photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Friday, September 23, 2011

Wabak-wabak dalam organisasi

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN DAN AHMAD TERMIZI MOHAMED

KITA selalu menghalakan tumpuan pada sudut pandang yang kurang tepat apabila melihat sesuatu. Kebanyakan kita melihat sesebuah institusi yang hebat dan gah itu apabila ia mempunyai aset yang besar, keupayaan mendatangkan pulangan yang lumayan, bangunan yang tinggi, kakitangan yang ramai dan nama yang terkenal.
Namun, sebenarnya tidak akan sempurna kehebatan institusi berkenaan tanpa organisasi yang mantap di dalamnya. Membina sebuah institusi yang kukuh dan teguh bukanlah satu perkara yang mudah.
Hakikatnya, membina organisasi yang mempunyai anggota yang bersatu adalah lebih sukar. Sebabnya, membina institusi dari sudut fizikalnya cukup dengan mempunyai dana dan melengkapi prosidur yang ditetapkan.
Sebaliknya, membina organisasi yang mempunyai ‘jiwa dan roh’ memerlukan kesatuan jiwa dan hati di kalangan anggotanya.
Tuntasnya, hati dan jiwa adalah merupakan komponen diri yang agak seni, tidak mampu dilihat dan disentuh untuk menjalani proses rawatan sekiranya mempunyai penyakit.
Akan tetapi, sekiranya hati anggota organisasi itu bermasalah, maka ia akan menyebabkan wujudnya wabak-wabak dan penyakit-penyakit lain di kalangan mereka.
Sebabnya, apabila wabak hati tidak dirawat, maka Allah SWT akan menambahkan wabak-wabak yang lain dalam hati mereka.
Firman Allah SWT ketika menceritakan perihal orang yang munafik: Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit, maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (al-Baqarah: 10).
Inilah cabaran besar kepada pemimpin sesebuah organisasi. Bukan sahaja perlu memastikan anggota organisasinya jelas dengan hala tuju yang disasarkan, bahkan pada waktu yang sama perlu membangunkan hati yang bersih dari sebarang wabak agar dapat mencapai visi dan misi yang disasarkan secara bersama (wehdatul hadaf) melalui gerak kerja secara sepakat (wehdatul amal) yang lahir dari pemikiran yang bersatu (wehdatul fikr).
Justeru, hati memainkan peranan penting dalam membina sesuatu organisasi. Rasulullah SAW mengambil masa lebih kurang 13 tahun di Kota Mekah untuk membina akidah dan hati yang yakin serta mempunyai keimanan yang jitu kepada Allah SWT.
Lalu Baginda SAW dapat melahirkan para sahabat yang mempunyai kesatuan dan perpaduan yang jitu, laksana sebuah bangunan yang berdiri teguh.
Ia sebagaimana yang terkandung dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (as-Saff: 4)
Bayangkan bagaimana Rasulullah SAW boleh menyatukan sahabat-sahabat dari pelbagai latarbelakang sama ada kaya atau miskin, hamba atau merdeka, Arab atau bukan Arab.
Baginda berjaya menyatukan Aus dan Khazraj yang bertelingkah selama beratus tahun. Demikian juga, golongan Muhajirin dan Ansar yang dipisahkan oleh jurang geografi sebelum itu.
Nama-nama sahabat yang hebat seperti Salman Al-Farisi yang berasal dari Parsi, Suhaib Al-Rumi yang berasal dari Rom, Huzaifah Al-Yamani yang datang dari Yaman dapat bersama-sama dengan sahabat-sahabat lain dalam satu akidah termasuklah Bilal bin Rabah yang merupakan seorang hamba Habsyi.
Mungkin tidak pernah disaksikan berlaku dalam sejarah peradaban manusia dapat menonjolkan kerukunan hidup bermasyarakat sebagaimana yang telah dibangunkan oleh Nabi SAW dan para sahabat r.a.
Dalam konteks syarikat, setiap individu mempunyai posisinya masing-masing. Setiap posisi ini mempunyai tanggungjawab serta peranan yang perlu dilaksanakan dalam menjayakan agenda termasuk visi dan misi yang disasarkan. Setiap posisi juga mempunyai perkaitan di antara satu sama lain.
Kesatuan dalam bekerja
Persoalannya, bagaimana boleh kita wujudkan kesatuan individu-individu yang menjadi warga kerja sedangkan mereka mempunyai latarbelakang yang berlainan serta matlamat berbeza.
Dapatkah mereka membina kesatuan dalam kelainan diri yang ada? Penyelesaian kepada kerangka perbezaan ini mestilah terlebih dahulu bermula dengan hati.
Oleh kerana hati tidak dapat dirawat sebagaimana organ-organ di badan manusia yang lain, maka cara rawatannya mesti dirujuk kepada pencipta kepada hati, iaitu Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai umat manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus: 57)
Antara wabak-wabak hati yang boleh melemah dan merosakkan organisasi yang perlu dihindari oleh setiap anggota dalam organisasi ialah seperti berikut;
* Ego dan sombong
* Riak dan takbur
* Berprasangka negatif
* Cemburu dan iri hati
* Suka mencari kelemahan orang lain
* Kedekut dan tidak suka berkongsi
* Mementingkan diri sendiri
* Suka kepada pujian
Insya-Allah, tulisan-tulisan kami akan datang akan memperincikan wabak-wabak ini dan penawarnya yang telah disediakan oleh Allah SWT sebagai pedoman untuk kita bersama.
Mudah-mudahan ia akan menjadi sebuah muhasabah untuk kita membetulkan diri dari semasa ke semasa bagi membangunkan organisasi kita masing-masing.

