Membina Kekuatan Dalaman
Dengan melakukan amalan - amalan zikir krohanian seperti solat wajib dan sunat, zikir, membaca Al - Quran berdoa dan bertawakkal kepada Allah.Disamping itu , Anda mesti meninggalkan sifat mazmumah ( tercela ) seperti malas , menipu , lemah semangat, mementingkan diri sendiri, sombong, berlagak , keras kepala, samseng , bergaul bebas, rendah diri dan menggantikannya dengan sifat - sifat mahmudah ( terpuji ) seperti rajin, dedikasi , cekal , tabah , tidak putus asa, kreatif, proaktif dan sebagainya.
"Kegagalan Bukanlah Bererti Jatuh Terduduk Tetapi Ia Jatuh Dan Tidak Mahu Bangun Lagi"
( Confucius)
Antara Faktor Penghalang Kepada Kejayaan.
- Tidak berminat dan malas untuk menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pelajaran .
- Malas untuk mengulangkaji pelajaran yang diajarkan oleh guru terutama di rumah.
- Kuranngnya daya dorongan daripada rakan - rakan . ibu bapa dan guru - guru.
- Pengaruh rakan sebaya yang malas dan lemah dalam menguasai pelajaran.
- Suasana dan persekitaran pembelajaran yang tidak menyeronokkan disekolah.
- Pengaruh media bercetak dan elektronik yang banyak memaparkan unsur - unsur negatif.
- Budaya dalam sesebuah keluarga yang huru - hara dan kacau bilau.
- Tidak dapat menerima hakikat bahawa ilmu pengetahuan itu adalah amat penting dalam kehidupan didunia dan akhirat.
- Tekanan hidup dan kemiskinan
- Masalah kesihatan yang tidak mengizinkan
- Hidup yang tidak tenteran akibat daripada diri sendiri yang tidak berminat meneruskan pelajaran dan bergelumang cara hidup yang bercanggah dengan ajaran agama.
- Tidak mempunyai disiplin diri.
- Tidak mempunyai cita - cita tinggi.
- Keciciran dalam pelajaran.
- Guru tidak memberikan dorongan dan bimbingan yang sempurna.
- Latar belakang keluarga tidak memberi contoh untuk anda mencapai kejayaan.