photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Thursday, May 10, 2012

Filled Under:

Sekitar Kem Mukhayyam Tarbawi Hutan Lipur Lata Belatan ( Kaki Gunung Tebu)

Hutan Lipur Lata Belatan terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, di Daerah Besut. Hutan Lipur ini terletak kira-kira 24 km dari Bandar Jertih dan 118 km dari Kuala Terengganu.


Gunung Tebu merupakan Gunung yang tertinggi di Negeri Terengganu (1097m dari aras laut). Ia merupakan tarikan utama bagi pendaki-pendaki yang ingin mencabar mental dan fizikal dengan mendaki gunung ini. Selain itu, lata belatan juga menawarkan tempat rekreasi terbaik dan selamat bersama keluarga kerana airnya tidak sedalam dan sederas Lata Tembakah.


Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah menenangkan fikiran, berkelah bersama keluarga, berkhemah, menyusuri sungai, jungle trekking atau mendaki gunung. Kadar bayaran bagi perkhidmatan di Hutan Lipur Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu RM2 (tapak Perkhemahan), RM5 (bagi pendakian gunung tebu setiap seorang).Air di sungai Lata Belatan ini sangat tenang dan jernih. Oleh Sebab itulah Lata Belatan menjadi pilihan dan tumpuan untuk Kem Mukhayyam Tarbawi ( SMU ( A ) Tarbiah Diniah ) Kali ini.


Disini peserta telah dilatih untuk berdikari dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Disamping itu juga peserta  dilatih dalam ilmu keagamaan seperti mempersembahkan malam kebudayaan dengan hanya diberi masa sepuluh minit mengikut kretiviti dan kesenian masing - masing , Praktikal Solat Jama' dan Qasar . Peserta juga belajar cara memasak dengan mengunakan kayu api dan ketua akan memimpin dan  membahagi makanan secara adil kepada peserta kumpulan . Selain itu peserta dilatih bagaimana untuk menyempurnakan kehidupan   dalam hutan ( Bagaimana untuk  hidup dalam hutan !! Jika ? ) seperti memasak nasi dalam buluh , membuat perangkap binatang , mengukus nasi dalam tanah ,membuat khemah dengan mengunakan tumbuhan dan talinya daripada akar kayu dalam kaedah tertentu dan sebagainya.


Ini adalah sebahagian gambar yang diambil dari tempat perkelahan.



   


  
 












 







0 comments:

Post a Comment

 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.