photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Monday, May 2, 2022

Filled Under:

Siri Jelajah Masjid - Masjid Pada Bulan Ramadhan Mubarak 1443H/2022M.

 

Diari Ramadhan 1443H/2022M

Saat bermula Maghrib yang barakah selepas Swastamita nan merah hilang mekarnya maka hadirlah Ramadhan Mubarak yang menandakan bermulanya Ibadah Puasa dan Solat Sunat Tarawih yang dinanti – nantikan para Muslimin Muslimat sejagat.

Keesokannya sebelum Arunika telah bermula permulaan Sahur menanti akhirnya tempoh santapan sebelum hadir menjengah waktu subuh/imsak, menandakan tamatnya waktu santapan mengisi tenaga mengharungi hari pertama Ibadah Puasa sebulan penuh keseluruhannya, sebelum menanti tiba anak bulan kelihatan tanda hari kemenangan Aidilfiri.

Bulan yang mulia ini banyak agenda yang dipertaruhkan untuk diaplikasikan namun apa daya nafsu melalaikan menguasai diri untuk gigih dan istiqamah ibadah pada-Nya Yang Esa lagi Maha Pemurah dan Penyayang. Bak kata pepatah agamawan “ Jika Tidak Mampu Buat Semua, Maka Jangan Tinggal Semua “. Bersandarkan kalimat

 

ما لا يدرك كله لا يترك كله

“Jika tidak didapati seluruhnya, jangan tinggalkan seluruhnya (yang mampu dikerjakan).”

 

Sebagaimana Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim :

 

وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Jika kalian diperintah suatu perkara, maka lakukanlah semampu kalian.” (HR. Bukhari no. 7288 dan Muslim no. 1337)

 

Alhamdulillah salah satu agenda disepakati bersama sahabat berjaya dilaksanakan tahun ini, selepas dua tahun hiba, wabak merebak sedikit sebanyak menganggu untuk menjayakannya pada tahun sebelum ini. Tahun ini dapat menjayakannya dengan baik syukur pada Tuhan yang Maha Esa.

 

Agenda ini dinamakan dengan Jelajah Masjid, dimana kami akan mengembara untuk Solat Isya’ dan Tarawih berjemaah di Masjid berlainan pada setiap hari pada bulan Ramadhan yang mulia ini di sekitar Ibu Kota, bumi Serambi Mekah Pantai Timur Malaysia ini.

 

Cukuplah catatan ini mengamit gambaran perjalanan kami sepanjang Ramadhan ini tanpa menempelkan foto peribadi dikhuatiri jadi tatapan umum mengundang dosa hati kepada kami. Terima Kasih pada Ilahi menguat hati dan iman kami untuk Istiqamah meneruskannya walaupun terpaksa mengharungi liku – liku perasaan malas yang mendatang.

 

Disini saya lampirkan senarai dan butiran – butiran Masjid yang kami jelajahi sepanjang Ramadhan Mubarak 1443/2022.  Semoga agenda ini menjadi tradisi kepada kami pada tahun yang mendatang. Maaf andai ada salah silap kepada pembaca luar jika ada kata luka yang mengguris hati bicara pembaca luar kerna fokus tulisan ini pada dasarnya hanya untuk catatan penulis sahaja.


Senarai Siri Jelajah Masjid - Masjid Pada Bulan Ramadhan 1443/2022.





* Mungkin ada salah maklumat senarai bilangan dan nama Imam - Iman Tarawih yang bertugas mohon p.m untuk betulkan.

* ( -) bermakna tiada maklumat yang didapati.

* Pada Syawal tahun ini 1443H ini bersamaan 01/05/2022, dikejutkan dengan Hari Raya Aidilfitri 02/05/2022 awal sehari daripada yang dijadual 03/05/2022 dalam Takwin Hijri sediada selepas dimaklumkan oleh pemerintah dan ahli falak (astronomi) oleh asbab penampakan anak bulan  lebih awal.



0 comments:

Post a Comment

 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.