Sumber : Pusat Pembangunan Pondok Berhad Dalam Amalan Pilihan.

16 Kebaikan sujud dalam solat

sujud

Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.


1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.


3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.


5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.


9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.


10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.


12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).


13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.


16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.


Sumber : Pusat Pembangunan Pondok Berhad Dalam Amalan Pilihan.

Saturday, August 13, 2011

Kejayaan Tidak Datang Bergolek Tanpa Keringat

Membina Kekuatan Dalaman

Dengan melakukan amalan - amalan  zikir  krohanian seperti solat wajib dan sunat, zikir, membaca Al - Quran berdoa dan bertawakkal kepada Allah.Disamping itu , Anda mesti meninggalkan sifat mazmumah ( tercela ) seperti malas , menipu , lemah semangat, mementingkan diri sendiri, sombong, berlagak , keras kepala, samseng , bergaul bebas, rendah diri dan menggantikannya dengan sifat - sifat mahmudah ( terpuji ) seperti rajin, dedikasi , cekal , tabah , tidak putus asa, kreatif, proaktif dan sebagainya.




"Kegagalan Bukanlah Bererti Jatuh Terduduk Tetapi Ia Jatuh Dan Tidak Mahu Bangun Lagi"
( Confucius)


Antara Faktor Penghalang Kepada Kejayaan.

  • Tidak berminat dan malas untuk menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pelajaran .
  • Malas untuk mengulangkaji pelajaran yang diajarkan oleh guru terutama di rumah.
  • Kuranngnya daya dorongan daripada rakan - rakan . ibu bapa dan guru - guru.
  • Pengaruh rakan sebaya yang malas dan lemah dalam menguasai pelajaran.
  • Suasana dan persekitaran pembelajaran yang tidak menyeronokkan disekolah.
  • Pengaruh media bercetak dan elektronik yang banyak memaparkan unsur - unsur negatif.
  • Budaya dalam sesebuah keluarga yang huru - hara dan kacau bilau.
  • Tidak dapat menerima hakikat bahawa ilmu pengetahuan itu adalah amat penting dalam kehidupan didunia dan akhirat.
  • Tekanan hidup dan kemiskinan
  • Masalah kesihatan yang tidak mengizinkan
  • Hidup yang tidak tenteran akibat daripada diri sendiri yang tidak berminat meneruskan pelajaran dan bergelumang cara hidup yang bercanggah dengan ajaran agama.
  • Tidak mempunyai disiplin diri.
  • Tidak mempunyai cita - cita tinggi.
  • Keciciran dalam pelajaran.
  • Guru tidak memberikan dorongan dan bimbingan yang sempurna.
  • Latar belakang keluarga tidak memberi contoh untuk anda mencapai kejayaan.

Kekuatan Doa



Doa Memiliki Kekuatan Yang Luar Biasa Sehinggakan Dianggap Sebagai Senjata Orang Mukmin. Selain Itu, Doa Juga Mampu Menghapuskan Bala Dengan Syarat Dilakukan Dengan Khusyuk, Mengikut Adab Dan Disiplin.


<3 Makna Doa <3

Doa bermaksud 'minta, pohon, seru, dan sebagainya. Kalimah ini adalah makna lughawi ( bahasa ) kepada taklimat solat. Solat ialah perbuatan dan pengucapan yang dimulakan dengan takbiratul-ihram dan disudahi dengan salam.

Sabda Rasullah S.A.W

"Doa itu ialah ibadah" dan "Doa itu inti ibadah."

Mengikut istilah syarak. Doa bermaksud penyataan kepada Allah Taala dan menyerah diri kepada kekuasaan ( haul ) dan kekuatanNya ( quwwah ).

Pelbagai Pendapat Ulama Mengenai Waktunya. Antaranya :-
  1.  Ketika Terbit Matahari
  2. Ketika Gelincir Matahari
  3. Ketika Azan
  4. Ketika Khatib Naik Ke Atas Mimbar Dan Membaca Khutbah
  5. Ketika Orang Berdiri Untuk Sembahyang ( Qiam )
  6. Pada Akhir Waktu Asar (Waktu Ikhtiar)
  7. Ketika Menjelang Tenggelamnnya Matahari ( Ghurub ).

Adab Berdoa

Berdoa memiliki adab dan tatacaranya. Doa adalah permohonan kepada Allah, maka mestilah mengikut disiplin dan adab - adabnya.

