photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Saturday, June 6, 2020

Kereta Pertama Keluarga | Jasa dan Budi Sebuah Kereta.

Kereta pertama yang digunakan kami sekeluarga. Setelah usianya hampir 20 tahun lebih digunakan ia telah mengalami beberapa masalah teknikal dan sukar untuk dihidupkan kerana jarang diguna pakai.

Kenangan bersama kereta ini mempunyai nilai sentimental yang tinggi buat kami kerana dari kecil, sekolah rendah dan menengah hingga ada yang telah berkahwin dari kalangan keluarga kami, masih ada yang menggunakannya.Sehinggalah ianya mengalami kerosakan dan terbengkalai beberapa tahun kemudian.

Akhirnya kami membuat keputusan untuk menjualnya kepada " Besi Buruk " pengutip barangan terpakai. Walaupun harganya tidak mahal saat dijual, kenangan bersamanya memberi makna yang tinggi nilainya kepada kami. Banyak jasa, kenangan dan budi kereta ini kepada kami sekeluarga.











































 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.