EDITION : ANDAMAN


Hari Kedua,

Keesokan paginya, kami mengemas barangan kami dan checkout hotel untuk meneruskan perjalanan yang seterusnya. Sebelum itu, kami sempat singgah ke Kedai Makan untuk bersarapan pagi utuk mengisi kekosongan dalam menghadapi  perjalanan yang panjang ke Krabi. Perjalan ke Krabi mesti melintasi beberapa tempat seperti Songhkla dan Trang. Setelah beberapa jam perjalanan yang panjang akhirnya kami sampai ke sempadan Trang – Krabi. Disini disediakan oleh pihak pelancongan Thailand sebuah tempat rekreasi berserta tempat rawat dan rehat dengan pemandangan dan binaan patung gajah yang menarik untuk dijadikan kenangan yang diabadikan dalam filem gambar. Tempat ini diberi nama, Trang Andaman Gateway.

Selepas beberapa seketika kami disini kami meneruskan perjalanan ke Bandar Andaman Trang menuju ke Muzium Andaman yang diberi nama, Andaman Beads Museum. Muzium ini banyak mempamerkan kesenian permata dan  kesenian karya hasil daripada tangan anak jati Thailand yang sekarang dan yang terdahulu padanya dilakarkan kembali dalam Muzium ini. Selain itu, ia juga mempamerkan kepada umum hasil seni lukisan karya pelukis - pelukis terkenal Thailand. Muzium ini amat menarik untuk dilawati oleh peminat batu permata dan pencinta karya seni lukisan.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke hotel (Check in) Krabi Orchid Travel and Tour   berdekatan dengan muzium untuk menyegarkan diri yang penat sepanjang perjalanan hari ini dan merehatkan badan sebelum meneruskan destinasi seterusnya. Setelah mendapatkan rehat yang secukupnya kami keluar bersantai di perkarangan hotel didalam Bandar dan menuju ke jeti untuk menaiki bot melihat pemandangan sekitar persisiran pantai dan melawat pulau yang diatasnya terdapat Gua Batu kapur yang mana  kawasan sekitarnya dipenuhi dengan Hutan Paya Bakau. Gua Batu Kapur itu merupakan peninggalan yang terdahulu dimana padanya dibina tangga batu yang tinggi untuk memasuki gua tersebut. Didalam gua yang penuh dengan aroma najis kelawar tersebut terdapat beberapa patung Askar Jepun yang mengambarkan mereka sedang berteduh didalam gua itu. Sukar difahami kerana penjelasan yang ditulis bahasa thai dan keterangan yang diberikan adalah andaian semata – mata. Setelah puas menghayati persekitaran pulau itu kami meneruskan kembali ke Jeti menaiki bot ke Restoran terapung yang jaraknya beberapa minit daripada pulau tersebut. 

Restoran terapung tersebut menyediakan makanan laut yang segar yang dipelihara dalam pukat sangkar yang berada diperkarangan restoran tersebut. Malangnya kami tidak berpeluang menjamu di Restoran tersebut dek kerana ramai yang pengunjung yang mengerumuni restoran terapung tersebut. Oleh itu, kami semua mengambil keputusan untuk balik ke jeti utama setelah sekian lama berada didalam bot. Sesampainya di jeti,  sebelum kami pulang ke hotel kami sempat singgah ke Pasar Malam yang berdekatannya untuk mencari makanan untuk makan malam. Alhamdulillah, disini tidak susah mencari makanan yang halal kerana kita dapat membezakan yang mana peniaga muslim dan non – muslim.

Setelah usai membeli makanan untuk makan malam kami kembali ke hotel untuk menjamu pelbagai hidangan yang dibeli dari pasar malam tadi di bilik hotel. Selepas makan malam kami bersiap kendiri dan solat jama’ qasar sebelum berehat menutup mata  untuk  meneruskan keringat perjalanan yang seterusnya pada keesokan harinya.

LENSA | Border Songkhla - Trang Andaman Gateway.
















LENSA |  Andaman Beads Museum.
















LENSA | Pulau Gua Kapur Dan Restoran Terapung
































LENSA | Sekitar Perkarangan Bandar dan Pasar Malam Berdekatan Hotel









 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.