photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Monday, May 9, 2011

Filled Under:

Pengenalan Al - Quran

 
Pengertian Al - Quran

Kalimah Al - Quran adalah berasal daripada Bahasa Arab "qaraa'' (قراء ) ,"yaqrau " (يقراء) dengan makna kumpuldan cantum". Manakala "al - Qiraatu (القراءة ) ialah mencantumkan huruf dan kalimah dalam bacaan . Al -Quran adalah kata dasar "Masdar" ( iaitu kata terbitan) dari kalimah "qaraa"(قراء),"Qiraaatan"(قراء) dan Qura'anan (قرءانا) . Masdar adalah merupakan suatuy kata nama (Isim) maka al -Quran adalah nama bagi satu kitab. (Ibn Manzur. t.t. hal: 3563).

Al-Quran Di Sudut Istilah

Menurut pendapat ulama' usul dan fiqh ta'rif al-Quran ialah:

القرءان هو كلام الله المعجز على نبى محمد صلى الله عليه وسلم متواترا المكتوب فى المصحف والمتعبد بتلاوته من اول سورة الفاتحة الى آخر سورة الناس

Maksudnya: Al-Quran adalah Kalam Allah yang mu'jiz dan diturunkan  kepada Nabi Muhammad s.a.w secara mutawatir, yang tertulis dalam mushaf dan menjadi ibadah kepada setiap pembacanya yang terkandung daripada awal surah al-Fatihah sehingga akhir Surah al-Nas. ( Muhammad Amin. 1990, hal 10 )

Kelebihan Al-Quran

Al-Quran adalah kitab suci dan terlalu banyak kelebihannya. Kelebihan al-Quran telah banyak dihuraikan oleh para ulama' dalam pelbagai kitab. Antara kelebihan al-QAuran yang dapat penulis huraikan disini antaranya ialah:

Pertama: Al-Quran merupakan mukjizat teragung.

Al-Quran merupakan mukjizat agong kurniaan Allah Taala kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi dan rasul akhir zaman. Maka al-Quran kekal sehingga akhir zaman menjadi panduan dan ikutan manusia seluruh alam. Berbeza dengan kitab-kitab lain yang terhad dan sesuai dengan zamannya sahaja seperti kitab Taurat dan Injil.

Kedua: Al-Quran adalah kalam Allah

Terdapat banyak ayat-ayat yang menjadi dalil atau hujjah bahawa al-Quran bukan ciptaan manusia bahkan ianya jelas datang dari Allah Taala. ( Surah Hud Ayat 1 ).

Professor Nabia Abott dari Amerika menegaskan :

"al - Quran itu walau apa pun kandungannya , ia tetap bukan ciptaan manusia. Sekiranya kita mengingkari al -Quran dari Allah ini bermakna kita menganggap Nabi Muhammad itu sebagai Allah'.
(Ammar,2007,hal :145). 




0 comments:

Post a Comment

 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.