Islam mempunyai dua perayaan yang utama iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Selain daripadanya terdapat juga beberapa hari yang di istilahkan sebagai hari kebesaran islam turut sama di raikan seperti Awal Muharram dengan tema hijrahnya. Hari Nuzul Quran dengan cogan kata seperti kembali kepada Al - Quran dan demekianlah seterusnya termasuk bulan yang sedang kita tempuhi ini iaitu bulan Rabiul Awwal, bulan kelahiran Nabi Muhammad ﷺ. tentu bukan niat kita kaum muslimin denagan memperingati hari kebesaran islam ini, ingin menjadikan agama kita hanya semata - mata perayaan dan main - main kerana Allah Taala' telah berfirman :
Ertinya : Dan jauhkanlah diri dari
orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan
mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka)
dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus
(ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan
yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi
syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan
segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya.
Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab
apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas
yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka
kufur ingkar (semasa hidupnya).
Dari ayat di atas kita menyedari bahawa apapun nama yang diberi samada sambutan perayaan atau apa - apa sambutan bukanlah bermaksud untuk melaksanakan amalan - amalan agama secara bermusim semata - mata atau bersuka ria tetapi sebaliknya untuk menjadi pemangkin, penyandar atau pengingat kepada peristiwa sejarah lampau yang ada kaitan dengan agama.
Dalam bab peringatan kepada kelahiran junjungan Rasulullah ﷺ, tentulah ia jauh lebih perlu dari ingatan kita kepada mana - mana manusia lain dalam mana- mana sejarah, tidak kira apapun jasa, ketokohannya sebagaimana Allah S.W.T berfirman :
Ertinya : Dan tidaklah Kami mengtuskan engkau ( Wahai Muhammad ) melainkan untuk menjadi rahmat sekalian alam.
Mungkin ada dalam masyarakat kita yang menyatakan sambutan ini tidak pernah di buat pada zaman Nabi Muhammad ﷺ, kepada mereka ini, berilah jawapan bahawa kita ingin sekali seperti penduduk madinah madinah yang berhari - hari menunggu kedatangan junjungan Nabi Muhammad ﷺ dan apabila Baginda tiba mereka ( Penduduk Madinah ) sama - sama mengumandangkan :
Tidak ada larangan pun daripada Nabi Muhammad ﷺ atas pujian penduduk madinah tersebut kerana pujian semata - mata tidak membawa erti penyembahan kepada individu seperti difahami sesetengah orang. Mungkin masih ada yang bertanya, bukankah pujian bagi Nabi ﷺ tidak boleh bermusim, katakan kepada mereka bahawa pujian yang dilaungkan pada bulan Rabiul Awwal ini akan tetapi bergema pada bulan lain, hanya sahaja untuk menjadi tenaga pengingat bagi sebahagian golongan manusia yang mungkin jika tidak dibuat peringatan mereka akan lupa dan alpa malah mengabaikna ajaran islam yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ.
Dalam menzahirkan kecintaan kepada Baginda ﷺ ini berbagai jenis pujian termasuk dalam bentuk Selawat telah dinukilkan Para Ulama' bukan bermakna untuk lebih baik atau mengatasi cara selawat yang diajarkan Nabi S.A.W [ اللهم صلي على محمد ]. tetapi kerana kesucian hati nurani dan kefasihan bicara lidah telah melahirkan mutiara selawat seperti selawat Tafrijiyyah, Selawat Syifa' dan lain - lain. Dalam hal ini, Darul Iftaa di Jordan telah memfatwakan pada tahun 2012 berkenaan selawat ini dan merumuskan tidak ada sighah yang mesti di lazimi untuk berselawat keatas Nabi ﷺ. " Semua Sighah yang tidak mengandungi sesuatu yang dilarang oleh syara' adalah harus ".
Tentu sekali kita umat islam perlu berterima kasih apabila bijak pandai islam telah menanamkan kecintaan kepada Nabi Muhammad ﷺ sejak kita kecil lagi dengan alunan berzanji, alunan selawat dalam nasyid, alunan selawat ketika acara berkhatanberamai - ramai atau ketika tahnik bayi yang baru dilahirkan. Memang ia tidak dibuat pada masa Nabi ﷺ tetapi sedar atau tidak kita orang melayu telah di tanam dengan nilai kepada Nabi Muhammad ﷺ sehingga dalam sebuah Tesis MA di Chicago pada tahun 1982 menyebut : " Bangsa Melayu di tanah air kita adalah satu - satunya bangsa di dunia ini yang diperakui oleh pihak Gereja bahawa paling sukar untuk dimurtadkan untuk menjadi penganut agama Kristian".
Dengan kenyataan ini juga para bijak pandai telah mentakrifkan melayu sebagai melayu adalah islam sehingga tertulis dalam perlembagaan. Berbeza dengan zaman sekarang apabila sudah ada cubaan orang melayu untuk murtad setelah berbagai fahaman di terima bulat - bulat atau kerana islam di fahami separuh - separuh.
Entah berapa kali kita telah menyambut bulan Rabiul Awwal yang tujuannya untuk mengingati Nabi ﷺ, mengingati bukan sekadar ingat semata - mata, tetapi mengingati untuk melaksanakan ajarannya ketika senang atau susah sebagaimana Firman Allah S.W.T :
Ertinya : Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
Inilah maksud khutbah pada hari ini, Khutbah untuk menerangkan bukan menyerang. Juga bukan untuk membandingkan antara pihak mana yang merayakan maulid Nabi ﷺ secara lebih bersungguh, bermewah -mewahan dan berwarna - warni dan berhenti di situ sahajatetapi untuk menjadi pengubat rindu umatnya kepada seorang Nabi ﷺ yang telah pergi secara Jasadi tetapi perlu sentiasa ada secara rohani bersama para pencintanya. Betullah kata - kata ilmuan islam Dr. Yusuff Qardhawi yang menyebut " tidak dibolehkan jika sambutan maulid disertakan dengan kemungkaran, tetapi kita mengambil peluang dari sambutan itu untuk menguatkan tentang sirah Rasulullah ﷺ, keperibadiaan yang agung, risalahnya yang kekal dijadikan oleh Allah S.W.T kepada seluruh alam.
Disediakan dan Disemak Oleh :
Panel Majlis Agama Islam Kelantan.
0 comments:
Post a Comment