photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Thursday, May 19, 2022

Inspirasi | Dunia Bisnes | Kereta Sewa

Inspirasi | Bisnes Kereta Sewa ( Puan Rosma Ali )

Puan Rosma Ali mempunyai bisnes kereta sewa ketika berumur 22 tahun. Beliau memulakan dengan bisnes kereta sewa tanpa ada apa – apa pengalaman dalam bidang tersebut biarpun ketika itu sudah banyak yang menjalankan bisnes kereta sewa disekitar beliau. Pada peringkat permulaan perniagaan beliau mencapai usia 3 tahun, beliau telah memiliki 60 buah kereta sewa.

Setelah itu, beliau mula mengorak langkah yang lebih drastik dengan membuka sebanyak 16 cawangan yang mempunyai 400 buah kereta. Oleh hal yang demikian , namanya lebih dikenali ramai dan mampu bertahan sehingga tahun ke-6 akibat kelemahan – kelemahan yang timbul dari kesilapan dalam pengurusan perniagaan dan sebab – sebab tertentu.

Pada tahun ke-7 beliau mengambil langkah meminimunkan risiko dengan menutup 10 cawangan bersama 300 buah kereta sewa dan berkekalan perniagaannya dengan 100 buah kereta yang masih berbaki. Untuk pengetahuan semua, ketika memiliki kereta sewa 400 buah beliau mendapat untung bersih sebanyak RM500 sebuah kereta kerana kereta investors. Oleh sebab itu, untung perlulah dikongsi dengan investors ( Pelabur ). Jumlah pendapatan itu adalah sebanyak RM 200,000.00 sebulan. Walaupun dengan tekanan yang tinggi untuk menguruskan 400 biji kereta.

 

Keuntungan Bulanan dengan tekanan (Rohani dan Jasmani ) dalam perniagaan yang tinggi.

1.       400 { Buah Kereta } x RM 500,00 = RM 200,000.00 [ Jumlah Pendapatan Sebulan ].

 

Oleh disebabkan tekanan yang tinggi untuk menguruskan 400 buah kereta, beliau mengambil keputusan untuk menjual semua kereta sewa diluar Kuala Lumpur dan mengekalkan 100 buah kereta dalam kawasan Klang Valley. Selepas itu 100 buah kereta yang ada ditukarkan kepada tunai. Ketika ini beliau tidak mempunyai apa – apa hutang dengan bank dan apa-apa perjanjian dengan pelabur. Saat ini, jika sebuah kereta sewa dapat RM 2000 sebulan maka dengan 100 buah kereta dapat kumpulkan pendapatan sebanyak RM 200.000.00 Sebulan.

 

2.       100 { Buah Kereta } x RM 2000.00 = RM 200.000.00 [ Jumlah Pendapatan Sebulan ].

 

 Pada tahun ke-7 ini, perniagaan kereta beliau mendapat pulangan pendapatan dalam RM200,000.00 sebulan setelah ditolak dengan kos pengurusan sebanyak 30% dan hasil pulangan bersih beliau mendapat dalam RM 140,000.00 sahaja. Selain itu, kereta yang melebihi tempoh lima tahun dijual dan digantikan dengan kereta yang baru.


3.       RM 200,000.00 { Jumlah Pendapatan Bulanan } – 30 % [ Kos Pengurusan ]

                                                   = RM 140,000.00

 

(a). Kos Pengurusan.

RM 200.000   x   100  =  RM 60,000.00 { Kos Pengurusan }

                  30%


      (b). Jumlah Pulangan Bersih.

          RM 200,000.00 { Jumlah Pendapatan Bulanan } – RM 60,000.00 [ (30%) Kos Pengurusan ]

                                                 = RM 140,000.00 { Pulangan Bersih }.


Selepas beberapa tahun, lebih tepat tahun ke-10 beliau lebih menfokuskan kepada perniagaan kereta sewa mewah ( Luxury Car ) seperti Mercedes, Toyota Vellfire, Harrier, Hiece, Vios , Yaris, Honda Civic dan City , Mitsubishi Lancer dan Triton, Nissan Serena dan lain – lain lagi.

Kereta mewah seperti Toyota Vellfire, sebuah kereta boleh dapat hasil jualan sewa sebulan minima 10,000.00 sebulan. Jadi sekarang beliau mempunyai 3 buah kereta sewa mewah Toyota Vellfire dengan pulangan sewa sebanyak RM 30,000.00 sebulan. Insya- Allah, dalam tempoh terdekat beliau akan tambah dua buah Toyota Alphard Robot yang bernilai RM 250,000.00 sebuah secara tunai dengan jumlah RM 500,000.00 untuk dua buah.