  1. Mengadap Kiblat
  2. Mengangkat Tangan
  3. Merndah Diri
  4. Jangan Bersajak
  5. Menyuburkan Rasa Hina Dan Insaf
  6. Iltizam Dan Yakin
  7. Mula Dan Akhiri Doa Dengan Tahmid
  8. Sunat Menyapu Muka



zwani.com myspace graphic comments




Tuesday, May 24, 2011

Tutur Kata Cermin Hati 2

 
  Menggunakan lidah untuk mengeluarkan tutur kata baik, brhemah dan bermanfaat itu menjadikan cermin hati seseorang . Jadi, seharusnya seseorang itusentiasa berwaspada dan berfikir bayak kali sebelum bertutur. Ini kerana sebarang kata yang menyakiti orang lain atau bersifat keji akan mengakibatkan suasana perhubungan manusia menjadi keruh dan tegang . Abdullah bin Mas'udberkata " Demi Allah yang tiada disembah melainkan Dia. Tiadalah sesuatu yang lebih baik memerlukan lamanya ditahan melainkan lidah."
______________________________________
______________________________________

Saidina Abu Bakar as-Shiddiq dikatakan pernah
meletakkan batu kecil dalam mulutnya untuk
mencegah dirinya daripada berkata - kata .
______________________________________
______________________________________
    Dia pernah menunjukkan lidahnya sambil berkata ; inilah yang  mendatangkan hal - hal kebinasaankepadaku." Begitulah berhati - hatinya Abu Bakardalam aspek mengeluarkan tutur kata dan begitulah  takutnya lidahnya membawa kecelakaan dan kemurkaan Allah. Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah . Marilah kita hayati kenyataan Allah ini, "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (astau perbuatan yang dilakukan nya) melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang sentisa sedia (menerima dan menulisnya); (Maksud Surah Qaf ayat 18).

Ini satu lagi peringatan Allah buat kita semua , baca dan renunglah wahai saudaraku sekalian ! Kata Allah , " Pada hari ketika lidah, tangan dan kaki menjadi saksi atas mereka terhadap apa - apa yang dulu mereka kerja." (Maksud Surah An Nur ayat 24).jadi, berwaspadalah kita dalam menutur kata - kata.

More Pics @ MySpaceAntics.com

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi - Hukum Menonton Wayang

    


           Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau : لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذات...ها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به. وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية “Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya. 


      Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud” Syarat-syaratnya :- 1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya. 2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah. 3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap. Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.


See more
by: Razif Fuad

Monday, May 23, 2011

DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe

ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe



Posted on Tuesday, May 17, 2011 by Nazo
Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu...

Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!

kata jer Malaysia ini negara islam?
tapi persekitaran?
kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!

Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’


Syarikat tersebut adalah:

Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )

 
8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011
9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011


Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.
TO'KI : DAH TAK PAYAH MAKAN KEK KE ROTI LAGI KOT, BAIK MAKAN NASI LEMAK JE!

Friday, May 20, 2011

Tutur Kata Cermin Hati

Tutur Kata Cermin Hati


     Kaedah berkomunikasi dan berinteraksi sesama insan dengan aturan tutur kata berhemah dan bersopan tinggi menjadi penentu kepada terbina perwatakan peribadi unggul. Atas dasar itulah islam sangat memfokuskan perkara itu kepada setiap umatnya.


     Penggunaan bahasa lisan dengan bahasa yang sopan akan memberikan impak positif dapat mewujudkan suasana hubungan yang mesra dan kondusif. Peri penting menjaga lisan agar tidak melencong daripada landasan yang dikehendaki agama membuatkan Ibnu Qayyim Rahimullah ada berpesan yang katanya, " Kadangkala manusia diberi kekuatan untuk memelihara dan menjaga dirinya daripada makanan yang haram , berbuat zalim , berzina , mencuri, minum khamar ( arak ),memandang yang haram dan lain - lain lagi. Tetapi tidak untuk lisan . Sehingga anda sering melihat seseorang yang mampu melaksanakan ajaran agama, zuhud dan rajin berbadat tetapi sering mengucapkan kata - kata mengundan kemurkaan Allah, malah kadangkala berani menjadi saksi palsu dan menolak kebenaran .

    " Muhammad Wasi' pula pernah berpesan kepada Malik Bin Dinar dengan katanya"  Wahai Abu Yahya ,. Mejaga lidah itu lebih sukar bagi manusia daripada menjagadinar dan dirham (harta)'. Benar dan tepat kata -kata itu kerana kita dalam kehidupan moden ini begitu berhati - hati dan bersungguh  - sungguh dalam aspek memelihara harta kekayaan yang kita miliki. Tetapi bagaimana sikap kita dengan pemeliharaaan lisan atau tutur kata seharian ?

