Kenali ‘Layer’ dan Bagaimana Ia Berfungsi
Layer sangat penting dalam penghasilan design. Ia adalah kunci kepada sesuatu design yang hebat. Apakah itu layer dan apakah kegunaannya?
Layer adalah lapisan-lapisan objek atau design yang dihasilkan semasa mereka bentuk design. Dengan layer, kerja anda menjadi lebih mudah kerana setiap objek tersusun dan sistematik.
Bila layer diasingkan, segala item yang terdapat pada design dapat digerakkan atau diubah seperti gambar rajah di bawah.
Di sini, saya akan tunjukkan bagaimana layer berfungsi.
Cipta satu file baru. Klik pada File > New (Ctrl+N).
Di bahagian layer, akan kelihatan seperti ini:
Tambah satu layer baru. Klik New Layer (seperti yang dibulatkan di gambar rajah).
Warnakan layer yang dihasilkan tadi dengan warna hitam. Klik pada Edit > Fill (Shift+F5).
Klik Ok
Layer akan kelihatan seperti ini:
Taip perkataan ‘Lapisan’ seperti di gambar rajah di bawah:
Untuk taip, klik pada icon 'T' di Toolbar (seperti dalam gambar rajah).
Jika anda perhatikan di bahagian layer, ia akan jadi seperti berikut:
Berbeza jika anda tidak hasilkan objek-objek mengikut layer. Ia akan jadi seperti ini:
Semua berada di dalam satu layer. Ia akan menyukarkan anda untuk menggerakkan objek yang ada di dalamnya.
Ini adalah contoh lain penggunaan layer dengan baik dan tersusun.
Baik, setakat ini saja untuk 'Layer'. Moga semua faham! Kalau ada pertanyaan, tinggalkan di ruang komen. :) Teruskan setia bersama kami!
0 comments:
Post a Comment