photo Assalamualaikum-kupu-kupu.gif

Friday, November 8, 2024

MINDA USAHAWAN ( " Mindset is Everything " ).

 


Mindset Yang Tidak Patut Ada Apabila Memulakan Perniagaan.

1.Memulakan perniagaan kerana melihat perniagaan orang lain Laris.

·       Memulakan pernigaan dengan meletakkan harapan tinggi agar produk laku keras seperti mana yang diniagakan oleh peniaga lain yang stabil dengan pelanggan ramai.

·       Adakah kita kaji dan tahu apa yang dilalui oleh seseorang usahawan untuk mencapai pada tahap itu. 

2.       Memulakan perniagaan kerana mahukan pendapatan lebih banyak dengan kadar segera.

·       Sepanjang tempoh ini, bersiap sedialah untuk pelbagai cabaran pendapatan yang tidak menentu dalam proses menstabilkan perniagaan. Boleh letak tempoh selamat percubaan selama tiga tahun.

·       Orang muda disarankan tempuhilah tempoh seawal mungkin yangmana ketika waktu ini kita akan untuk makan ketika betul – betul lapar, dan berhenti sebelum kenyang. 

3.       Memulakan perniagaan kerana tekanan kerja.

·       Sebuah perniagaan ada cabaranya tersendiri, dimana ada naik turunnya.

·       Hakikatnya, tekanan bekerja jauh lebih ringan berbanding tekanan dala menguruskan sesebuah perniagaan yang mana disangkakan angkasa perniagaan lebih indah pemandangannya, rupa –rupanya hutan belantara yang berpuaka.

·       Mulakan perniagaan ambila pemikiran dan sikap kita sudah bersedia untuk memahami dan menerima liku – liku jerit perih yang bakal dihadapi dalam dunia perniagaan.

·       Secara teorinya, mental dan fizikal agar lebih bersedia untuk menghadapi tempoh sukar dengan jayanya dimana 93 peratus perniagaan lingkup pada 3 tahun pertama.

 

SIKAP PARA USAHAWAN PENENTU KEJAYAAN.

1.       Bidang keusahawanan bukan satu bidang yang hanya berdasarkan nasib, takdir, atau perjudian. Sebaliknya, keusahawan adalah satu kemahiran jika dikuasai dapat menentukan faktor kejayaan sesebuah perniagaan.

2.       Pepatah inggeris ada mengatakan “Attitude Determines Altitude”  sikap itu penentu kejayaan.

3.       Pembetukan sikap pada landasan yang betul perlu dibangunkan dan dijana oleh seseorang sebelum menjadi usahawan.

4.       Seorang Usahawan dari Indonesia Bob Sadino  mengatakan dalam buku Kalau ( Mau Kaya Ngapain Sekolah ! ) tatkala ditanya adakah beliau pernah mengalami kegagalan dalam usaha?

Beliau menjawab : “ ini pertanyaan lucu, kegagalan itu sudah termasuk dalam usaha, cari risiko bererti cari kegagalan”.

5.       Mindset yang betul, menghasilkan sikap yang positif, usahawan perlu berfikiran “ Survival Mindset” iaitu semangat juang yang tinggi dalam perniagaan.

6.       Mejar (B) Mohammad Qayyum mengatakan dalam buku “Smash Kuasa Minda Usahawan” seorang usahawan yang melangkah kedunia memerlukan kemahiran (skill) seperti peniaga iaitu  Kemahiran Kewangan, Strategi Pemasaran, Kemahiran Menjual dan sebagainya.

7.       Meninggalkan faktor asas meningkatkan risiko kegagalan seorang usahawan. Kejayaan adalah 5 peratus daripada strategi dan 95 peratus pola fikir (Mindset). Majoriti menghabiskan masa 95 peratus untuk strategi dan 5 peratus pada pola fikir.

 

DILEMA CABARAN DAN ANCAMAN YANG BERNAMA USAHAWAN.

1.      Modal yang berkurangan ataupun tiada, namun memulakan perniagaan berskala besar.

2.      Mengambil jalan pantas mahu untung besar tanpa ilmu dan ingin cepat kaya tanpa mengembangkan perniagaan dengan cara yang betul.