      Sedangkan aspek memelihara lidah itu mesti diutamakan dan didahulukan sebelum menjaga yang lain. Sebab itulah Hasan al - Basri mengatakan ; 'Tidak memahami agamanya yang tidak menjaga lidahnya .' Ibnu Thaus pula berkata; ' Lidahku ini binatang buas, jikalau aku melepaskannya, nescaya ia memakan aku. ''





Monday, May 9, 2011

Pengenalan Al - Quran

 
Pengertian Al - Quran

Kalimah Al - Quran adalah berasal daripada Bahasa Arab "qaraa'' (قراء ) ,"yaqrau " (يقراء) dengan makna kumpuldan cantum". Manakala "al - Qiraatu (القراءة ) ialah mencantumkan huruf dan kalimah dalam bacaan . Al -Quran adalah kata dasar "Masdar" ( iaitu kata terbitan) dari kalimah "qaraa"(قراء),"Qiraaatan"(قراء) dan Qura'anan (قرءانا) . Masdar adalah merupakan suatuy kata nama (Isim) maka al -Quran adalah nama bagi satu kitab. (Ibn Manzur. t.t. hal: 3563).

Al-Quran Di Sudut Istilah

Menurut pendapat ulama' usul dan fiqh ta'rif al-Quran ialah:

القرءان هو كلام الله المعجز على نبى محمد صلى الله عليه وسلم متواترا المكتوب فى المصحف والمتعبد بتلاوته من اول سورة الفاتحة الى آخر سورة الناس

Maksudnya: Al-Quran adalah Kalam Allah yang mu'jiz dan diturunkan  kepada Nabi Muhammad s.a.w secara mutawatir, yang tertulis dalam mushaf dan menjadi ibadah kepada setiap pembacanya yang terkandung daripada awal surah al-Fatihah sehingga akhir Surah al-Nas. ( Muhammad Amin. 1990, hal 10 )

Kelebihan Al-Quran

Al-Quran adalah kitab suci dan terlalu banyak kelebihannya. Kelebihan al-Quran telah banyak dihuraikan oleh para ulama' dalam pelbagai kitab. Antara kelebihan al-QAuran yang dapat penulis huraikan disini antaranya ialah:

Pertama: Al-Quran merupakan mukjizat teragung.

Al-Quran merupakan mukjizat agong kurniaan Allah Taala kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi dan rasul akhir zaman. Maka al-Quran kekal sehingga akhir zaman menjadi panduan dan ikutan manusia seluruh alam. Berbeza dengan kitab-kitab lain yang terhad dan sesuai dengan zamannya sahaja seperti kitab Taurat dan Injil.

Kedua: Al-Quran adalah kalam Allah

Terdapat banyak ayat-ayat yang menjadi dalil atau hujjah bahawa al-Quran bukan ciptaan manusia bahkan ianya jelas datang dari Allah Taala. ( Surah Hud Ayat 1 ).

Professor Nabia Abott dari Amerika menegaskan :

"al - Quran itu walau apa pun kandungannya , ia tetap bukan ciptaan manusia. Sekiranya kita mengingkari al -Quran dari Allah ini bermakna kita menganggap Nabi Muhammad itu sebagai Allah'.
(Ammar,2007,hal :145). 




Wednesday, April 13, 2011

Perihal Keselamatan Bahagian 2 ( Chris Harris ).

Jenis -Jenis Jenayah Kejam Dan Ganas.



zwani.com myspace graphic comments
* Oleh kerana kita akan membincangkan mengenai jenayah dan kekejaman didalam ?blog ini, adalah mustahak bagi anda untuk memahami dengan mendalam akan terminologi tertentu. Saya akan mulakan dengan membiasakan anda dengan apa yang saya anggap sebagai tujuh jenayah besar ( Big Sevens ) di Amerika Syarikat yang berkaitan dengan pertahanan diri ; pembunuhan, rogol, rompakan, serangan keras , pecah premis, curi ( Lacrcency-theft ) dan curi kenderaan. ketujuh -tujuh kategori ini dipecahkan kepada 2 kumpulan; jenayah nkejamterdiri daripada pembunuhan, rogol, rompakan, dan pecah premis, curi dan curi kenderaan.

(a) Pembunuhan
    
     * Amerka Syarikat mendapat kecemerlangan kerana mempunyai kadar pembunuhan tertinggi didunia. Jenayah pembunuhan  pada tahun 1994 di  Amerka Syarikat berjumlah lebih daripada 23,300 kes yang bersamaan dengan hampir 64 kes pembunuhan setiap hari. Bagi mereka yang menyangka bahawa pertahanan diri hanyalah untuk wanita , angka -angka juga menunjukkan bahawa hampir 80% mangsa pembunuhan adalah lelaki  dan seterusnya ,88 % daripada mangsa adalah berumur lebih 18 tahun.

(b) Rogol

     * Definisi rogol adalah pembabitan dalam aktiviti seks dengan orang orang yang tidak merestuinya.
 
  Terdapat 4 Jenis Rogol.

1. Rogol Domestik - Rogol yang dilakukan oleh pasangan atau saudara yang terdekat dengan kebiasaannya berlaku dirumah . ( Sumbang Mahram ).

2. Rogol Temujanji - Rogol yang dilakukan oleh individu yang anda bertemu dengannya .

3. Rogol Kenalan - Rogol yang dilakukan oleh rakan atau kenalan ( tetapi bukannya seorang yang anda membuat temujanji dengannya.)



