photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Sunday, December 27, 2015

Coretan Khutbah | Maulud Rasulullah ﷺ



Islam mempunyai dua perayaan yang utama iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Selain daripadanya terdapat juga beberapa hari yang di istilahkan sebagai hari kebesaran islam turut sama di raikan seperti Awal Muharram dengan tema hijrahnya. Hari Nuzul Quran dengan cogan kata seperti kembali kepada Al - Quran dan demekianlah seterusnya termasuk bulan yang sedang kita tempuhi ini iaitu bulan Rabiul Awwal, bulan kelahiran Nabi Muhammad ﷺ. tentu bukan niat kita kaum muslimin denagan memperingati hari kebesaran islam ini, ingin menjadikan agama kita hanya semata - mata perayaan dan main - main kerana Allah Taala' telah berfirman :


Ertinya : Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).

Dari ayat di atas kita menyedari bahawa apapun  nama  yang diberi samada sambutan perayaan atau apa - apa sambutan bukanlah bermaksud untuk melaksanakan amalan - amalan agama secara bermusim semata - mata atau bersuka ria tetapi sebaliknya untuk menjadi pemangkin, penyandar atau pengingat kepada peristiwa sejarah lampau yang ada kaitan dengan agama.

Dalam bab peringatan kepada kelahiran junjungan Rasulullah ﷺ, tentulah ia jauh lebih perlu dari ingatan kita kepada mana - mana manusia lain dalam mana- mana sejarah, tidak kira apapun jasa, ketokohannya sebagaimana Allah S.W.T berfirman :



Ertinya : Dan tidaklah Kami mengtuskan engkau ( Wahai Muhammad ) melainkan untuk menjadi rahmat sekalian alam.

Mungkin ada dalam masyarakat kita yang menyatakan sambutan ini tidak pernah di buat pada zaman Nabi Muhammad ﷺ, kepada mereka ini, berilah jawapan bahawa kita ingin sekali seperti penduduk madinah madinah yang berhari - hari menunggu kedatangan junjungan Nabi Muhammad ﷺ dan apabila Baginda tiba mereka ( Penduduk Madinah ) sama - sama mengumandangkan :


Tidak ada larangan pun daripada Nabi Muhammad ﷺ atas pujian penduduk madinah tersebut kerana pujian semata - mata tidak membawa erti penyembahan  kepada individu seperti difahami sesetengah orang. Mungkin masih ada yang bertanya, bukankah pujian bagi Nabi ﷺ tidak boleh bermusim, katakan kepada mereka bahawa pujian yang dilaungkan pada bulan Rabiul Awwal ini akan tetapi bergema pada bulan lain, hanya sahaja untuk menjadi tenaga pengingat bagi sebahagian golongan manusia yang mungkin jika tidak dibuat peringatan mereka akan lupa dan alpa malah mengabaikna ajaran islam yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ.

Dalam menzahirkan kecintaan kepada Baginda ﷺ ini berbagai jenis pujian termasuk dalam bentuk Selawat telah dinukilkan Para Ulama' bukan bermakna untuk lebih baik atau mengatasi cara selawat yang diajarkan Nabi S.A.W [ اللهم صلي على محمد ]. tetapi kerana kesucian hati nurani dan kefasihan bicara lidah telah melahirkan mutiara selawat seperti selawat Tafrijiyyah, Selawat Syifa' dan lain - lain. Dalam hal ini, Darul Iftaa di Jordan telah memfatwakan pada tahun 2012 berkenaan selawat ini dan merumuskan tidak ada sighah yang mesti di lazimi untuk berselawat  keatas Nabi  ﷺ. " Semua Sighah yang tidak mengandungi sesuatu yang dilarang oleh syara' adalah harus ".

Tentu sekali kita umat islam perlu berterima kasih apabila bijak pandai islam telah menanamkan kecintaan kepada Nabi Muhammad  ﷺ sejak kita kecil lagi dengan alunan berzanji, alunan selawat dalam nasyid, alunan selawat ketika acara berkhatanberamai - ramai atau ketika tahnik bayi yang baru dilahirkan. Memang ia tidak dibuat pada masa Nabi ﷺ tetapi sedar atau tidak kita orang melayu telah di tanam dengan nilai kepada Nabi Muhammad ﷺ sehingga dalam sebuah Tesis MA di Chicago pada tahun 1982 menyebut : " Bangsa Melayu di tanah air kita adalah satu - satunya bangsa di dunia ini yang diperakui oleh pihak Gereja bahawa paling sukar untuk dimurtadkan untuk menjadi penganut agama Kristian".