3.      Komunikasi yang tidak efektif dan lemah penguasaan Bahasa kebangsaan atau asing.

4.      Malu dan ego untuk menambah ilmu dengan menghadiri kursus, seminar dan program keusahawanan.

5.      Terapkan kemahiran asas keusahawanan dan “ business mindset” dalam jati diri.

6.      Lemah dalam aspek pengurusan kawalan dan pemasaran.

7.      Bisnes sukar berkembang tanpa koloborasi yang baik dan bersaing dalam pasaran secara negatif.

8.      Diselebungi pemikiran lapuk, liat membayar hutang dan sentimen fanatik politik dan perkauman yang tidak menguntungkan.

 

CABARAN

1.      Cabaran diri usahawan ialah [ M.I.N.D.A ] Keusahawanan. 

·       M – Mindset [ Attitude/ Character].

·       I – Image [ Personality ].

·       N- Network [ Marketing].

·       D- Determination [ Dare To Fail].

·       A – Action [ Right Time, Right Place].

 

2.      Cabaran Persekitaran. 

·       Budaya Rasuah

·       Hasad Dengki

·       Disabotaj

·       Karenah Birokrasi

·       Tiada Sokongan Keluarga

·       Digoda Simbol – Simbol Kejayaan.


MINDSET SEORANG USAHAWAN.

1.      Usahawan tidak bergantung pada nasib semata – mata.

2.      Usahawan mempunyai kemahiran menjual produk, perkhidmatan dan mengembangkan idea.

3.      Ibrah cerita kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat untuk Berjaya.

4.      Mindset dan Attitude yang positif pemangkin kejayaan.

5.      Sikap berdisiplin, tabah, berani, focus, dan bercita – cita tinggi perlu diterapkan Usahawan dalam jati diri.

6.      Wang bukan halangan memulakan perniagaan, bermula dengan apa yang ada ditangan.

7.      Bina mindset seorang usahawan sebelum memulakan perniagaan.

8.      Ciptakan dan Gambarkan Impian apa yang mahu dicapaikan dalam perniagaan.

9.      Bertindak dengan pemikiran yang betul dengan dorongan dan sokongan mentor.

10.  Berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain dengan kuasai ilmu pengurusan, kewangan, perniagaan dan pelaburan.

11.  Bina Business Team, saat perjalanan bisnes semakin berkembang melancarkan proses perniagaan.


CIRI – CIRI USAHAWAN BERJAYA. 

1.      Keperluan mencari kejayaan dalam setiap target dan tindakan.

2.      Hasrat menerima hasrat seorang usahawan adalah pengejar risiko, namun risiko yang paling sederhana dan selamat “ win – win situation” yang dipilihnya.

3.      Bebas dari aspek fikiran dan tindakan yang menjadikan seorang usahawan terkongkong perkara yang menghalang cita-cita.

4.      Tenang dalam hikmah menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin secara tahap berperingkat kesukarannya satu demi satu.

5.      Bina persekitaran jalinan persaudaraan perniagaan dan suasana yang mengharapkan masa depan yang lebih cerah dan baik.

6.      Keupayaan mempraktikkan sesuatu idea, bersungguh – sungguh merealisasikannya menjadikan impian satu kenyataan.

7.      Bersedia menerima tanggungjawab terhadap kesilapan dan bertekad menjadikannya pengajaran tidak mengulanginya pada masa yang mendatang.

8.      Bijak mencari kesempatan keupayaan mencuri peluang, mengenal pasti pada masa yang tepat pada setiap kualiti peluang yang diwujudkan.

9.      Sentiasa menambah baik setiap matlamat yang dicapai dan menetapkan sasaran matlamat kearah perkembangan yang lebih tinggi berjaya.

10.  Berfikiran positif dan berkebolehan melihat sesuatu masalah sebagai peluang.

11.  Belajar dari keputusan maklum balas dalam membolehkan merangka strategi baru memajukan perniagaan dalam membuat keputusan penting dengan tepat.

12.  Berorientasikan perancangan menyusun strategi dengan rapi sebelum memulakannya sesuatu dengan meminimunkan kemungkinan kegagalan dan mengenal pasti perkara di luar kawalan.

13.  Merancang masa kunci segala kejayaan perancangan yang Berjaya.

14.  Menggunakan keperluan agensi mencari maklumat yang tepat dan menambah kemahiran sedia ada kearah yang lebih baik.

15.  Fokus pada pencapaian matlamat yang jelas dan mempunyai nilai dalam hidup dengan usaha yang dirancang dengan rapi.

16.  Mengubahsuai pentadbiran mengikut kesuaian dengan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan dalam memajukan pentadbiran syarikat.