( C ) Rompakan
       
zwani.com myspace graphic comments
       
 * Merujuk kepada kamus webster, rompakan adalah 'jenayah rampasan harta persendiriaan ketika ianya berada didalam pemilikan tuannya ataupun ketika kehadiran seseorang dengan penggunaan kekerasan atau paksaan'.




           Dalam tahun 1994, penguatkuasa undang - undang telah merekodkan hampir 620,000 rompakan . 55 peratus daripada jenayah ini dilakukan di jalan - jalan dan dilebuh raya. Senjata juga telah digunakan didalam 42 peratus daripada semua kes rompakan dan 39 peratus menggunakan taktik '' Strong Arm ''. Berapa banyakkah wang yang terlibat didalam rompakan tersebut ? Jumlah harta benda yang dicuri adalah brnilai $ 496 Juta . Bank - bank yang dirompak mengalami purata kerugiaan kira - kira $3,550 bagi setiap kes yang berlaku.

Sejarah Bela Diri Tarian Capoeira ( 2 )

Sebahagian Daripada Video Martial Arts Capoeira


Lateef Crowder





Sedutan Daripada Movies.







Beberapa gerakan dalam Capoeira:
1. Ginga
2. Handstand
3. Backflip
4. Headspin
5. Handstand Whirling

1. Ginga
Ginga ( Jin gah ) adalah Gerakan dasar pada Capoeira.
Pada Capoeira Angola Ginga dilakukan Secara bebas dan sangat individualistis, sedangkan pada Capoeira Regional Biasanya terstruktur, namun Style Pribadi masih diijinkan.
Ginga merupakan sebuah perwujudan Expresi dan Style Pribadi. Ginga dilakukan sebagai persiapan untuk melakukan gerakan-gerakan yang lain, misalnya menyerang, menghindar, mengelak dan gerakan lainnya.


2 . Passape (pah-sah-pay )
Lebih dikenal dengan sebutan meia lua de frente merupakan tendangan setengah putaran depan dengan arah dari luar ke dalam.
Sasarannya adalah daerah muka lawan, selain untuk serangan langsung biasanya dikombinasikan dengan gerakan lainnya semisal Au atau armada.


2. Queixada (kay-sha-da)
Tendangan ini hampir mirip dengan kebalikan passape, dengan arah putaran dari dalam ke luar, sasaran masih daerah muka dan kepala, perputaran kaki dihasilkan oleh momentum dari perputaran tubuh.
paling sering digunakan karena mudah, cukup powerful dan mudah dikombinasikan dengan gerakan lain


3. Armada (ar-mah-dah)
Tendangan memutar, dengan memanfaatkan kekuatan otot dan momentum perputaran tubuh sebelum tangan. Usahakan memutar tubuh lalu melihat lawan dulu sebelum melakukan tendangan


Thursday, March 31, 2011

Perihal Keselamatan Bahagian 1 ( Chris Harris ).

    Bilakah kali terakhir anda berkata ' berhati - hati '? kita mengatakannya setiap masa kepada ahli keluarga kita , rakan - rakan kita dan juga kepada orang asing . Perkara pokoknya dalah untuk mengetahui bagaimana untuk berhati - hati. Inilah yang yang akan dibincangkan dalam blog ini. Cara - cara praktikal bagi semua peringkat umur manusia dan semua kemampuan fizikal untuk hidup dengan selamat tanpa ketakutan yang tidak munasabah.

   Jenayah dan keganasan telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat pada masa kini, malah hiburan kita. Sekolah - sekolah pertahanan diri dan seni bela diri tumbuh melata dimerata - rata tempat. Seorang manusia biasa tidak lagi berminat untuk menjadi seorang lagi Walker , Polis , Tentera , Texas Ranjer ; dia cuma mahu berada dalam keadaan selamat. Biar apapun keinginan dan kemampuan anda , syeksyen ini akan akan membantu anda mencapai perimbangan yang bersesuaian dengan diri dan kemampuan anda.

   Mungkin anda, secara nalurinya ,sudah mengetahui beberapa perkara perlu untuk mempertahankan diri anda dengan yakin. Pelajarilah bagaimana untuk mengguna naluri anda , bila untuk menerima pujian dan bagaimana untuk menyedari bahaya dengan mengikuti 6 pPeraturan Emas ( Six Golden Rules ). Bolehkah anda mengenal pasti penjenayah? Pelajari bagaimana penjenayah berfikir dan bagaimana untuk mengelak daripada terpedaya dengan penampilan seseorang. ( Pernahkah anda perasan , menerusi beriata- berita yang disiarkan , bahawa lelaki atau wanita yang melakukan jenayah kejam dan ganas selalunya kelihatan terlalu baik untuk menjadi orang jahat.

    Tidak kisahlah samada anda merupakan seorang pemain bola sepak , pelajar kolej atauatau ahli perniagaan yang melakukan perjalanan antarabangsa , anda masih boleh mempertahankan diri anda. Anda boleh belajar untuk menghindari bahaya dan jika anda terperangkap dalam situasi yang membahayakan , anda boleh mengendalikannya, walaupun ia berda dalam keadaan yang boleh mengancam nyawa. Terdapat cara - cara yang selamat untuk melindungi diri anda dan keluarga anda. Sudah tiba masanya untuk bermula !

