JENAYAH SYARIAH
QS. Al-Jasiyah Ayat 18
18. Kemudian Kami jadikan engkau
(Muhammad) mengikuti syariat (peraturan) dari agama itu, maka ikutilah (syariat
itu) dan janganlah engkau ikuti keinginan orang-orang yang tidak mengetahui.
Ihkwanil Muslimin !
Undang – Undang jenayah islam adalah sebahagian dari Syariah Islam yang syumul. Syariah Islam adalah asas kepada undang – undang yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. sebagaimana yang termaktub dalam al – Quran dan As – Sunnah. Syariah Islam merupakan hukum Allah S.W.T yang mengandungi persoalan Akidah, Ibadah, Jenayah, Munakahat, Muamalat dan Akhlak bagi mengatur kehidupan manusia.
Ihkwanil Muslimin !
Syariah secara umumnya bermaksud undang – undang dan peraturan yang berasaskan kepada al – Quran dan As –Sunnah. Syariah merupakan jalan yang lurus untuk diikuti bagi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T yang seterusnya untuk memastikan kehidupan kita bahagia, selamat dan aman di dunia dan akhirat.
Perundangan
Islam berdasarkan kepada prinsip meletakkan hukuman mengikut yang sewajarnya.
Perundangan Islam juga satu sistem perundangan yang meliputi undang – undang
yang ditetapkan oleh Allah S.W.T dan undang – undang yang ditetapkan oleh
manusia melalui proses Ijtihad.
Apabila
manusia menerima pakai Syariah Islam sebagai dasar perundangan samada bagi
menjelaskan hak dan tanggungjawab sesama mereka atau sebagai kaedah
penyelesaian pertikaian diantara pihak yang bertikai, sudah pasti tujuan utama
atau Maqasid Syariah ini akan dapat direalisasikan.
MAQASID SYARIAH tersebut ialah :
1. Memelihara Kesucian dan Kepercayaan Beragama.
2.
Menjamin Keselamatan Nyawa dan Anggota Tubuh Badan
Manusia.
3.
Menjamin Kemurnian Fikiran dan Kewarasan Aqal.
4.
Menjamin Kehormatan dan Maruah Diri.
5.
Menjamin Usaha Pemilikan dan Penguasaan Harta.
Firman Allah
S.W.T dalam Surah Al – An’am, Ayat 153 :
QS.
Al-An'am Ayat 153
153. Dan sungguh, inilah jalan-Ku yang lurus. Maka ikutilah! Jangan
kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) yang akan mencerai-beraikan kamu dari
jalan-Nya. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu bertakwa.
Bersesuaian dengan sifat yang benar, lurus dan menjadikan tumpuan semua manusia, Syariah Islam didatangkan oleh Allah S.W.T bertujuan untuk menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada semua umat manusia dan pada masa yang sama menghindarkan kemuradhatan atau keburukan yang mungkin menerima mereka. Tuan – Tuan, inilah fokus Maqasid atau Matlamat Syariah.
Ihkwanil
Muslimin !
Dalam Syariah, satu aspek yang telah dikelaskan ilah jenayah yang bermaksud perbuatan salah, dosa atau jahat. Jenayah juga adalah perbuatan yang diharamkan oleh syara’ dilakukan terhadap jiwa, diri, atau harta. Tegahan syara’ dan dilarang melakukannya selama mana ia merosakkan agama, jiwa, aqal, tubuh badan atau harta dan perbuatan yang dikenakan hukuman dan siksaan.
Secara umumnya,
Jenayah Syariah dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian :
1.
HUDUD : yang bermaksud pencegahan, ia ditetapkan al – Quran dan As – Sunnah, tidak
boleh diubah atau dimaaf kesalahan menyentuh kepentingan masyarakat serta
menjamin hak Allah.
2.
QISAS
: bererti pelaku kejahatan dibalas seperti perbuatannya, apabila membunuh maka
dibalas dengan bunuh dan bila memotong anggota tubuh maka dipotong juga anggota
tubuhnya. Antara kesalahan yang boleh diwajibkan QISAS ialah :
1.
Membunuh orang dengan sengaja.
2.
Membunuh
orang menyerupai sengaja.
3.
Membunuh
orang dengan tersalah.
4.
Melukai
orang dengan sengaja tetapi tidak membawa kepada kematian.