17.  Kemahiran pengurusan dalam merancang organisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

18.  Bersemangat waja dan kental dalam menempuh dugaan dan rintangan.

19.  Usahawan adalah pemimpin yang bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya bagi membolehkan Berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pentadbiran syarikat.

20.  Bijak membuat keputusan dengan timbang tara akan kesan dan risiko yang akan berlaku.


Berkaitan :-


[ Bedah Buku :Smash Kuasai Minda Usahawan Karangan Mejar [B] Qayyum A. Badaruddin ].

Buku ini dibeli pada 28 Mei 2024M di Reruai DR BOOKS [ Booth Dr.Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin ] ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC.

Rating : 7.5/10 ***

Friday, November 1, 2024

TILAWAH DAN TAHSIN BACAAN AL- QURAN. (25/10/24)

Muslim adalah umat bertuah kerana dipilih oleh Allah S.W.T untuk dikurniakan nikmat iman dan islam. Selaku seorang muslim dan mukmin kita seharusnya menjadikan al-Quran sebagai satu – satunya dastur  atau perlembagaan hidup. Kita ada tanggungjawab terhadap al-Quran. Antara tanggungjawab tersebut ialah membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran. Perhatikan satu hadis baginda S.A.W :

عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:«مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لَا أَقُولُ {الم} حَرْفٌ، وَلَكِنْ {أَلِفٌ} حَرْفٌ، وَ{لَامٌ} حَرْفٌ، وَ{مِيمٌ} حَرْفٌ

[حسن] - [رواه الترمذي] - [سنن الترمذي - 2910]


Maksudnya : Daripada Abdullah bin Mas’ud Radiallahu anhu berkata : “ Rasulullah  bersabda: “ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

(Riwayat al-Tirmizi (2910).Beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan)

Begitu luar biasa balasan Allah S.W.T bagi orang yang membaca al-Quran kerana membaca al-Quran walaupun kita belum memahami ertinya tetapi ia tetap menjadi ibadah yang diberikan ganjaran pahala yang sangat hebat. Hal ini tak akan kita temui didalam agama manapun.

Persoalan yang timbul adalah berapa lama tempoh yang sebaiknya kita mengkhatamkan al-Quran? Itulah juga persoalan yang dinyatakan oleh sahabat Rasulullah  bernama Abdullah bin  Amr ibn al-As radiaallahu anhuma. Sahabat mulia anak dari sahabat yang mulia.

 Kata Abdullah bin Amr’ :

عن عبدِ اللَّهِ بنِ عمرٍو أنَّهُ قالَ: يا رسولَ اللَّهِ ! في كم أقرأُ القرآنَ؟ قالَ: في شَهرٍ. قالَ: إني أقوى من ذلِكَ يردِّدُ الْكلامَ أبو موسى وتناقصَهُ حتَّى قالَ: اقرأْهُ في سبعٍ. قالَ: إني أقوى من ذلِك. قالَ: لاَ يفقَهُ من قرأَهُ في أقلَّ من ثلاثٍ

( صحيح سنن أبي داود - 13559  )


Maksudnya : “ Wahai Rasulullah  ! dalam beberapa hari aku boleh mengkhatamkan al-Quran. Beliau menjawab, “dalam satu bulan”. “Abdullah menjawab, “aku masih mampu lebih dari itu.” Lalu dikurangkan hingga nabi  menyatakan, khatamlah dalam tempoh waktu seminggu.” “ Abdullah masih menjawab, “ aku masih mampu lebih dari itu. “ Nabi  lalu bersabda, “ tidaklah mampu memahami jika ada yang mengkhatamkan al-Quran kurang dari tiga hari ”.

Dalam riwayat lain yang menjelaskan bahawa proses “ Tawar Menawar ” ini berurutan dari satu bulan, lalu 20 hari, lalu 15 hari, lalu 10 hari, lalu 7 hari, dan terakhirnya 3 hari.

Lihatlah betapa hebatnya kesungguhan para sahabat Rasulullah  dalam berinteraksi dengan al-Quran. Benarlah ucapan Uthman bin Affan : “ Jika orang yang hatinya bersih maka tidak akan merasa cukup dalam membaca al-Quran ”.