Wednesday, February 16, 2011

Sejarah Bela Diri Tarian Capoeira ( 1 )

Capoeira merupakan sebuah olah raga bela diri yang dikembangkan oleh para budak Afrika di Brasil pada sekitar tahun 1500-an. Gerakan dalam capoeira menyerupai tarian dan bertitik berat pada tendangan. Pertarungan dalam capoeira biasanya diiringi oleh musik dan disebut Jogo. Capoeira sering dikritik karena banyak orang meragukan keampuhannya dalam pertarungan sungguhan, dibanding seni bela diri lainnya seperti Karate atau Taekwondo.
Capoeira adalah sebuah sistem bela diri tradisional yang didirikan di Brazil oleh budak-budak Afrika yang dibawa oleh orang-orang Portugis ke Brazil untuk bekerja di perkebunan-perkebunan besar. Pada zaman dahulu mereka melalukan latihan dengan diiringi oleh alat-alat musik tradisional, seperti berimbau (sebuah lengkungan kayu dengan tali senar yang dipukul dengan sebuah kayu kecil untuk menggetarkannya) dan atabaque (gendang besar), dan ini juga lebih mudah bagi mereka untuk menyembunyikan latihan mereka dalam berbagai macam aktivitas seperti kesenangan dalam pesta yang dilakukan oleh para budak di tempat tinggal mereka yang bernama senzala. Ketika seorang budak melarikan diri ia akan dikejar oleh “pemburu” profesional bersenjata yang bernama capitães-do-mato (kapten hutan). Biasanya capoeira adalah satu-satunya bela diri yang dipakai oleh budak tersebut untuk mempertahankan diri. Pertarungan mereka biasanya terjadi di tempat lapang dalam hutan yang dalam bahasa tupi-guarani (salah satu bahasa pribumi di Brazil) disebut caá-puêra – beberapa ahli sejarah berpendapat bahwa inilah asal dari nama seni bela diri tersebut. Mereka yang sempat melarikan diri berkumpul di desa-desa yang dipagari yang bernama quilombo, di tempat yang susah dicapai. Quilombo yang paling penting adalah Palmares yang mana penduduknya pernah sampai berjumlah sepuluh ribu dan bertahan hingga kurang lebih selama enam puluh tahun melawan kekuasaan yang mau menginvasi mereka. Ketua mereka yang paling terkenal bernama Zumbi. Ketika hukum untuk menghilangkan perbudakan muncul dan Brazil mulai mengimport pekerja buruh kulit putih dari negara-negara seperti Portugal, Spanyol dan Italia untuk bekerja di pertanian, banyak orang negro terpaksa berpindah tempat tinggal ke kota-kota, dan karena banyak dari mereka yang tidak mempunyai pekerjaan mulai menjadi penjahat.
Capoeira. Sepertinya pada waktu itulah mereka mulai menggunakan pisau cukur dalam pertarungannya, ini merupakan pengaruh dari pemain capoeira yang berasal dari Portugal dan menyanyikan fado (musik tradisional Portugis yang mirip dengan keroncong). Pada waktu itu juga beberapa sektor yang rasis dari kaum elit Brazil berteriak melawan pengaruh Afrika dalam kebudayaan negara, dan ingin “memutihkan” negara mereka. Setelah kurang lebih setengah abad berada dalam klandestin, dan orang-orang mepelajarinya di jalan-jalan tersembunyi dan di halaman-halaman belakang rumah, Manuel dos Reis Machado, Sang Guru (Mestre) Bimba, mengadakan sebuah pertunjukan untuk Getúlio Vargas, presiden Brazil pada waktu itu, dan ini merupakan permulaan yang baru untuk capoeira. Mulai didirikan akademi-akademi, agar publik dapat mempelajari permainan capoeira. Nama-nama yang paling penting pada masa itu adalah Vicente Ferreira Pastinha (Sang Guru Pastinha), yang mengajarkan aliran “Angola”, yang sangat tradisional, dan Mestre Bimba, yang mendirikan aliran dengan beberapa inovasi yang ia namakan “Regional”.
Sejak masa itu hingga masa sekarang capoeira melewati sebuah perjalanan yang panjang. Saat ini capoeira dipelajari hampir di seluruh dunia, dari Portugal sampai ke Norwegia, dari Amerika Serikat sampai ke Australia, dari Indonesia sampai ke Jepang. Di Indonesia capoeira sudah mulai dikenal banyak orang, disamping kelompok yang ada di Yogyakarta, juga terdapat beberapa kelompok di Jakarta. Banyak pemainberminat mempelajari capoeira karena lingkungannya yang santai dan gembira, tidak sama dengan disiplin keras yang biasanya terdapat dalam sistem bela diri dari Timur. Seperti yang pernah dikatakan oleh seorang penulis besar dari Brazil Jorge Amado, ini “pertarungan yang paling indah di seluruh dunia, karena ini juga sebuah tarian”.
Dalam capoeira teknik gerakan dasar dimulai dari “ginga” dan bukan dari posisi berhenti yang merupakan karateristik dari karate, taekwondo, pencak silat, wushu kung fu, dll…; ginga adalah gerakan-gerakan tubuh yang berkelanjutan dan bertujuan untuk mencari waktu yang tepat untuk menyerang atau mempertahankan diri, yang sering kali adalah menghindarkan diri dari serangan. Dalam roda para pemain capoeira mengetes diri mereka, lewat permainan pertandingan, di tengah lingkaran yang dibuat oleh para pemain musik dengan alat-alat musik Afrika dan menyanyikan bermacam-macam lagu, dan pemain lainnya bertepuk tangan dan menyanyikan bagian refrein. Lirik lagu-lagu itu tentang sejarah kesenian tersebut, guru besar pada waktu dulu dan sekarang, tentang hidup dalam masa perbudakan, dan perlawanan mencapai kemerdekaan. Gaya bermain musik mempunyai perbedaan ritme untuk bermacam-macam permainan capoeira, ada yang perlahan dan ada juga yang cepat.
Capoeira tidak saja menjadi sebuah kebudayaan, tetapi juga sebuah olahraga nasional Brazil, dan para guru dari negara tersebut membuat capoeira menjadi terus menerus lebih internasional, mengajar di kelompok-kelompok mahasiswa, bermacam-macam fitness center, organisasi-organisasi kecil, dll. Siswa-siswa mereka belajar menyanyikan lagu-lagu Capoeira dengan bahasa Portugis – “Capoeira é prá homi, / mininu e mulhé…” (Capoeira untuk laki-laki, / anak-anak dan perempuan).
Di Indonesia, sama seperti di negara-negara yang lain, kemungkinan Capoeira akan semakin berkembang.
Beberapa gerakan dalam Capoeira:
1. Ginga
2. Handstand
3. Backflip
4. Headspin
5. Handstand Whirling