Menurut beliau lagi, seronok menjalankan perniagaan kereta sewa seperti model Toyota Vellfire ini, kerana kadar sewa dari RM 500,00 sehingga RM 800,00 sehari. Jika dalam sebulan model ini disewa hanya 15 hari maka hasil sewanya boleh mencecah dari RM 7500,00 sehingga 12,000.00 sebulan. Berbeza dengan kereta Perodua Myvi sehari sekitar RM 140.00 jika dalam sebulan disewa selama 20 Hari maka hasil sewanya hanya dalam RM 2,800.00 sahaja. Sekarang beliau megembangkan perniagaannya dalam bidang Travel Umrah dan kereta sewa di Kota Haramain, Arab Saudi.


 Toyota Vellfire / Alphard.

 1.       RM 500,00 { Kos Sewa Sehari } x 15 Hari = RM 7500,00. [ Sebulan].

 2.       RM 800,00 { Kos Sewa Sehari } x 15 Hari = RM 12,000.00 [ Sebulan].

 

 Perodua Myvi.

1.       RM 140,00 { Kos Sewa Sehari } x 20 Hari = RM 2800,00. [ Sebulan ].


* Penulisan ini hanya sebagai rujukan dan inspirasi penulis sahaja, tiada kaitan dengan yang lainnya. Jika terdapat sebarang kesalahan yang perlu diperbetulkan, maklumkan. Terima Kasih.


Lampiran.

1. Posting Asal.







Rujukan.

1. Post asal adalah dari Facebook Puan Rosma Ali. [ Link Facebook ].


 



Friday, May 13, 2022

FAMILY DAY SANTAI (01) | 1443H/2021M.

Hari Keluarga Santai yang diadakan merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan sesama keluarga antara satu sama lainnya. Ini kerana institusi keluarga adalah asas dalam pembentukan sikap, nilai murni dan integriti seseorang individu dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik.

Menurut Ensiklopedia bebas definisi Keluarga ([kĕ.luar.ga], Jawi: ‏کلوارݢ‎‎ serapan kata gabung bahasa Sanskrit dari कुल kula "suku" + वर्ग varga "kelompok" ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau penjagaan di mana para anggotanya tinggal dalam suatu tempat di bawah suatu rumah dalam keadaan saling bergantungan.

Perkataan Keluarga mempunyai makna yang luas mengikut kategori dan jenisnya seperti, Keluarga Nuklear, Keluarga Majemuk, Keluarga Besar, Keluarga Ibubapa Tunggal, Keluarga Homoparental dan Keluarga Poligami. Dalam al – Quranul Karim juga banyak dalil yang menerangkan tengtang keluarga antaranya sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa’ pada ayat yang ke – 36.


۞ وَاعْبُدُوا اللّٰهَ وَلَا تُشْرِكُوْا بِهٖ شَيْـًٔا وَّبِالْوَالِدَيْنِ اِحْسَانًا وَّبِذِى الْقُرْبٰى وَالْيَتٰمٰى وَالْمَسٰكِيْنِ وَالْجَارِ ذِى الْقُرْبٰى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْۢبِ وَابْنِ السَّبِيْلِۙ وَمَا مَلَكَتْ اَيْمَانُكُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُوْرًاۙ.

.[Surah An-Nisa' 36]

36. Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;

Berdasarkan ayat diatas juga mengalakkan berbuat kepada semua tidak kira status dan tahta. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli keluarga. Selain itu, ia juga menguatkan ikatan kasih sayang antara ahli keluarga santai itu sendiri. 

Penganjuran Hari Keluarga ini juga telah diselitkan dengan aktiviti BBQ dan cabutan hadiah yang dibawa sendiri oleh keluarga masing – masing bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan persahabatan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara persahabatan dan keluarga. 

Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi Kerohanian dan Suai Kenal. Walaupun program ini dijalankan secara On The Spot, masih dapat menjayakannya biarpun dalam keadaan yang agak kelam kabut. Terima Kasih kepada semua yang memberi kerjasama yang baik untuk melaksanakannya.

Secara jujurnya, masih banyak yang perlu diperbaiki dan ditambah baik untuk  " Hari Keluarga Santai " ini untuk yang berikutnya. Terutama dari segi sukaneka dan sebagainya. Adalah menjadi harapan agar sambutan Hari Keluarga yang seterusnya akan meriah dan berjalan serta jayanya mencapai objektifnya.