Adapun Uthman sendiri dalam sebuah riwayat dikatakan hanya dalam sekali solat witir. Bahkan  para ulama seperti Imam Syafi’e mengkhatamkan al-Quran dua kali sehari dalam bulan Ramadhan. Jadi larangan dalam hadis itu adalah bagi orang yang dikhawatirkan tidak dapat memahami apa yang dibaca.


IKHWANIL MUSLIMIN !


Para Ulama menyatakan terdapat (3) tiga kadar kelajuan dalam membaca al-Quran :


1.  MUJAWWAD / MURATTAL :

-         Iaitu kadar bacaan lambat atau perlahan seperti yang dibaca para Qari secara bertarannum. 

2.   TADWIR :

-         Iaitu kadar kelajuan bacaan yang biasa atau sederhana seperti yang dibaca kaum muslimin pada umumnya didalam solat dan sebagainya. 

3.     Hadar :

-         Iaitu cara bacaan paling cepat tetapi tetap menjaga hukum tajwid. Ini biasanya hanya dilakukan oleh penghafal al-Quran ketika mengulang hafalannya dan orang yang sangat biasa membaca al-Quran. 


Agar bacaan kita bernilai ibadah, maka kita hendaklah membaca al-Quran dengan kelajuan yang kita dapat mentadabbur bacaan tersebut dan menjaga – menjaga hukum – hakam tajwid kerana yang melanggar hukum hakam tajwid dibimbangi mengandungi dosa.

IKHWANIL MUSLIMIN !

Semasa membaca al-Quran, kita disuruh memperindahkan tilawah dengan suara kita. Disana terdapat irama – irama dalam bacaan al –Quran seperti Bayyati, Nahwand,  Jiharkah, Rast, Hijjaz, Sikah dan lain-lain. Rasulullah  memerintahkan :

عن البراء بن عازب رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «زَيِّنُوا القرآنَ بأصواتِكم».

[صحيح] - [رواه أبو داود والنسائي وابن ماجه وأحمد]

 

Maksudnya : “ Memperelokkanlah suara bacaan al-Quran Kalian.”

(Riwayat Abu Daud dan An-Nasai’e.)

 

Bahkan Baginda  mengancam :

«ليس منا من لم يَتَغَنَّ بالقرآنِ»

(المصدرصحيح الجامع)


Maksudnya : “ Sesiapa yang tidak memperindahkan suaranya ketika membaca al-Quran, maka dia bukan dari golongan kami ”.

( Riwayat Abu Daud dan Ahmad ).

 Namun demikian, Nabi  juga melarang membaca al-Quran dengan suara dan alunan yang menyerupai ahli muzik.

Sabda Rasulullah  :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ( اقْرَءُوا الْقُرْآنَ بِلُحُونِ الْعَرَبِ وأَصْوَاتِها، وَإِيَّاكُمْ ولُحُونَ أَهْلِ الْكِتَابَيْنِ، وَأَهْلِ الْفسقِ، فَإِنَّهُ سَيَجِيءُ بَعْدِي قَوْمٌ يُرَجِّعُونَ بِالْقُرْآنِ تَرْجِيعَ الْغِنَاءِ وَالرَّهْبَانِيَّةِ وَالنَّوْحِ، لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ، مفتونةٌ قُلُوبُهُمْ، وقلوبُ مَنْ يُعْجِبُهُمْ شَأْنُهُمْ )


Maksudnya : “ Bacalah al-Quran dengan irama dan suara orang arab. Jauhilah oleh kalian irama – irama ahli fasiq dan dosa – dosa besar. Kerana akan datang setelahku kaum – kaum yang melagukan al-Quran seperti nyanyian, alunan gereja dan ratapan –ratapan. Bacaan mereka tidak sampai ke kerongkongan mereka ( tidak masuk kedalam hati ), hati mereka terkena fitnah ( kesesatan ), demikianlah pula hati orang yang takjub dengan mereka.






 

 

 


Tuesday, July 25, 2023

JENAYAH SYARIAH. ( 24/2023 ).

 

JENAYAH SYARIAH

QS. Al-Jasiyah Ayat 18

 

18. Kemudian Kami jadikan engkau (Muhammad) mengikuti syariat (peraturan) dari agama itu, maka ikutilah (syariat itu) dan janganlah engkau ikuti keinginan orang-orang yang tidak mengetahui.

Ihkwanil Muslimin !