Sumber :-

http://dwkblog.wordpress.com/2009/10/17/sejarah-bela-diri-tarian-capoeira/

The Capoeira Blog
http://thecapoeirablog.wordpress.com/

Tuesday, February 1, 2011

Silat Cekak Hanafi Dan Seumpamanya




Pengertian Cekak
Petikan daripada artikel yang bertajuk 'Cekak'
Suara Cekak, KDN 9130, Bilangan 1, Tahun 1975

Mengapakah Silat Cekak ini dipanggil Silat Cekak? Mengapakah tidak diberi nama-nama yang lain?

Adakah nama Cekak diletakkan dengan tidak mempunyai apa-apa maksud?


Perkataan Lama. Perkataan Cekak adalah satu perkataan yang tua yang telah lahir sejak zaman masyarakat Melayu. Perkataan 'Cekak' digunakan setiap hari, ini menunjukkan perhubungan yang rapat antara masyarakat kita dengan perkataan 'Cekak' itu tetapi mereka masih jauh dari pengertian Cekak apabila perkataan itu digunakan sebagai nama sejenis seni silat iaitu Seni Silat Cekak.

Oleh kerana perkataan Cekak mempunyai pertalian yang erat dengan tata bahasa Melayu, untuk mengetahui mengapakah Silat Cekak itu dinamakan 'Silat Cekak', kita mestilah mengkaji dari segi istilah dan penggunaan perkataan 'Cekak' itu sendiri.

Makan Cekak. Di Utara terutama di Kedah, perkataan Cekak itu telah dijadikan satu simpulan bahasa - 'makan cekak'. Simpulan bahasa tersebut membawa makna bertanggungjawab. Misalnya ada suatu pekerjaan yang hendak dibuat, maka ada orang yang mengatakan:

"Ah, itu aku seorang saja pun 'makan cekak'."

Bila dibawa kembali kepada 'Silat Cekak' maka makna 'Silat Cekak' ialah silat yang bertanggungjawab menjaga diri pengamal-pengamalnya dari dianiayai oleh musuh-musuhnya.

Bercakak. Di dalam bahasa Minang, perkataan Cekak ada juga, tetapi tidak disebut sebagai 'Ce-kak' tetapi disebut dengan bunyi 'Cakak'. Bercakak dalam bahasa Minang membawa maksud bergaduh. Contohnya:

"Si Ali dan si Ahmad sedang bercakak di simpang tiga".

Ini membawa pengertian bahawa si Ali dan si Ahmad sedang bergaduh. Jadi kembali kita kepada makna Silat Cekak - ia membawa erti 'Silat Gaduh'. Ini bukan bermakna Silat Cekak ini suka bergaduh tetap ialah Silat yang boleh dibawa bergaduh untuk mempertahankan diri. Jelas sekali Silat Cekak sebenarnya Silat yang benar-benar untuk mempertahankan diri bukan untuk pertunjukkan di majlis-majlis kenduri ataupun di pesta-pesta. Sebab itulah Silat Cekak tidak ada tari menari, gong gendang dan langkah melangkah. Ia hanya mara kehadapan apabila bertempur dengan musuh.