5. Melukai orang dengan menyerupai sengaja dan tidak membawa kepada kematian.
3. DIYAT ialah harta yang wajib dibayar dan
diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsa sebagai ganti rugi
disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah keatas mangsanya. Hukuman
Diyat adalah hukuman kesalahan – kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan
Qisas dan ia sebagai ganti rugi keatas kesalahan – kesalahan melibatkan
kecederaan anggota badan atau melukakannya.
4.
TA'ZIR
tidak ditentukan secara jelas pleh syara’ dan dilaksanakan untuk kepentingan
individu dan masyarakat, kesalahannya adalah selain Qias dan Hudud, Qisas dan
Diyat, manakala bentuk hukuman ditentukan pemerintah atau hakim.
5. Seorang setelah dapati tertuduh bersalah dalam Qias Hudud, Qisas dan Diyat, tidak ada kuasa mengubah, manakala dalam Qias Takzir boleh diubah tau diberi pilihan.
Ihkwanil Muslimin !
Ingatlah, kebenaran
tidak wujud dengan semata – mata dakwaan atau sangkaan. Sebaliknya ia perlu
didokong oleh bukti atau hujah yang kukuh. Pembuktian didalam Bahasa
perundangan islam disebut sebagai “ Itsbat ” . Kepentingan keterangan
ini telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W didalam beberapa buah hadis
diantaranya :
(
Riwayat Bukhari dan Muslim ).
Dalam
satu hadis lain Rasulullah S.A.W telah menerangkan peri kepentingan keterangan
dan kesiksaan dalam satu – satu kes :
Maksudnya : Dari Ibn Abbas R.A menceritakan bahawa hilal bin Umaiyyah telah menuduh isterinya melakukan zina dengan Syuraik bin Sahma dihadapan Rasulullah S.A.W lalu baginda bersabda: berilah keterangan ( saksi ), jika tidak maka hukumannya ( Qazaf ) akan dikenakan keatas belakangmu.
( Hadis Riwayat
Bukhari, Abu Daud dan Tarmizi ).
Disamping itu juga,
jumhur fuqaha’melihat melalui ayat – ayat al –Quran. Kesaksian adalah asas
pensabitan dalam banyak perkara seperti dalam bab jual beli misalnya. Allah
S.W.T berfirman :
QS. Al- Baqarah Ayat 282
Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli.
Dalam konteks semua orang islam adalah layak untuk memberikan keterangan dalam bentuk Syahadah atau Bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka adalah aqal, baligh, adil mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka. Seseorang yang bukan islam adalah berwibawa untuk memberikan Bayyinah untuk orang islam jika keterangan boleh diterima mengikut hukum syara’. Bayyinah seorang pakar bukan islam terhadap seseorang islam boleh diterima, ( Jika Dikehendaki ). Seseorang yang tidak adil ialah berwibawa untuk memberikan Bayyinah tetapi tidak berwibawa memberikan Syahadah. Seseorang yang belum baligh atau seseorang yang tak sempurna aqal adalah berwibawa untuk memberikan Bayyinah tetapi tidak bewibawa memberikan Syahadah.
Ihkwanil Muslimin !
Dalam perbicaraan,
telah ditetapkan bahawa panduan mestilah membawa bukti – bukti untuk
mensabitkan sesuatu kesalahan, bertetapan dengan hadis Rasulullah S.A.W, al –
Bayyinah itu keatas pihak yang mendakwa dan sumpah itu kepada pihak yang
ingkar.
Kaedah – kaedah kesaksian
dan keterangan ini memudahkan proses pendakwaan yang tidak perlu kepada proses –
proses yang tidak dibnearkan hukum syara’ dan seumpamanya. Selain itu, tertuduh
mempunyai hak – hak seperti hak – hak semasa
proses mula ditangkap sehingga setelah dijatuhkan hukuman. Keindahan sistem
undang – undang syariah adalah lebih lagi dari lakaran khutbah ini yang
membicarakan secara umum tentang jenayah syariah kerana ia memerlukan
keterangan terperincibagi setiap bahagian yang dinyatakan oleh khatib.
Yakinilah, Syariah menepati fitrah manusia, sesuai dengan semua tempat,
keadaan, masa serta zaman dengan tertakluk kepada penyesuaian hukum syara’.
Islam hendaklah Nampak dan dibuktikan dapat menyelesaikan masalah masyarakat
islam dan bukan islam dengan syariah diamalkan. Sebagai akhirnya, siding Jemaah
sekalian, marilah kita mengambil maklumat semua perkara yang telah dinyatakan sebentar
tadi.