Undang – Undang jenayah islam adalah sebahagian dari Syariah Islam yang syumul. Syariah Islam adalah asas kepada undang – undang yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. sebagaimana yang termaktub dalam al – Quran dan As – Sunnah. Syariah Islam merupakan hukum Allah S.W.T yang mengandungi persoalan Akidah, Ibadah, Jenayah, Munakahat, Muamalat dan Akhlak bagi mengatur kehidupan manusia.

Ihkwanil Muslimin !

Syariah secara umumnya bermaksud undang – undang dan peraturan yang berasaskan kepada al – Quran dan As –Sunnah. Syariah merupakan jalan yang lurus untuk diikuti bagi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T yang seterusnya untuk memastikan kehidupan kita bahagia, selamat dan aman di dunia dan akhirat.

Perundangan Islam berdasarkan kepada prinsip meletakkan hukuman mengikut yang sewajarnya. Perundangan Islam juga satu sistem perundangan yang meliputi undang – undang yang ditetapkan oleh Allah S.W.T dan undang – undang yang ditetapkan oleh manusia melalui proses Ijtihad.

Apabila manusia menerima pakai Syariah Islam sebagai dasar perundangan samada bagi menjelaskan hak dan tanggungjawab sesama mereka atau sebagai kaedah penyelesaian pertikaian diantara pihak yang bertikai, sudah pasti tujuan utama atau Maqasid Syariah ini akan dapat direalisasikan.


MAQASID SYARIAH tersebut ialah :

1.     Memelihara Kesucian dan Kepercayaan Beragama.
 
2.     Menjamin Keselamatan Nyawa dan Anggota Tubuh Badan Manusia.
 
3.     Menjamin Kemurnian Fikiran dan Kewarasan Aqal.
 
4.     Menjamin Kehormatan dan Maruah Diri.
 
5.     Menjamin Usaha Pemilikan dan Penguasaan Harta.

 

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al – An’am, Ayat 153 :

 

QS. Al-An'am Ayat 153

 

153. Dan sungguh, inilah jalan-Ku yang lurus. Maka ikutilah! Jangan kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) yang akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu bertakwa.

Bersesuaian dengan sifat yang benar, lurus dan menjadikan tumpuan semua manusia, Syariah Islam didatangkan oleh Allah S.W.T bertujuan untuk menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada semua umat manusia dan pada masa yang sama menghindarkan kemuradhatan atau keburukan yang mungkin menerima mereka. Tuan – Tuan, inilah fokus Maqasid atau Matlamat Syariah.

Ihkwanil Muslimin !

Dalam Syariah, satu aspek yang telah dikelaskan ilah jenayah yang bermaksud perbuatan salah, dosa atau jahat. Jenayah juga adalah perbuatan yang diharamkan oleh syara’ dilakukan terhadap jiwa, diri, atau harta. Tegahan syara’ dan dilarang melakukannya selama mana ia merosakkan agama, jiwa, aqal, tubuh badan atau harta dan perbuatan yang dikenakan hukuman dan siksaan.

Secara umumnya, Jenayah Syariah dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian :

1.     HUDUD : yang bermaksud pencegahan, ia ditetapkan al – Quran dan As – Sunnah, tidak boleh diubah atau dimaaf kesalahan menyentuh kepentingan masyarakat serta menjamin hak Allah.

2.     QISAS : bererti pelaku kejahatan dibalas seperti perbuatannya, apabila membunuh maka dibalas dengan bunuh dan bila memotong anggota tubuh maka dipotong juga anggota tubuhnya. Antara kesalahan yang boleh diwajibkan QISAS ialah :

1.     Membunuh orang dengan sengaja.

2.     Membunuh orang menyerupai sengaja.

3.     Membunuh orang dengan tersalah.

4.     Melukai orang dengan sengaja tetapi tidak membawa kepada kematian.

5.     Melukai orang dengan menyerupai sengaja dan tidak membawa kepada kematian. 

3.    DIYAT ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsa sebagai ganti rugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah keatas mangsanya. Hukuman Diyat adalah hukuman kesalahan – kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan Qisas dan ia sebagai ganti rugi keatas kesalahan – kesalahan melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.

4.     TA'ZIR tidak ditentukan secara jelas pleh syara’ dan dilaksanakan untuk kepentingan individu dan masyarakat, kesalahannya adalah selain Qias dan Hudud, Qisas dan Diyat, manakala bentuk hukuman ditentukan pemerintah atau hakim.