Dengan kenyataan ini juga para bijak pandai telah mentakrifkan melayu sebagai melayu adalah islam sehingga tertulis dalam perlembagaan. Berbeza dengan zaman sekarang apabila sudah ada cubaan orang melayu untuk murtad setelah berbagai fahaman di terima bulat - bulat atau kerana islam di fahami separuh - separuh.

Entah berapa kali kita telah menyambut bulan Rabiul Awwal yang tujuannya untuk mengingati Nabi ﷺ, mengingati bukan sekadar ingat semata - mata, tetapi mengingati untuk melaksanakan ajarannya ketika senang atau susah sebagaimana Firman Allah S.W.T :

Ertinya : Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

Inilah maksud khutbah pada hari ini, Khutbah untuk menerangkan bukan menyerang. Juga bukan untuk membandingkan antara pihak mana yang merayakan maulid Nabi ﷺ secara lebih bersungguh, bermewah -mewahan dan berwarna - warni dan berhenti di situ sahajatetapi untuk menjadi pengubat rindu umatnya kepada seorang Nabi  ﷺ  yang telah pergi secara Jasadi tetapi perlu sentiasa ada secara rohani bersama para pencintanya. Betullah kata - kata ilmuan islam Dr. Yusuff Qardhawi  yang menyebut " tidak dibolehkan jika sambutan maulid disertakan dengan kemungkaran, tetapi kita mengambil peluang dari sambutan itu untuk menguatkan tentang sirah Rasulullah ﷺ, keperibadiaan yang agung, risalahnya yang kekal dijadikan oleh Allah S.W.T kepada seluruh alam.

Disediakan dan Disemak Oleh :

Panel Majlis Agama Islam Kelantan. 



Friday, December 11, 2015

Proses Ekstrak Susu Soya | Tau Fu Fah


Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya Glycine max.

Kacang soya hijau berbentuk gumpalan 3 - 15, berbulu, berwarna hijau, mengandungi 2 - 4 biji, panjangnya 3 - 7 cm. Kacang soya berbentuk bulat, berwarna kuning ke hijau kekuningan. Pokok kacang soya mempunyai akar tunjang sepanjang 15 cm. Akar adventitius tumbuh daripada hipokotil. Nodul akar adalah kecil dan berbentuk sfera.

Kacang soya adalah legume berprotein tinggi (keluarga Fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa Jepun shoyu (kicap).

Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegan. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran, oat {Avena sativa} dan kemungkinannya kuinoa.

Manakala, Air kacang soya pula dikenalpasti mengikut kajian asalnya dari China, sebuah kawasan yang mempunyai pokok soya dan menggunakan dan memakan hasil soya sejak sebelum wujudnya rekod penulisan secara bertulis. Kemudiannya, pokok kacang soya dan hasil tuaiannya telah diperkenalkan dan di tanam di Jepun. Air kacang soya ditemui dan dibuat oleh Liu An dari Dinasti Han di China sebelum 164 sebelum masihi. Liu An juga dikatakan yang membuat tauhu di China, kemudiannya dikatakan 900 tahun selepas itu, dikenali di Jepun, sebagai tofu.

Untuk mengetahui lebih lanjut [ Klik Di Sini ]


Mesin Pemprosesan Soya | Klik Di Sini

Pemprosesan Minuman Soya

Bahan                                                   Kuantiti

  • Kacang Soya                                 1 Kg
  • Air                                                12 Liter
  • Gula                                              1.5 Kg
  • Daun Pandan                                3 Helai  



Proses Ekstrak Susu Soya

1) Bahan - bahan :

  • Kacang Soya
  • Air Untuk Rendam

2) Kacang direndam dalam air selama  4 - 6 jam

3) Basuh dan toskan kacang soya

4) Kemudian dikisar bersama air suam sebanyak 12 liter.