PERINCIAN PROGRAM

FAMILY DAY SANTAI |1443/2021

-SUDARA BEACH RESORT -

  • TARIKH : 17hb Disember – 18hb Disember 2021.
  • HARI : Jumaat ( 02.45 p.m ) – Sabtu ( 12.00 p.m ).
  • TEMPAT : Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan Darul Naim, Malaysia.
  • Anggaran Bil. Peserta : 50 orang termasuk ibu bapa , dewasa dan kanak-kanak.
  • Bayaran Yang Dikenakan : RM 250.00 Sahaja.

Carta Pengurusan Program.
Pengurus dan Cadangan Program : Ustaz Zulhilmi Ishak.    
Unit Persegaran : Tuan Wan Ahmad Danial dan Isteri.
Unit Rangka Program : Mat Wey.

Design Baju Program

Baju Microfibre Lelaki
Baju Muslimah Microfibre Perempuan.



Lampiran Program Family Day Santai.




























Terima Kasih Sahabat Semua, Insya-Allah. Jumpa Lagi.














Monday, May 2, 2022

Siri Jelajah Masjid - Masjid Pada Bulan Ramadhan Mubarak 1443H/2022M.

 

Diari Ramadhan 1443H/2022M

Saat bermula Maghrib yang barakah selepas Swastamita nan merah hilang mekarnya maka hadirlah Ramadhan Mubarak yang menandakan bermulanya Ibadah Puasa dan Solat Sunat Tarawih yang dinanti – nantikan para Muslimin Muslimat sejagat.

Keesokannya sebelum Arunika telah bermula permulaan Sahur menanti akhirnya tempoh santapan sebelum hadir menjengah waktu subuh/imsak, menandakan tamatnya waktu santapan mengisi tenaga mengharungi hari pertama Ibadah Puasa sebulan penuh keseluruhannya, sebelum menanti tiba anak bulan kelihatan tanda hari kemenangan Aidilfiri.

Bulan yang mulia ini banyak agenda yang dipertaruhkan untuk diaplikasikan namun apa daya nafsu melalaikan menguasai diri untuk gigih dan istiqamah ibadah pada-Nya Yang Esa lagi Maha Pemurah dan Penyayang. Bak kata pepatah agamawan “ Jika Tidak Mampu Buat Semua, Maka Jangan Tinggal Semua “. Bersandarkan kalimat

 

ما لا يدرك كله لا يترك كله

“Jika tidak didapati seluruhnya, jangan tinggalkan seluruhnya (yang mampu dikerjakan).”

 

Sebagaimana Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim :

 

وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Jika kalian diperintah suatu perkara, maka lakukanlah semampu kalian.” (HR. Bukhari no. 7288 dan Muslim no. 1337)

 

Alhamdulillah salah satu agenda disepakati bersama sahabat berjaya dilaksanakan tahun ini, selepas dua tahun hiba, wabak merebak sedikit sebanyak menganggu untuk menjayakannya pada tahun sebelum ini. Tahun ini dapat menjayakannya dengan baik syukur pada Tuhan yang Maha Esa.

 

Agenda ini dinamakan dengan Jelajah Masjid, dimana kami akan mengembara untuk Solat Isya’ dan Tarawih berjemaah di Masjid berlainan pada setiap hari pada bulan Ramadhan yang mulia ini di sekitar Ibu Kota, bumi Serambi Mekah Pantai Timur Malaysia ini.

 

Cukuplah catatan ini mengamit gambaran perjalanan kami sepanjang Ramadhan ini tanpa menempelkan foto peribadi dikhuatiri jadi tatapan umum mengundang dosa hati kepada kami. Terima Kasih pada Ilahi menguat hati dan iman kami untuk Istiqamah meneruskannya walaupun terpaksa mengharungi liku – liku perasaan malas yang mendatang.

 

Disini saya lampirkan senarai dan butiran – butiran Masjid yang kami jelajahi sepanjang Ramadhan Mubarak 1443/2022.  Semoga agenda ini menjadi tradisi kepada kami pada tahun yang mendatang. Maaf andai ada salah silap kepada pembaca luar jika ada kata luka yang mengguris hati bicara pembaca luar kerna fokus tulisan ini pada dasarnya hanya untuk catatan penulis sahaja.


Senarai Siri Jelajah Masjid - Masjid Pada Bulan Ramadhan 1443/2022.





* Mungkin ada salah maklumat senarai bilangan dan nama Imam - Iman Tarawih yang bertugas mohon p.m untuk betulkan.

* ( -) bermakna tiada maklumat yang didapati.

* Pada Syawal tahun ini 1443H ini bersamaan 01/05/2022, dikejutkan dengan Hari Raya Aidilfitri 02/05/2022 awal sehari daripada yang dijadual 03/05/2022 dalam Takwin Hijri sediada selepas dimaklumkan oleh pemerintah dan ahli falak (astronomi) oleh asbab penampakan anak bulan  lebih awal.



 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.