5.     Seorang setelah dapati tertuduh bersalah dalam Qias Hudud, Qisas dan Diyat, tidak ada kuasa mengubah, manakala dalam Qias Takzir boleh diubah tau diberi pilihan.

Ihkwanil Muslimin !

Ingatlah, kebenaran tidak wujud dengan semata – mata dakwaan atau sangkaan. Sebaliknya ia perlu didokong oleh bukti atau hujah yang kukuh. Pembuktian didalam Bahasa perundangan islam disebut sebagai “ Itsbat ” . Kepentingan keterangan ini telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W didalam beberapa buah hadis diantaranya :


Maksudnya : Andainya semua orang boleh diberikan hukuman semata – mata kerana dakwaan pastilah semua orang akan membuat dakwaan terhadap harta dan darah orang lain. Tetapi dakwaan mestilah mendatangkan keterangan dan yang ingkar mestilah bersumpah.

( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Dalam satu hadis lain Rasulullah S.A.W telah menerangkan peri kepentingan keterangan dan kesiksaan dalam satu – satu kes :


Maksudnya : Dari Ibn Abbas R.A menceritakan bahawa hilal bin Umaiyyah telah menuduh isterinya melakukan zina dengan Syuraik bin Sahma dihadapan Rasulullah S.A.W lalu baginda bersabda: berilah keterangan ( saksi ), jika tidak maka hukumannya ( Qazaf ) akan dikenakan keatas belakangmu.

( Hadis Riwayat Bukhari, Abu Daud dan Tarmizi ).

Disamping itu juga, jumhur fuqaha’melihat melalui ayat – ayat al –Quran. Kesaksian adalah asas pensabitan dalam banyak perkara seperti dalam bab jual beli misalnya. Allah S.W.T berfirman :

QS. Al- Baqarah Ayat 282


Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli.

Dalam konteks semua orang islam adalah layak untuk memberikan keterangan dalam bentuk Syahadah atau Bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka adalah aqal, baligh, adil mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka. Seseorang yang bukan islam adalah berwibawa untuk memberikan Bayyinah untuk orang islam jika keterangan boleh diterima mengikut hukum syara’. Bayyinah seorang pakar bukan islam terhadap seseorang islam boleh diterima, ( Jika Dikehendaki ). Seseorang yang tidak adil ialah berwibawa untuk memberikan Bayyinah tetapi tidak berwibawa memberikan Syahadah. Seseorang yang belum baligh atau seseorang yang tak sempurna aqal adalah berwibawa untuk memberikan Bayyinah tetapi tidak bewibawa memberikan Syahadah.

Ihkwanil Muslimin !

Dalam perbicaraan, telah ditetapkan bahawa panduan mestilah membawa bukti – bukti untuk mensabitkan sesuatu kesalahan, bertetapan dengan hadis Rasulullah S.A.W, al – Bayyinah itu keatas pihak yang mendakwa dan sumpah itu kepada pihak yang ingkar.

Kaedah – kaedah kesaksian dan keterangan ini memudahkan proses pendakwaan yang tidak perlu kepada proses – proses yang tidak dibnearkan hukum syara’ dan seumpamanya. Selain itu, tertuduh mempunyai hak – hak  seperti hak – hak semasa proses mula ditangkap sehingga setelah dijatuhkan hukuman. Keindahan sistem undang – undang syariah adalah lebih lagi dari lakaran khutbah ini yang membicarakan secara umum tentang jenayah syariah kerana ia memerlukan keterangan terperincibagi setiap bahagian yang dinyatakan oleh khatib. Yakinilah, Syariah menepati fitrah manusia, sesuai dengan semua tempat, keadaan, masa serta zaman dengan tertakluk kepada penyesuaian hukum syara’. Islam hendaklah Nampak dan dibuktikan dapat menyelesaikan masalah masyarakat islam dan bukan islam dengan syariah diamalkan. Sebagai akhirnya, siding Jemaah sekalian, marilah kita mengambil maklumat semua perkara yang telah dinyatakan sebentar tadi.

 * Sedutan isi intipati Khutbah Jumaat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

 ( MAIK ). Siri yang ke 24/2023. Tarikh Bacaan pada 16.06.2023.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 photo tawakkal.gif
-
islamic-comment2.gif

Copyright @ 2013 Matarz_Wanz | Blog.