photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Saturday, July 21, 2012

Kenali ‘Layer’ dan Bagaimana Ia Berfungsi

baby
   
   
Layer sangat penting dalam penghasilan design. Ia adalah kunci kepada sesuatu design yang hebat. Apakah itu layer dan apakah kegunaannya?
Layer adalah lapisan-lapisan objek atau design yang dihasilkan semasa mereka bentuk design. Dengan layer, kerja anda menjadi lebih mudah kerana setiap objek tersusun dan sistematik.

Sebelum itu, ini adalah contoh penggunaan layer untuk menghasilkan design seperti di bawah. Ada lebih 30 layer yang terlibat.



Bila layer diasingkan, segala item yang terdapat pada design dapat digerakkan atau diubah seperti gambar rajah di bawah.



Di sini, saya akan tunjukkan bagaimana layer berfungsi.
Cipta satu file baru. Klik pada File > New (Ctrl+N).



Di bahagian layer, akan kelihatan seperti ini:



Tambah satu layer baru. Klik New Layer (seperti yang dibulatkan di gambar rajah).



Warnakan layer yang dihasilkan tadi dengan warna hitam. Klik pada Edit > Fill (Shift+F5).


Klik Ok

Layer akan kelihatan seperti ini:



Taip perkataan ‘Lapisan’ seperti di gambar rajah di bawah:



Untuk taip, klik pada icon 'T' di Toolbar (seperti dalam gambar rajah).

Kemudian hanya klik sekali pada ruangan workspace dan taip.

Jika anda perhatikan di bahagian layer, ia akan jadi seperti berikut:



Berbeza jika anda tidak hasilkan objek-objek mengikut layer. Ia akan jadi seperti ini:



Semua berada di dalam satu layer. Ia akan menyukarkan anda untuk menggerakkan objek yang ada di dalamnya.
Ini adalah contoh lain penggunaan layer dengan baik dan tersusun.



Baik, setakat ini saja untuk 'Layer'. Moga semua faham! Kalau ada pertanyaan, tinggalkan di ruang komen. :) Teruskan setia bersama kami!

Biodata Kolumnis

Thaharel Bahardin merupakan designer iluvislam.com. Bermula sebagai volunteer pada tahun 2009, beliau mula menjadi designer tetap pada tahun 2012.
 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.