Secekak. Pergi pula kita kepada perkataan secekak. Secekak membawa erti segenggam. Segenggam ini pula membawa kepada banyak maksud. Pertamanya, Silat Cekak mempelajari yang segenggam bukan yang segantang. Di sini dimaksudkan bahawa mata pelajaran Silat Cekak merupakan mata pelajaran intisari silat sahaja (segenggam) bukannya cabang-cabang silat yang banyak (segantang). Oleh kerana Silat Cekak adalah mempelajari perdu gerak, maka ianya sangat cepat, teratur dan dapat diajar dalam waktu yang singkat sekali.

Kedua, segenggam menunjukkan padu. Jadi Silat Cekak adalah satu Silat yang benar-benar tegas dan berpendirian. Di mana kaedah-kaedahnya memberi keyakinan kepada pengamal-pengamalnya bahawa mereka telah mendapat rahsia dan sesuatu yang berguna di dalam bidang seni mempertahankan diri.

Kesimpulan. Dari hujjah-hujjah di atas dapatlah kita membuat satu tumpuan kesimpulan, mengapa Silat Cekak dinamakan Silat Cekak itu.

Silat Cekak adalah sesuai dinamakan kepada amalan Seni Silat ini kerana Seni Silat ini adalah satu-satunya jenis silat yang benar-benar asli hak pusaka Melayu yang mempunyai pegangan untuk bertanggungjawab di dalam menjaga diri pengamal-pengamalnya.

Untuk penjelasan, penerangan di atas cuma menitik beratkan Silat Cekak dengan pengunaan perkataan 'Cekak'. Sebenarnya dari segi mata pelajaran dan kaedah yang diajar memanglah sesuai dan tepat mengapa Silat Cekak dinamakan Silat Cekak. Hal ini sudah tentu diketahui oleh penuntut-penuntut silat yang telah tamat pelajarannya.





Monday, January 31, 2011

Islamic Architecture Around the World

Manjali Mosque in Atyrau - Kazakhstan



Al Fateh Mosque in Manama - Bahrain



Hadhrat Khidir Mosque in Samarkand - Uzbekistan





Ar Rahman Mosque in Baghdad - Iraq




Martial Arts Of The World Volume 1



Akta 170

AKTA PERTUBUHAN SENI
MEMPERTAHANKAN DIRI 1976


DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006


AKTA PERTUBUHAN SENI
MEMPERTAHANKAN DIRI 1976
Tarikh Perkenan Diraja  18 Mac 1976
Tarikh penyiaran dalam 
Warta 25 Mac 1976



_____________________________________________

JENIS SENI MEMPERTAHANKAN DIRI



Wu Shu Orang Cina (Seni Mempertahankan Diri


(ii) pa-kua
(iii) pai-hao
(iv) shaolin
(v) tang lang
(vi) tai chi chiuan
(vii) pok khik
(viii) wu chu
(ix) kungfu

Orang Jepun
(i) karate-do
(ii) judo
(iii) jujutsu
(iv) kendo
(v) iai-do
(vi) aiki-do
(vii) jodo

Orang Korea

(i) Taekwan - Do
(ii) Tangsu - Do


Orang Melayu 

(i) Semua jenis silat


Orang Indonesia

(i) Pentjak-silat


Orang Thai
(i) Toi-muay
 
 


Orang India
(i) Selambam


Antara Gaya Sepakan Martial Arts






 
 
  
 

Saturday, January 29, 2011

Keindahan Islam

1651194_355x178.gif


380243_500x75.gif


 1651209_500x100.gif

             Kekurangan kita ialah banyak membaca al-Quran tanpa mengetahuai maknanya. Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah mengetahuai tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya. Kelemahan kita yang tertinggi ialah mengetahui rahsianya tetapi tidak mempercayainya. Kelemahan kita yang lebih tinggi ialah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya.

Mukjizat Mawar Merah
 2_698597842l.jpg2_561262401l.jpg

Gambar ini diambil oleh Satelit IKONOS milik Space Imaging Inc. Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat 'mengintai' kota Mekkah dan sekitarnya. Ternyata Kompleks Masjidil Haram nampak lebih bersinar dibanding bangunan-bangunan lain di sekelilingnya. Adakah ini merupakan bukti dari janji Allah dalam Surah Ar-Rahman 37 dan Al-Fushilat. Subhanallah.
Kita melihatnya kini apa yang telah diucapkan 1400 tahun lalu oleh Nabi Muhammad SAW, firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman 37:
"Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi MAWAR MERAH seperti(kilapan) minyak. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [QS. Ar-Rahman55:37-38]
Subhanallah, Maha Suci Tuhanku dan sungguh benar Muhammad adalah Rasul-Mu! Sungguh benarlah firman-MU:
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [QS. Al- Fushshilat]

____________________________

Bacaan Dari: Ahmad Saud

zwani.com myspace graphic commentsgadgetspromote.gif
                                               
 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.