5) Susu Soya yang telah ditapis sedia diproses minuman soya.

Proses :-




Carta Alir


Kacang Soya

Bersih, Rendam 4 -6 Jam

               Nisbah Air & Soya (1 :6 )          Kisar      Hampas                                                                                

Masak Air Sehingga Mendidih
( Masukkan Gula )


Tuangkan Ke Dalam Bekas/ Botol

* Daun Pandan adalah pilihan untuk menggunakannya.



Pemprosesan Tau Fu Fah ( Pati Soya)



Bahan                                                       Kuantiti

  • Kacang Soya                                   1 Kg
  • Siako                                               15 Gram
  • Tepung Jagung                                30 Gram
  • Susu Tepung                                    30 Gram
  • Air                                                      6 Liter
Bahan Untuk Sirap :-

Gula (1 Kg)  + Air (3 Kg)


Kaedah Pemprosesan Taufu Fah

1.Kacang Soya yang telah dibasuh bersih, direndam selama 4 -6 jam.

2.Tos, basuh dan kisar dengan air panas dan ditapis. Nisbah soya dan air ( 1:6 ).

3.Masak sehingga mendidih.

4.Bancuh siako,tepung jagung dan susu tepung.

5.Tuang air kacang soya yang telah mendidih ke dalam bekas yang berisi campuran siako, tepung           jagung dan susu tepung.

6.Tudung dan biarkan selama 20 minit.

7.Makan bersama air gula dan manisan.
 

Proses :-

Carta Alir


Kacang Soya

Bersih, Rendam 4 -6 Jam

               Nisbah Air & Soya (1 :6 )          Kisar      Hampas                                                                                

Masak Air Sehingga Mendidih
( Masukkan Gula )



Larutkan Siako, Tepung Jagung, 
( Dengan Sedikit Air )


Susu Soya Di Tuangkan Dalam Bekas Bersama 
Larutan Siako, Tepung Jagung, Tepung Susu
( Bancuh Dengan Sedikit Air ).


 Pepejal  ( Pati Soya )       Tunggu selama 20 Minit                                                  


Simpan Dalam Bekas.














Tuesday, December 8, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri | Tarbiah Diniah 2009

Mengimbau kenangan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama sahabat handai, guru - guru, ustaz dan ustazah yang banyak membantu dalam menuntut ilmu dan pemudah bicara dalam kehidupan sosial di sekolah mahupun di luar. Pada tanggal 13 September 2009 pihak sekolah SMU (A) Tarbiah Diniah, Bunut Sarang Burung, 16200, Tumpat, Kelantan telah menganjurkan jamuan dan Majlis Sempena Hari Raya bersama pelajar bagi mengeratkan lagi silaturahim diantara para pendidik dan pelajar luar mahupun dalam (asrama).

Dengan adanya Majlis Seperti ini selain mengeratkan Silaturrahim ia juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam mengendalikan majlis maka disitulah akan terjalin tindakan saling bantu membantu antara satu sama lain yang mencetuskan keakraban bersama. Ikatan yang dibina ini mengeratkan ukhuwan kasih sayang bersama murabbi dan juga rakan seperjuangan. Terima Kasih pihak sekolah kerana menganjur majlis yang menyeronokkan seperti ini.

Disamping itu juga, pelajar - pelajar berpeluang merasai makanan dan hidangan yang disediakan oleh air tangan para pendidik yang banyak berjasa dipapan hitam, putih dalam mencurah ilmu dan menabur bakti kepada Agama. Negara dan juga Bangsa. Terima Kasih kepada para pendidik yang dikasihi sekalian.

Para pelajar juga, tidak ketinggalan membawa makanan yang disediakan oleh Ibubapa dari rumah untuk Majlis Sambutan Hari Raya ini. Terima Kasih juga kepada Mudir yang kami kasihi kerana menempah Laksa Laksam dan sebagainya sebagai santapan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Dibawah ini dilampirkan beberapa keping gambar sebagai renungan mengulit kenangan lalu. ;-)














 Selamat Hari Raya Semua !!

Maaf Zahir Dan Batin,
 Batch SPM (1) 2009
 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.