Hari Keluarga Santai yang diadakan merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan sesama keluarga antara satu sama lainnya. Ini kerana institusi keluarga adalah asas dalam pembentukan sikap, nilai murni dan integriti seseorang individu dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik.
Menurut Ensiklopedia bebas definisi Keluarga ([kĕ.luar.ga], Jawi: کلوارݢ serapan kata gabung bahasa Sanskrit dari कुल kula "suku" + वर्ग varga "kelompok" ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau penjagaan di mana para anggotanya tinggal dalam suatu tempat di bawah suatu rumah dalam keadaan saling bergantungan.
Perkataan Keluarga mempunyai makna yang luas mengikut kategori dan jenisnya seperti, Keluarga Nuklear, Keluarga Majemuk, Keluarga Besar, Keluarga Ibubapa Tunggal, Keluarga Homoparental dan Keluarga Poligami. Dalam al – Quranul Karim juga banyak dalil yang menerangkan tengtang keluarga antaranya sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa’ pada ayat yang ke – 36.
۞ وَاعْبُدُوا اللّٰهَ وَلَا تُشْرِكُوْا بِهٖ شَيْـًٔا وَّبِالْوَالِدَيْنِ اِحْسَانًا وَّبِذِى الْقُرْبٰى وَالْيَتٰمٰى وَالْمَسٰكِيْنِ وَالْجَارِ ذِى الْقُرْبٰى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْۢبِ وَابْنِ السَّبِيْلِۙ وَمَا مَلَكَتْ اَيْمَانُكُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُوْرًاۙ.
.[Surah An-Nisa' 36]
36. Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu
sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada
kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin,
dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat,
dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan
diri;
Berdasarkan ayat diatas juga mengalakkan berbuat kepada
semua tidak kira status dan tahta. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan
salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli
keluarga. Selain itu, ia juga menguatkan ikatan kasih sayang antara ahli
keluarga santai itu sendiri.
Penganjuran Hari Keluarga ini juga telah diselitkan
dengan aktiviti BBQ dan cabutan hadiah yang dibawa sendiri oleh keluarga masing
– masing bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan persahabatan.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah
dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara persahabatan
dan keluarga.
Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi Kerohanian dan Suai Kenal. Walaupun program ini dijalankan secara On The Spot, masih dapat menjayakannya biarpun dalam keadaan yang agak kelam kabut. Terima Kasih kepada semua yang memberi kerjasama yang baik untuk melaksanakannya.
Secara jujurnya, masih banyak yang perlu diperbaiki dan ditambah baik untuk " Hari Keluarga Santai " ini untuk yang berikutnya. Terutama dari segi sukaneka dan sebagainya. Adalah menjadi harapan agar sambutan Hari Keluarga yang seterusnya akan meriah dan berjalan serta jayanya mencapai objektifnya.
PERINCIAN PROGRAM
FAMILY DAY SANTAI
|1443/2021
- TARIKH : 17hb Disember – 18hb Disember 2021.
- HARI : Jumaat ( 02.45 p.m ) – Sabtu ( 12.00 p.m ).
- TEMPAT : Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan Darul Naim, Malaysia.
- Anggaran Bil. Peserta : 50 orang termasuk ibu bapa , dewasa dan kanak-kanak.
- Bayaran Yang Dikenakan : RM 250.00 Sahaja.
0 comments:
Post a Comment